Hari ini adalah penghulu segala hari dan hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan pada setiap minggu. Mungkin kerana kelas hanya sedikit dan merupakan hari terakhir pada setiap minggu untuk bersekolah.
6:40 pagi -Telefon yang berada di bawah bantal berdering. Malam tadi saya terlupa untuk mengunci jam loceng. Nasib baik mama telefon tepat-tepat 6:40. Itu adalah bukti seorang ibu mempunyai naluri yang kuat. Saya segera menjawab panggilan itu. Mama menyoal sama ada saya sudah bangun ataupun belum. : )
Sayang mama~!
7:15 pagi -Rakan saya mengajak untuk turun sarapan bersama-sama. Makanan pagi ini adalah makanan kegemaran saya iaitu nasi lemak. Walaupun sangat pedas, saya tetap makan kerana sudah agak lama saya tidak makan nasi lemak. Selepas makan kami bergerak ke tapak perhimpunan. Perhimpunan berjalan seperti biasa.
8:00 pagi -Kami bergerak ke kelas Pendidikan Jasmani. Cikgu tiada kerana mengikuti perlawanan sofbal. Di dalam kelas, ada yang berbual, ada yang mengulangkaji dan ada juga yang bergaduh.
9:00 pagi -Bergerak ke Makmal Bahasa untuk sesi pembelajaran Bahasa Melayu. Cikgu juga tiada. Kami masuk ke dalam Makmal Bahasa dan semua mengupdate blog masing-masing.
10:00 pagi -Kami bergerak ke Dewan Makan. Saya hanya makan dua ketul kuih... : )
Sebenarnya guru yang mengajar matapelajaran English mengajak pelajar foundation 1 makan bersama dengannya. Tapi disebabkan meja itu sudah penuh, saya dan beberapa orang lagi bergerak untuk makan di meja yang berlainan.
10:30 pagi -Kami pergi ke kelas English. Cikgu menggabungkan kelas 1K1 dan 1K2. Pada permulaannya, kami diberi satu kuiz English dan kuiz tersebut merangkumi 10% daripada keputusan CGPA kami. Selepas itu, kelas 1K2 membentangkan hasil kerja mereka yang diberi pada minggu lepas.
11:30 pagi -Sesi spiritual circle. Tetapi hari ini berlainan sedikit. Kami hanya menjalankan solat sunat Dhuha. Mungkin kerana ramai pelajar senior yang pergi ke perlawanan sofbal.
12:30 tengahari -Makan tengahari. Kebiasaannya, pada setiap hari Jumaat, makanan yang disediakan sedikit istimewa. Hari ini kami disediakan dengan nasi ayam. Selepas makan, saya pulang ke asrama dan berehat.
1:30 petang -Turun ke surau perempuan untuk solat Zuhur berjemaah.
2:00 petang - 4:00 petang -Menonton movie The Croods di megashare.info . Ceritanya sangat menarik. Miss Dee telah membatalkan kelas yang sepatutnya dijalankan pada pukul 3:00 petang kerana kelas sudah dijalankan pagi tadi.
4:00 petang - 6:00 petang -Saya tertidur setelah penat duduk menonton cerita. Selepas itu, saya segera bersiap untuk turun makan malam.
6:30 petang -Makan Malam. Lauknya adalah ikan sambal dengan sup. Selepas makan, saya pulang ke asrama dan menjalankan rutin seperti biasa.
7:30 malam - 9:00 malam -Solat maghrib dan Isya' berjemaah di surau perempuan.
9:15 malam -Pergi ke perjumpaan AJK sambutan Hari Guru yang akan diadakan nanti. Pelbagai tema dicadangkan. Saya dan seoran lagi rakan menjadi photographer. Perjumpaan berlarutan sehingga 10:15 malam. Setelah perjumpaan tamat, saya pulang ke asrama dan menyiapkan sedikit kerja rumah
11:30 malam -Saya tertidur sambil memegang novel. Sebenarnya, saya ingin membaca novel tersebut, tetapi terlelap dan saya tidak sempat mengemas buku-buku yang berselarakan di atas meja belajar.

No comments:
Post a Comment