Wahhhh... Hari ini sangat menggembirakan. Hari ini, ada merentas desa.
6:30 pagi -Saya bangun dan segera bersiap-siap untuk sarapan. Hari ini sekali lagi saya terpaksa mandi di aras tiga kerana lampu tandas di aras dua rosak.
7:30 pagi -Kami berkumpul di Dewan Serbaguna. Kemudian kami berkumpul mengikut rumah sukan. Saya adalah ahli rumah kuning, iaitu Topaz.
8:00 pagi -Semua rumah sukan membuat senaman memanaskan badan terlebih dahulu. Selepas memanaskan badan, saya dan rakan-rakan bergambar terlebih dahulu. Kami ingin membezakan wajah kami sebelum dan selepas merentas desa.
8:30 pagi -Pelajar lelaki dilepaskan terlebih dahulu. Kemudian, kami dilepaskan. Laluan foundation 1 adalah 3 KM. Pada mulanya, saya agak terkebelakang. Tetapi, saya cuba berlari dan berlari. Jalannya sangat berbukit.... Semasa naik bukit, saya hanya berjalan tetapi semasa turun bukit, saya berlari. Sangat penat... Semasa ingin berpatah balik, saya sudah hilang tenaga. Saya berjalan dengan sangat perlahan semasa naik bukit.....
9:20 pagi -Akhirnya, sampai juga digarisan penamat.... Saya mendapat tempat 16/20. Walaupun tidak mendapat hadiah, saya tetap bersyukur kerana tidak mendapat tempat terakhir.
10:00 pagi -Minum pagi di Dewan Makan. Saya makan dua biji karipap dan secawan air teh. Selepas itu, kami kembali ke Dewan Serbaguna.
11:00 pagi -Penyampaian hadiah dijalankan. Saya tidak mendapat sebarang hadiah. Setiap kali nama pendapat pingat diumumkan, wakil yang memegang bendera untuk rumah sukan masing-masing mengiring pendapt pingat tersebut ke atas pentas. Pada mulanya, rumah sukan saya tidak banyak mendapat pingat. Tetapi, rumah sukan merah, iaitu Ruby banyak menerima hadiah. Selepas penyampaian pingat tamat, masa untuk mengumumkan juara rumah sukan. Paling mengejutkan, rumah sukan yang banyak menerima hadiah mendapat tempat ke-4 iaitu rumah Ruby. Temapt ke-3 adalah rumah sukan hijau, Emerald. Seterusnya, pengacara mengumumkan tempat pertama terlebih dahulu. Pengacara tersebut memandang rumah sukan biru, Sapphire. Kemudian, dia mengumumkan bahawa juara kali ini adalah Topaz !! Kami bersorak dan berpelukan. Seterusnya, kami membuat satu cheers. Bagaikan berada di kayangan, kami berasa sangat terkejut dengan keputusan tersebut. Selepas itu, kami bergambar bersama rumah sukan masing-masing...
12:15 tengahari -Kami menuju ke Dewan Makan untuk makan tengahari. Lauk hari ini adalah chicken chop. Kemdian, kami mendapat semangkuk aiskrim percuma. Selepas makan, saya naik ke bilik dan menyiapkan assignment saya.
3:30 petang -Mama menunggu saya di perkarangan asrama. Saya berasa sangat gembira kerana dapat pulang ke rumah.
5:00 petang -Kami sampai di rumah dan saya segera masuk untuk memeluk kucing saya. Rupa-rupanya, ia sudah berada di hadapan pintu rumah.
7:30 malam -Saya mengikut mama untuk mengambil kakak saya yang berada di UITM.
10:00 malam -Saya tidur dengan nyenyak di dalam penghawa dingin..............
No comments:
Post a Comment