Hari ini kelas pada waktu pagi tidak padat tetapi pada waktu petang sangat padat. Saya berasa sangat letih.
6:30 pagi -Saya bangun pagi dan bersiap-siap untuk sarapan.
7:30 pagi -Saya turun sarapan di Dewan Makan. Sarapan pagi ini adalah nasi goreng. Selepas makan, saya bergerak ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi. Perhimpunan berjalan seperti biasa.
8:00 pagi - 10:00 pagi -Waktu matapelajaran Elektif. Tetapi disebabkan tiada kelas, kami hanya duduk di kelas Matematik. Saya menghafal story-telling yang akan dipersembahkan padda hari Jumaat ini.
10:00 pagi -Sepatutnya sekarang adalah waktu untuk minum pagi. Tetapi disebabkan saya berasa kenyang, saya tidak makan.
10:30 pagi -Kelas Pendidikan Agama Islam. Pada permulaannya, kami pergi ke surau. Tetapi disebabkan cikgu tiada, kami pergi ke kelas PAI. Tetapi cikgu masih tiada.
11:30 pagi -Kami pergi ke Makmal Biologi. Tetapi, cikgu tiada juga. Kami menyiapkan lab report yang diarahkan oleh cikgu.
12:30 tengahari -Makan tengahari. Saya terpaksa beratur panjang kerana makanan untuk foundation tidak disediakan. Jadi, kami beratur di barisan level 1. Selepas makan, saya pulang ke bilik dan tidur.
2:30 petang -Saya pergi Makmal Muzik. Sebelum cikgu sampai, saya bermain piano terlebih dahulu. Setelah cikgu sampai, cikgu mengajar kami tentang C Major.
3:30 petang -Pergi ke Makmal Seni yang hanya berada di hadapan Makmal Muzik. Hari ini ada cikgu baharu. Saya sangat gembira. Nama cikgu tersebut adalah Cikgu Endangpertiwi. Setelah semua orang memperkenalkan diri, rupa-rupanya beliau adalhh jiran sekampung kawan saya, Mieza.
4:30 petang -Sepatutnya sekarang adalah waktu kelas German. Tetapi saya terlupa. Saya menuju ke Dewan Makan. Sebaik sahaja sampai di Dewan Makan, baru saya ingat yang saya ada kelas German. Saya terpaksa berpatah-balik ke Blok Pembelajaran.Nasib baik cikgu tidak marahkan saya. Cikgu mengajar perkataan yang mempunyai kaitan dengan sekolah. Contohnya, " der Schreibtisch " yang bermaksud meja belajar. Kelas tamat pada pukul 6:45 petang. Saya berasa sangat penat. Selepas tamat kelas, saya segera naik ke bilik dan bersiap-siap untuk solat.
7:30 malam -Saya pergi Dewan Serbaguna untuk solat berjemaah.
9:00 malam -Pergi ke kelas prep dan saya menyiapkan assignment yang banyak. Biologi perlu buat lab report, Kimia juga perlu buat lab report, English perlu buat karangan dan hafal story-telling, Matematik perlu sediakan presentation dan banyak lagi. Semua orang bertungkuslumus menyiapkan kerja masing-masing.
10:30 malam -Kelas Prep tamat dan saya pulang ke bilik. Saya bermain game, tetapi saya tertidur sambil memegang telefon....
No comments:
Post a Comment