Hari ini merupakan hari Selasa~!
6:40 pagi -Saya bangun pagi dan bersiap-siap. Hari ini saya memakai baju kurung....
7:30 pagi -Sarapan adalah makaroni. Saya tidak gemarkan makaroni jadi saya hanya makan sedikit untuk sekadar untuk melapik perut. Selepas sarapan, saya bergerak ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi.
8:00 pagi -Kami bergerak ke kelas English tetapi cikgu tiada. Jadi, kami hanya berbual-bual di dalam kelas.
9:00 pagi -Kelas Sejarah dan cikgu Sejarah juga tiada. Kami menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgu.
10:00 pagi -Kami pergi ke Dewan Makan dan membungkus makanan. Cikgu Biologi ingin mengadakan kelas pada waktu rehat. Kami dibearkan untuk makan di dalam makmal. Di Makmal Biologi, cikgu mengajar kami tentang pengangkutan pasif dan aktif dalam plasma membrane. Kami berkumpul beramai-ramai di hadapan meja guru.
10:45 pagi -Kami bergerak ke Makmal Kimia. Cikgu mengajar kami tentang atom, ciri-ciri atom, bentuk atom, dan kami membincangkan latihan yang cikgu minta kami siapkan.
11:30 pagi- Kelas Fizik. Cikgu menerangkan tentang kiraan acceleration. Walaupun agak susah, saya tetap cuba untuk memahaminya.
12:30 tengahari -Makan tengahari. Hari ini saya berasa sangat lapar. Selepas makan, saya terus pulang ke bilik dan berehat....
2:00 petang -Semua ahli 1K1 berkumpul di Dewan Serbaguna untuk menghias papan kenyataan yang sudah hampir siap. Kami membuat origami, kemudian, kami menampalkannya. Kemudia, setiap orang mengambil beberapa helai kertas dan menulis kata-kata motivasidi kertas tersebut. Selepas itu, kami menampalkannya di papan tersebut. Selepas semuanya selesai, semua orang sangat gembira. Kami mengambil gambar sebagai kenangan.
6:30 petang -Saya turun makan di Dewan Makan.
7:30 malam -Solat Maghrib berjemaah di surau perempuan. Selepas itu, kami membaca surah Al-Baqarah beramai-ramai. Selepas tamat, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.
9:00 malam -Kelas prep. Saya menaip novel dan menyiapkan kerja English. Selepas prep tamat, saya pulang ke asrama dan tidur dengan nyenyak di katil yang empuk....
No comments:
Post a Comment