Sunday, April 20, 2014

Journal - 20 April 2014

                                     Hari ini saya berasa sangat gembira. Walaupun hari ini terpaksa pulang  ke asrama....... Sepanjang berada di rumah, mama banyak menyediakan makanan yang sedap-sedap dan paling yang saya suka adalah sambal udang.

9:00 pagi -Mama mengejutkan saya dari tidur. Sebaik bagun dari tidur, saya terus makan. Makanan yang mama sediakan sangat sedap iaitu mi dan kuih ubi. Saya makan sehingga berasa terlalu kenyang.

11:00 pagi -Saya menyiapkan kerja sekolah bersama mama. Jika ada yang saya tidak faham, saya akan menyoal mama ataupun kakak. Akhirnya, selesai jua semua assignment yang bertimbun-timbun sebelum ini. Selepas itu, mama peerg ke dapur untuk  memasak.

12:30 tengahari -Makanan tengahari siap !! Lauk kegemaran saya iaitu sambal udang. Sekali lagi saya makan sehingga terlalu kenyang. Tiba-tiba saya berasa sedih kerana pukul lima petang nanti saya sudah perlu pulang ke asrama.

1:30 petang -Saya dan mama berehat sebentar. Kami berbual-bual dan saya bercerita tentang kehidupan saya di asrama.

3:00 petang -Saya bersiap-siap untuk pulang ke asrama. Mengemas barang-barang dan beg.

3:45 petang -Saya dan mama keluar untuk membeli barang-barang dan makanan untuk dibawa ke asrama.

5:00 petang -Mama sudah bersedia untuk menghantar saya ke asrama. Saya berasa sedih. Dalam perjalanan, saya berbual-bual dengan mama. Tapi, saya tetap gembira kerana pada hujung minggu ini saya masih dapat pulang ke rumah. Minggu ini adalah minggu pulang bermalam.

6:00 petang -Kami sampai di Pusat PERMATApintar Negara. Saya mengangkat barang-barang ke bilik saya. Selepas itu, saya dan mama bersalam diikuti oleh ayah dan kakak-kakak saya. Kemudian, saya dan mama bersalam kembali. Hati saya sungguh berat untuk meninggalkan mama dan keluarga. Selepas itu, kami mengucapkan selamat tinggal dan kereta perlahan-lahan meninggalkan perkarangan asrama.

6:30 petang -Saya makan makanan yang mama telah sediakan. Rasa rindu menerpa. Selepas itu, saya memberi makanan kepada ikan saya.

7:30 malam -Solat Maghrib berjemaah di surau perempuan. Selepas solat Maghrib, kelas 1K2 membuat sketsa pendek. Sketsa mereka tentang perasaan cemburu antara kawan. Selepas sketsa mereka tamat, solat Isya' berjemaah dijalankan.

9:00 malam -Hari ini tiada prep.Saya hanya berehat sambail melayari internet di bilik.

10:00 malam -Saya memberus gigi dan terus tidur di katil saya.. Yay !!

No comments:

Post a Comment