Thursday, April 24, 2014

Journal - 22 April 2014

                    Hari ini saya berasa tidak gembira dan saya tidak tahu mengapa. Mungkin saya kepenatan.

6:30 pagi -Saya bangun pagi dan bersiap-siap untuk sarapan.

7:30 pagi -Saya turun ke Dewan Makan dan sarapan pagi. Sarapan adalah nasi goreng dan nuget. Selepas makan, saya terus pergi ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi.

8:00 pagi -Kami pergi ke kelas English tetapi cikgu tiada di kelas. Jadi, kami hanya berbual-bual di dalam kelas.

9:00 pagi -Kelas Sejarah. Kumpulan yang belum membentangkan hasil kerja mereka diminta oleh cikgu untuk membentangkannya di hadapan kelas. Kami hanya mendengar. Ada juga yang saya tidak faham tetapi selepas membaca buku, saya mula faham tentang tajuk Khulafa Ar-Rasyidin.

10:00 pagi -Minum pagi. Kami hanya makan kuih cara dan kuih lapis. Saya membancuh milo dan meletakkan milo banyak-banyak ke dalam cawan saya.

10:30 pagi -Kelas Kimia di Makmal Kimia Fasa 1. Dalam perjalanan, kami terjumpa seekor anak burung. Ia terbang tetapi melanggar dinding. Saya segera mengangkatnya dan membawa masuk ke dalam Makmal Kimia. Semua seronok bermain dengan anak burung tersebut. Selepas itu, kami bergambar secara beramai-ramai bersama burung tersebut. Tiba-tiba, cikgu masuk ke kelas dan cikgu berasa pelik. Kemudian, cikgu mengambil burung tersebut dan memberikan burung tersebut kepada cikgu Biologi. Kemudian, cikgu Biologi melepaskan burung tersebut.... Ada antara kami yang merayu supaya cikgu tidak melepaskan burung itu, namun rayuan itu tidak dhiraukan.

11:30 pagi -Kelas Fizik. Sekali lagi cikgu menerangkan tentang acceleration, deceleration, displacement, speed dan velocity. Cikgu risau kerana tajuk seterusnya banyak melibatkan kiraan tersebut.

12:30 tengahari -Kami bergerak ke Dewan Makan untuk makan tengahari. Nasi berlauk ayam goreng dan sup. Selepas makan, saya masuk ke bilik dan tertidur.

2:30 petang -Saya pergi ke Makmal Biologi di Blok Makmal Fasa 1. Cikgu memberikan isi-isi penting untuk membuat lab report. Ia wajib dihantar pada hari Jumaat minggu ini. Jadi, saya hanya ada tiga hari untuk menyiapkannya. Selepas kelas tamat, saya pulang ke bilik.

4:00 petang -Saya dan rakan memesan piza. Selepas satu jam, piza itu sampai di perkarangan asrama. Kami sangat gembira petang itu.

6:00 petang -Saya pergi ke Makmal Muzik kerana ada perjumpaan mini orkestra. Saya dan dua orang lagi rakan belajar bermain piano.

7:00 malam -Perjumpaan tamat dan saya segera pulang ke bilik untuk mandi. Hari ini nasib baik solat di surau.

9:00 malam -Saya pergi ke kelas prep dan menyiapkan assignment yangg tertangguh. Ia bagaikan sebuah bukit assignment. Selepas prep, saya terus pulang ke bilik dan tidur....




No comments:

Post a Comment