Mmmm... Hari ini sangat bosan. Kami tidak dibenarkan untuk menjejak kaki di Blok Fasa 2 kerana para senior sedang menjalani Petronas Interview di Fasa 2. Jadi, semua kelas yang sepatutnya dijalankan di Fasa 2 telah ditukar ke Fasa 1. Saya agak tertekan hari ini dan saya tidak tahu punca apa yang menyebabkan saya tertekan. Mungkin terlalu banyak assignment ataupun mungkin kerana saya tidak boleh pulang bermalam pada hujung minggu ini.
6:30 pagi - 8:00 pagi -Saya menjalankan rutin seperti biasa iaitu bersiap, makan dan perhimpunan harian.
8:00 pagi -Bergerak ke kelas Bahasa Melayu. Cikgu tiada di kelas. Mungkin cikgu turut serta dalam Petronas Interview yang sedang dijalankan. Saya menyiapkan kerja English yang diarahkan oleh Miss Dee dan melayari internet.
9:00 pagi -Bergerak ke Makmal Fizik. Cikgu menerangkan maksud speed, velocity, distance, displacement, acceleration dan deceleration. Jadi, hari ini baru saya faham cara untuk mengira perkara di atas.
10:20 pagi -Saya dan kawan pergi ke Dewan Makan walaupun sudah terlambat. Sepatutnya pukul 10:00, tetapi disebabkan tidak faham apa yang cikgu terangkan kepada kami, ia mengambil masa yang lebih lama. Kami makan 2 keping roti. Tapi disebabkan kelaparan, kami membuat satu keping lagi roti dan makan semasa dalam perjalanan ke Makmal Kimia.
10:40 pagi -Cikgu Kimia sampai ke makmal dan menerangkan cara-cara membuat lab report kerana kami baru sahaja menyiapkan satu eksperimen pada minggu lepas.
11:50 pagi -Cikgu Kimia melepaskan kami untuk pergi ke kelas seterusnya. Dia melepaskan kami sedikit lambat kerana ingin menerangkan sebab-sebab keputusan eksperimen yang dilakukan tidak seperti yang diinginkan. Bergerak ke kelas Miss Dee. Dia sedikit marah kerana kami masuk lewat ke kelasnya. Sebagai denda, esok petang yang sepatutnya tiada kelas, kami terpaksa menghadiri kelas English pada pukul 3:00.
12:30 tengahari -Makan tengahari berlaukkan ayam goreng, telur dadar dan sup. Selepas makan, saya pulang ke bilik. Saya sedikit pelik kerana saya langsung tidak tertarik untuk baring di atas katil manakala saya segera menyiapkan lab report yang diarahkan oleh cikgu. Agak pelik.... :)
3:30 petang - 5:30 petang -Lab report saya telah disiapkan dan baru tergerak hati saya untuk berehat di atas katil. Saya hanya melayari internet dan membaca novel.
6:30 petang -Hari ini terasa malas untuk turun makan petang. Jadi, saya hanya minum air kota dan biskut di dalam bilik.
7:30 malam -Turun untuk solat Maghrib dan Isya' berjemaah di dewan. Selepas solat Maghrib, sebuah forum daripada pelajar lelaki dijalankan. Selesai solat Isya', kami bergerak ke kelas untuk sesi prep.
9:00 malam -Saya hanya melayari internet dan update blog. Malam ini agak bosan dan saya berasa sangat lapar. Menyesal saya tidak makan petang... : (
10:30 malam -Saya pulang ke asrama dan membaca novel. Walaupun agak mengantuk, saya tidak dapat tidur. Tetapi, setelah kira-kira 5 minit membaca buku, saya tertidur sambil memegang novel... : )
No comments:
Post a Comment