Sunday, April 20, 2014

Journal - 19 April 2014

                 Hari ini saya sangat gembira kerana dapat pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran daripada Dr.Rorlinda. Mama mengadakan kenduri di rumah.

9:00 pagi -Saya bangun agak lewat.Terlepas sarapan pagi. Perut saya mula berkeroncong meminta makanan.

9:30 pagi - Membersihkan diri dan masa untuk bersantai.Rasa hendak berehat kerana banyak siapkan assignment malam tadi.

10:30 pagi -Membaca novel sambil mendengar muzik. Tiba-tiba rasa mengantuk menyelubungi diri.

12:30 tengahari -Makan tengahari berlaukkan rendang daging. Makanan di Dewan Makan agak sedap walaupun kadangkala saya tidak lalu untuk makan. Makan bersama Izzati kerana yang lain sudah pulang ke bilik masing-masing selepas aktiviti kokurikulum. Saya tiada aktiviti kokurikulum hari ini kerana saya menyertai kelab renang.

1.00 petang -Balik semula ke bilik. Bilik berbau sangat busuk...Mungkin terlalu banyak baju yang tidak dibasuh. Tetapi, baju busuk saya semuanya telah dibasuh... Ini bermaksud itu bukan bau baju saya....  :)
Saya menyiapkan assignment yang perlu dihantar secepat mungkin. Selepas itu, saya mengemas bilik yang agak bersepah.

2:00 petang -Mama menelefon saya dan memberitahu satu berita mengejut. Mama telah menelefon Dr.Rorlinda untuk meminta kebenaran untuk saya pulang ke rumah. Keluarga saya mengadakan kenduri kesyukuran di rumah dan saya telah diizinkan untuk pulang ke rumah. Yay !!

3:00 petang -Ayah saya menjemput saya. Di dalam kereta, saya terlelap. Saya agak pelik kerana saya boleh tertidur walaupun hari ini saya banyak berehat. Sebaik sahaja kereta sampai di hadapan pagar rumah, saya tersedar dari tidur. Saya segera masuk ke dalam rumah dan tersenyum ke arah mama. Saya sangat merinduinya. Selepas itu, saya membelai kucing saya yang suka menggigit kaki manusia.

6:00 petang -Mama membawa kami membeli-belah di Setia City Mall. Saya berasa sangat gembira.Kemudian, kami pergi ke Tesco untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Mama membelikan kami CoolBlog. Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat pulang ke rumah.

8:00 malam -Kami pulang ke rumah mama memasakkan saya udang sambal kegemaran saya. Mmmm.....
Sangat sedap dan sekali lagi saya berasa sangat gembira. Kemudian, saya menyiapkan assignment yang saya tidak faham bersama kakak. Sekarang, saya sudah faham konsep algebra.

10:00 malam -Kami berhenti melakukan kerja dan bersiap-siap untuk tidur. Saya bermain dengan kucing saya.

11:00 malam -Saya dan mama tidur. Sebelum itu, kami membaca doa tidur.....  :3
Mula-mula, saya berasa tidak mengantuk, tetapi akhirnya saya terlelap jua.... Hari yang sangat menggembirakan.

No comments:

Post a Comment