Thursday, April 17, 2014

Journal - 16 April 2014

             Hari ini masa saya padat.Tetapi pada waktu pagi, ia sedikit santai. Hari ini, 8:00 hingga 10:00 pagi adalah masa bagi matapelajaran elektif. Jadi kami bebas pada waktu itu. Tapi disebabkan Miss Ing, guru homeroom kami mahu adakan perjumpaan mingguan, jadi kami hanya bebas selama 1 jam.

9:00 pagi -Perjumpaan dengan guru homeroom, Miss Ing di Makmal Biologi. Miss Ing mengucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Miss Ing meminta kami untuk menulis ' surat cinta ' kepada dia. Kami diminta untuk menulis masalah atau perasaan kami di dalam surat tersebut memandangkan ada antara kami yang malu untuk bersemuka dengan Miss Ing untuk memberitahu masalah kami. Saya sangat bersyukur mendapat Miss Ing sebagai guru homeroom kerana dia sangat memahami.

10:00 pagi -Makan pagi. Saya membancuh air milo dan mengambil beberapa keping roti.

10:30 pagi - 12:30 tengahari -Sekali lagi masa bebas untuk kami kerana semua guru menghadiri mesyuarat. Kami hanya duduk di perpustakaan. Ada yang melayari internet, ada juga yang mengulangkaji. Saya hanya melayari internet dan tiba-tiba laptop saya terpadam. Mungkin kehabisan bateri. Jadi saya hanya bermain game menggunakan telefon.

12:30 tengahari -Makan tengahari. Nasi berlauk tomyam. Selepas makan, saya terus pulang ke bilik.

2:30 petang -Pergi ke kelas muzik. Kami belajar tentang tanda nada muzik.

3:30 petang - Sepatutnya sekarang adalah waktu kelas seni visual. Tetapi Cikgu Shafiz tiada di Makmal Seni, jadi kami bergerak ke Makmal Biologi untuk mengambil keputusan eksperimen kentang yang telah dijalankan pada hari Selasa. Saya diminta untuk mencatat berat kentang yang telah direndam di dalam air gula dan air suling selama 24 jam.

4:30 petang -Pergi ke kelas Bahasa Antarabangsa German. Cikgu masih belum tiba jadi kami menunggu cikgu sambil berbual-bual. Hanya 7 orang Foundation 1 yang menyertai Bahasa Antarabangsa German. Tapi bahagian yang paling menyedihkan, saya hanya mendapat A- dalam matapelajaran tersebut. Kali ini, saya akan berusaha dengan lebih baik. Kelas hari ini berjalan lebih lama dari kebiasaannya. Sepatutnya, kelas tamat pada jam 5:30 petang, tetapi cikgu mahu meneruskan kelas sehingga 6:30 petang. Kelas itu sangat sejuk dan saya berasa seperti berada bersama Penguin di Antartika. Sebaik sahaja tamat kelas, saya segera keluar dari kelas. Jari-jari saya sangat kebas dan tidak dapat bergerak. Saya segera bergerak ke Dewan Makan dan saya makan berseorangan...

7:30 malam -Sepatutnya pada hari ini, semua pelajar solat di dewan, tetapi disebabkan Ustaz Saifun tiada, kami hanya solat di surau. Selepas solat Maghrib, kami pelajar Foundation 1 diminta untuk berkumpul di Bilik Istirehat dan membincangkan hal-hal yang terdapat di PERMATA. Kami sedikit kebingungan kerana tidak tahu apa yang perlu dibincangkan. Akhirnya, kami hanya membincangkan tentang atitud di setiap Batch. Semua diminta untuk memberikan pendapat yang ikhlas dari hati dan bukannya berpura-pura. Saya sedikit pelik apabila memikirkan tujuan mereka membuat aktiviti ini. Selepas aktiviti berakhir, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.

9:00 malam -Pergi ke kelas prep dan aktiviti masih seperti biasa. Ada yang bermain komputer, ada yang mengulangkaji dan ada yang berbual.

10:30 malam -Pulang ke asrama dan bersiap-siap untuk tidur. Hari ini sangat penat. Jadi saya tidur lebih awal dari kebiasaannya....

No comments:

Post a Comment