Hari ini saya berasa sangat letih dan saya tidak tahu mengapa. Kelas hari ini tidak padat.
6:30 pagi -Saya bangun dan bersiap-siap. Seterusnya, saya sarapan pagi dan bergerakke Dewan Serbaguna. Perhimpunan berjalan seperti biasa.
8:00 pagi -Pergi ke Makmal Bahasa. Cikgu memberi markah kepada setiap blog yang kami telah sediakan.\
9:00 pagi -Kami pergi Makmal Fizik. Tetapi cikgu tiada. Saya menyiapkan lab report Biologi seperti yang diarahkan oleh cikgu.
10:00 pagi -Minum pagi. Kami makan kuih cara dan kuih badak. Selepas makan, kami menuju ke Makmal Kimia.
10:30 pagi -Cikgu sampai ke kelas. Cikgu mengajarkan kami tentang atom. Cikgu juga mengajar kami tentang periodic table.
11:30 pagi -Kelas English. Cikgu tiada lagi. Kami hanya duduk di kelas sambil menyiapkan assignment. Ada juga yang bermain-main.
12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Selepas makan, saya segera pulang ke bilik.
4:30 petang -Saya dan seorang lagi bergerak ke hadapan Dewan Serbaguna. Kami menyangka hari ini ada kelas renang. Tetapi, cikgu masih tiada. Selepas itu, kami pergi mencari orang-orang yang turut menyertai kelas reng tersebut. Tetapi, nasib kami tidak baik. Kami tidak jumpa seorang pun. Selepas itu, saya pulang ke bilik.
5:15 petang -Pergi ke kelas English. Hari ini kami dikehendaki untuk mempersembahkan story-telling kami di hadapan kelas. Cikgu menggabungkan kelas 1K1 dan 1K2. Tetapi, nasib saya baik. Tepat 6:50 petang, cikgu menamatkan kelas dan beberapa orang lagi masih belum menyampaikan cerita mereka. Saya segera bergerak ke Dewan Makan untuk makan petang dan naik ke bilik. Selepas mandi, saya mencari telefon saya. Tetapi, tiada di dalam beg. Saya segera pergi ke kelas tadi dengan perasaan yang sangat takut. Hati saya berdebar-debar memandangkan saya berseoorangan di kelas itu pada waktu hampir maghrib. Selepas mencari telefon saya, saya terus berlari pecut menuju ke aasrama. Rupa-rupanya, telefon saya berada di bawah bantal.....
7:30 malam -9:00 malam -Solat Maghrib dan Isya' berjemaah di dewan. Selepas, solat, kami menuju ke kelas prep.
9:00 malam -Prep masih lagi berjalan seperti biasa. Saya menyiapkan lab report Biologi yang akan dihantar esok. Selepas prep tamat, saya segera pulang ke bilik dan menyiapkan semua assignment yang akan dihantar esok. Selepas semuanya siap, saya menutup lampu dan tidur dengan nyenyak....
No comments:
Post a Comment