Wednesday, April 30, 2014

Journal - 29 April 2014

                                    Hari ini merupakan hari Selasa~!

6:40 pagi -Saya bangun pagi dan bersiap-siap. Hari ini saya memakai baju kurung....

7:30 pagi -Sarapan adalah makaroni. Saya tidak gemarkan makaroni jadi saya hanya makan sedikit untuk sekadar untuk melapik perut. Selepas sarapan, saya bergerak ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi.

8:00 pagi -Kami bergerak ke kelas English tetapi cikgu tiada. Jadi, kami hanya berbual-bual di dalam kelas.

9:00 pagi -Kelas Sejarah dan cikgu Sejarah juga tiada. Kami menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgu.

10:00 pagi -Kami pergi ke Dewan Makan dan membungkus makanan. Cikgu Biologi ingin mengadakan kelas pada waktu rehat. Kami dibearkan untuk makan di dalam makmal. Di Makmal Biologi, cikgu mengajar kami tentang pengangkutan pasif dan aktif dalam plasma membrane. Kami berkumpul beramai-ramai di hadapan meja guru.

10:45 pagi -Kami bergerak ke Makmal Kimia. Cikgu mengajar kami tentang atom, ciri-ciri atom, bentuk atom, dan kami membincangkan latihan yang cikgu minta kami siapkan.

11:30 pagi- Kelas Fizik. Cikgu menerangkan tentang kiraan acceleration. Walaupun agak susah, saya tetap cuba untuk memahaminya.

12:30 tengahari -Makan tengahari. Hari ini saya berasa sangat lapar. Selepas makan, saya terus pulang ke bilik dan berehat....

2:00 petang  -Semua ahli 1K1 berkumpul di Dewan Serbaguna untuk menghias papan kenyataan yang sudah hampir siap. Kami membuat origami, kemudian, kami menampalkannya. Kemudia, setiap orang mengambil beberapa helai kertas dan menulis kata-kata motivasidi kertas tersebut. Selepas itu, kami menampalkannya di papan tersebut. Selepas semuanya selesai, semua orang sangat gembira. Kami mengambil gambar sebagai kenangan.

6:30 petang -Saya turun makan di Dewan Makan.

7:30 malam -Solat Maghrib berjemaah di surau perempuan. Selepas itu, kami membaca surah Al-Baqarah beramai-ramai. Selepas tamat, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.

9:00 malam -Kelas prep. Saya menaip novel dan menyiapkan kerja English. Selepas prep tamat, saya pulang ke asrama dan tidur dengan nyenyak di katil yang empuk....





Tuesday, April 29, 2014

Journal - 28 April 2014

                                          Hari ini merupakan hari kedua dalam setiap minggu... Tetapi ia merupakan hari pertama persekolahan dalam setiap minggu. Hari ini, saya agak bosan.

6:30 pagi -Jam loceng saya berbunyi tetapi saya menutup dan menyambung kembali tidur saya.

6:50 pagi -Saya segera bangun dan bersiap-siap untuk sarapan. Sarapan hari ini adalah bihun. Selepas makan, kami bergerak ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan rasmi.

8:00 pagi -Perhimpunan bermula dan berjalan seperti biasa. Selepas perhimpunan, kami bergerak ke kelas self-development di Bilik Gerakan Pelajar. Hari ini kami diberi satu ujian yang berkaitan dengan emosi yang telah kami belajar.

10:00 pagi -Minum pagi iaitu kuih popiah berinti otak-otak.

10:30 pagi -Kelas Sejarah tetapi cikgu tiada di kelas. Kami berbincang mengenai baju kelas yang akan dibuat nanti.

11:30 pagi -Kelas Philosofi. Sekali lagi cikgu tiada di kelas. Kami hanya berbual-bual sehingga 12:30 tengahari.

12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Selepas makan, saya pulang ke asrama dan tidur..

2:30 petang -Pergi ke kelas Matematik. Kami belajar tentang algebra. Selepas itu, cikgu memberikan 5 soalan kepada kami. Siapa yang belum siap jawab, kami tidak dibenarkan pulang..

4:30 petang -Kelas tamat dan saya pulang ke bilik. Saya menyiapkan kerja-kerja yang diberikan.

5:30 petang -Kami turun ke Dewan Serbaguna untuk menghias papan kenyataan. Arahan telah dipertanggungjawabkan ke atas kelas kami, 1K1. Kami diminta untuk menghias papan kenyataan tersebut. Kami mencari huruf-huruf di dalam surat khabar lama dan mencantumkannya untuk menjadi satu huruf.

6:50 petang -Kami makan dengan cepat dan segera naik ke bilik masing-masing.

7:30 malam -Solat berjemaah di Dewan Serbaguna.

9:00 malam -Kami meminta izin dengan senior untuk prep di Dewan Serbaguna kerana kami ingin menghias papan kenyataan tersebut. Setelh diberi keizinan, kami segera menyiapkan kerja English terlebih dahulu. Selepas semuanya siap, masing-masing membuat origami yang diketahui. Setelah semua origami siap, kami menampalkannya di papan tersebut.

11:00 malam -Kami pulang ke asrama. Saya memberus gigi dan terus tidur dengan nyenyak....


Quotes for Today


Journal - 27 April 2014

                                                Hari ini saya berasa sangat sedih kerana saya perlu pulang ke asrama. Tetapi, saya tetap bangun lewat.

9:00 pagi -Saya bangun dan mandi. Selepas mandi, saya mengambil sarapan. Mama telah menyediakan kuey teow dan maggi untuk sarapan. Saya makan dengan begitu berselera.

11:00 pagi -Kami keluar bersiar-siar di sekitar Shah Alam. Saya berasa sangat gembira walaupun hanya tinggal beberapa jam untuk pulang ke asrama...

12:30 tengahari -Kami makan tengahari di satu restoran yang terletak berdekatan dengan rumah kami. Kami makan dengan cepat kerana saya perlu pulang awal hari ini...Kami hendak melawat ibu saudara ayah saya.

1:15 petang -Kami sampai di rumah. Sebaik sahaja sampai di rumah, semua orang tertidur sehingga 4:00 petang. Rancangan hendak melawat ibu saudara ayah saya terpaksa dibatalkan. Kami bersiap-siap untuk menghantar saya pulang ke asrama.

5:00 petang -Perjalanan dimulakan. Saya berasa sangat sedih kerana terpaksa tinggalkan keluarga.

6:00 petang -Kami sampai di perkarangan asrama. Saya membawa barang-barang saya ke bilik terlebih dahulu. Selepas meletakkan barang, saya bersalam dengan ahli keluarga dan kereta perlahan-lahan meninggalkan perkarangan asrama. Saya melambai ke arah mereka dan segeramasuk ke bilik untuk bersiap-siap.

7:30 malam -Solat Maghrib berjemaah di surau perempuan. Selepas solat Maghrib, kelas 1K3 membuat sketsa. Sketsa mereka adalah berkenaan cinta. Selepas sketsa mereka selasai, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.

9:00 malam -Saya pergi ke kelas prep dan menyiapkan segala assignment yang tertangguh. Selepas prep, saya pulang ke asrama dan menelefon mama.... Selepas itu, saya terus tidur.


Journal - 26 April 2014

                                      Hari ini saya berasa sangat gembira kerana saya dapat pulang ke rumah. Hari ini saya bangun pagi agak lambat kerana malam tadi saya tidur lewat. Sebaik sahaja bangun, mama mengajak saya sarapan. Saya berasa sangat seronok kerana saya dihidang oleh mama~!

9:00 pagi -Saya bangun pagi. Sebaik sahaja keluar dari bilik, mama memanggil saya untuk sarapan. Sarapan pagi ini adalah mi. Itu adalah makanan kegemaran saya.

11:00 pagi -Saya menonton televisyen bersama keluarga sambil makan-makan.

1:00 petang -Makanan tengahari siap dihidangkan. Sekali lagi, ia adalah makanan kegemaran saya iaitu sambal udang. Saya makan dengan berselera dan gembira.

5:00 petang -Saya berbual-bual dengan mama. Saya sangat seronok tetpi agak terkilan kerana esok saya perlu pulang ke asrama.....

5:30 petang -Saya menonton kartun di televisyen.

9:00 malam -Saya menonton televisyen bersama mama... Saya berasa agak mengantuk...

10:00 malam -Saya dan mama tidur di tingkat atas. Hari ini, walaupun saya tidak melakukan apa-apa, saya berasa sangat letih....


Saturday, April 26, 2014

3 Quotes for Today


1. If you are Not willing to Risk the usual you will have to SETTLE for the Ordinary.
2. Trust because you are Willing to Accept the risk, not because it's Safe or Certain.
3. Take up one Idea. Make that one idea your life - Think of it, Dream of it and Live in it. Let the brain, muscles, nerves Moves on.

Friday, April 25, 2014

Journal - 25 April 2014

                                       Wahhhh... Hari ini sangat menggembirakan. Hari ini, ada merentas desa.

6:30 pagi -Saya bangun dan segera bersiap-siap untuk sarapan. Hari ini sekali lagi saya terpaksa mandi di aras tiga kerana lampu tandas di aras dua rosak.

7:30 pagi -Kami berkumpul di Dewan Serbaguna. Kemudian kami berkumpul mengikut rumah sukan. Saya adalah ahli rumah kuning, iaitu Topaz.

8:00 pagi -Semua rumah sukan membuat senaman memanaskan badan terlebih dahulu. Selepas memanaskan badan, saya dan rakan-rakan bergambar terlebih dahulu. Kami ingin membezakan wajah kami sebelum dan selepas merentas desa.

8:30 pagi -Pelajar lelaki dilepaskan terlebih dahulu. Kemudian, kami dilepaskan. Laluan foundation 1 adalah 3 KM. Pada mulanya, saya agak terkebelakang. Tetapi, saya cuba berlari dan berlari. Jalannya sangat berbukit.... Semasa naik bukit, saya hanya berjalan tetapi semasa turun bukit, saya berlari. Sangat penat... Semasa ingin berpatah balik, saya sudah hilang tenaga. Saya berjalan dengan sangat perlahan semasa naik bukit.....

9:20 pagi -Akhirnya, sampai juga digarisan penamat.... Saya mendapat tempat 16/20. Walaupun tidak mendapat hadiah, saya tetap bersyukur kerana tidak mendapat tempat terakhir.

10:00 pagi -Minum pagi di Dewan Makan. Saya makan dua biji karipap dan secawan air teh. Selepas itu, kami kembali ke Dewan Serbaguna.

11:00 pagi -Penyampaian hadiah dijalankan. Saya tidak mendapat sebarang hadiah. Setiap kali nama pendapat pingat diumumkan, wakil yang memegang bendera untuk rumah sukan masing-masing mengiring pendapt pingat tersebut ke atas pentas. Pada mulanya, rumah sukan saya tidak banyak mendapat pingat. Tetapi, rumah sukan merah, iaitu Ruby banyak menerima hadiah. Selepas penyampaian pingat tamat, masa untuk mengumumkan juara rumah sukan. Paling mengejutkan, rumah sukan yang banyak menerima hadiah mendapat tempat ke-4 iaitu rumah Ruby. Temapt ke-3 adalah rumah sukan hijau, Emerald. Seterusnya, pengacara mengumumkan tempat pertama terlebih dahulu. Pengacara  tersebut memandang rumah sukan biru, Sapphire. Kemudian, dia mengumumkan bahawa juara kali ini adalah Topaz !! Kami bersorak dan berpelukan. Seterusnya, kami membuat satu cheers. Bagaikan berada di kayangan, kami berasa sangat terkejut dengan keputusan tersebut. Selepas itu, kami bergambar bersama rumah sukan masing-masing...

12:15 tengahari -Kami menuju ke Dewan Makan untuk makan tengahari. Lauk hari ini adalah chicken chop. Kemdian, kami mendapat semangkuk aiskrim percuma. Selepas makan, saya naik ke bilik dan menyiapkan assignment saya. 

3:30 petang -Mama menunggu saya di perkarangan asrama. Saya berasa sangat gembira kerana dapat pulang ke rumah.

5:00 petang -Kami sampai di rumah dan saya segera masuk untuk memeluk kucing saya. Rupa-rupanya, ia sudah berada di hadapan pintu rumah.

7:30 malam -Saya mengikut mama untuk mengambil kakak saya yang berada di UITM.

10:00 malam -Saya tidur dengan nyenyak di dalam penghawa dingin..............

Journal - 24 April 2014

                                          Hari ini saya berasa sangat letih dan saya tidak tahu mengapa. Kelas hari ini tidak padat.

6:30 pagi -Saya bangun dan bersiap-siap. Seterusnya, saya sarapan pagi dan bergerakke Dewan Serbaguna. Perhimpunan berjalan seperti biasa.

8:00 pagi -Pergi ke Makmal Bahasa. Cikgu memberi markah kepada setiap blog yang kami telah sediakan.\

9:00 pagi -Kami pergi Makmal Fizik. Tetapi cikgu tiada. Saya menyiapkan lab report Biologi seperti yang diarahkan oleh cikgu.

10:00 pagi -Minum pagi. Kami makan kuih cara dan kuih badak. Selepas makan, kami menuju ke Makmal Kimia.

10:30 pagi -Cikgu sampai ke kelas. Cikgu mengajarkan kami tentang atom. Cikgu juga mengajar kami tentang periodic table.

11:30 pagi -Kelas English. Cikgu tiada lagi. Kami hanya duduk di kelas sambil menyiapkan assignment. Ada juga yang bermain-main.

12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Selepas makan, saya segera pulang ke bilik.

4:30 petang -Saya dan seorang lagi bergerak ke hadapan Dewan Serbaguna. Kami menyangka hari ini ada kelas renang. Tetapi, cikgu masih tiada. Selepas itu, kami pergi mencari orang-orang yang turut menyertai kelas reng tersebut. Tetapi, nasib kami tidak baik. Kami tidak jumpa seorang pun. Selepas itu, saya pulang ke bilik.

5:15 petang -Pergi ke kelas  English. Hari ini kami dikehendaki untuk mempersembahkan story-telling kami di hadapan kelas. Cikgu menggabungkan kelas 1K1 dan 1K2. Tetapi, nasib saya baik. Tepat 6:50 petang, cikgu menamatkan kelas dan beberapa orang lagi masih belum menyampaikan cerita mereka. Saya segera bergerak ke Dewan Makan untuk makan petang dan naik ke bilik. Selepas mandi, saya mencari telefon saya. Tetapi, tiada di dalam beg. Saya segera pergi ke kelas tadi dengan perasaan yang sangat takut. Hati saya berdebar-debar memandangkan saya berseoorangan di kelas itu pada waktu hampir maghrib. Selepas mencari telefon saya, saya terus berlari pecut menuju ke aasrama. Rupa-rupanya, telefon saya berada di bawah bantal.....

7:30 malam -9:00 malam -Solat Maghrib dan Isya' berjemaah di dewan. Selepas, solat, kami menuju ke kelas prep.

9:00 malam -Prep masih lagi berjalan seperti biasa. Saya menyiapkan lab report Biologi yang akan dihantar esok. Selepas prep tamat, saya segera pulang ke bilik dan menyiapkan semua assignment yang akan dihantar esok. Selepas semuanya siap, saya menutup lampu dan tidur dengan nyenyak....

3 Quotes for Today


1. If you Want to achieve GREATNESS, stop asking for Permission. 
2. Things work out BEST for those who make the best of how things Work Out. 
3. To live a CREATIVE life, we Must lose our FEAR of being Wrong.

Journal - 23 April 2014

                                 Hari ini kelas pada waktu pagi tidak padat tetapi pada waktu petang sangat padat. Saya berasa sangat letih.

6:30 pagi -Saya bangun pagi dan bersiap-siap untuk sarapan.

7:30 pagi -Saya turun sarapan di Dewan Makan. Sarapan pagi ini adalah nasi goreng. Selepas makan, saya bergerak ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi. Perhimpunan berjalan seperti biasa.

8:00 pagi - 10:00 pagi -Waktu matapelajaran Elektif. Tetapi disebabkan tiada kelas, kami hanya duduk di kelas Matematik. Saya menghafal story-telling yang akan dipersembahkan padda hari Jumaat ini.

10:00 pagi -Sepatutnya sekarang adalah waktu untuk minum pagi. Tetapi disebabkan saya berasa kenyang, saya tidak makan.

10:30 pagi -Kelas Pendidikan Agama Islam. Pada permulaannya, kami pergi ke surau. Tetapi disebabkan cikgu tiada, kami pergi ke kelas PAI. Tetapi cikgu masih tiada.

11:30 pagi -Kami pergi ke Makmal Biologi. Tetapi, cikgu tiada juga. Kami menyiapkan lab report yang diarahkan oleh cikgu.

12:30 tengahari -Makan tengahari. Saya terpaksa beratur panjang kerana makanan untuk foundation tidak disediakan. Jadi, kami beratur di barisan level 1. Selepas makan, saya pulang ke bilik dan tidur.

2:30 petang -Saya pergi Makmal Muzik. Sebelum cikgu sampai, saya bermain piano terlebih dahulu. Setelah cikgu sampai, cikgu mengajar kami tentang C Major. 

3:30 petang -Pergi ke Makmal Seni yang hanya berada di hadapan Makmal Muzik. Hari ini ada cikgu baharu. Saya sangat gembira. Nama cikgu tersebut adalah Cikgu Endangpertiwi. Setelah semua orang memperkenalkan diri, rupa-rupanya beliau adalhh jiran sekampung kawan saya, Mieza.

4:30 petang -Sepatutnya sekarang adalah waktu kelas German. Tetapi saya terlupa. Saya menuju ke Dewan Makan. Sebaik sahaja sampai di Dewan Makan, baru saya ingat yang saya ada kelas German. Saya terpaksa berpatah-balik ke Blok Pembelajaran.Nasib baik cikgu tidak marahkan saya. Cikgu mengajar perkataan yang mempunyai kaitan dengan sekolah. Contohnya, " der Schreibtisch " yang bermaksud meja belajar. Kelas tamat pada pukul 6:45 petang. Saya berasa sangat penat. Selepas tamat kelas, saya segera naik ke bilik dan bersiap-siap untuk solat.

7:30 malam -Saya pergi Dewan Serbaguna untuk solat berjemaah.

9:00 malam -Pergi ke kelas prep dan saya menyiapkan assignment yang banyak. Biologi perlu buat lab report, Kimia juga perlu buat lab report, English perlu buat karangan dan hafal story-telling, Matematik perlu sediakan presentation dan banyak lagi. Semua orang bertungkuslumus menyiapkan kerja masing-masing.

10:30 malam -Kelas Prep tamat dan saya pulang ke bilik. Saya bermain game, tetapi saya tertidur sambil memegang telefon....











Thursday, April 24, 2014

Journal - 22 April 2014

                    Hari ini saya berasa tidak gembira dan saya tidak tahu mengapa. Mungkin saya kepenatan.

6:30 pagi -Saya bangun pagi dan bersiap-siap untuk sarapan.

7:30 pagi -Saya turun ke Dewan Makan dan sarapan pagi. Sarapan adalah nasi goreng dan nuget. Selepas makan, saya terus pergi ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi.

8:00 pagi -Kami pergi ke kelas English tetapi cikgu tiada di kelas. Jadi, kami hanya berbual-bual di dalam kelas.

9:00 pagi -Kelas Sejarah. Kumpulan yang belum membentangkan hasil kerja mereka diminta oleh cikgu untuk membentangkannya di hadapan kelas. Kami hanya mendengar. Ada juga yang saya tidak faham tetapi selepas membaca buku, saya mula faham tentang tajuk Khulafa Ar-Rasyidin.

10:00 pagi -Minum pagi. Kami hanya makan kuih cara dan kuih lapis. Saya membancuh milo dan meletakkan milo banyak-banyak ke dalam cawan saya.

10:30 pagi -Kelas Kimia di Makmal Kimia Fasa 1. Dalam perjalanan, kami terjumpa seekor anak burung. Ia terbang tetapi melanggar dinding. Saya segera mengangkatnya dan membawa masuk ke dalam Makmal Kimia. Semua seronok bermain dengan anak burung tersebut. Selepas itu, kami bergambar secara beramai-ramai bersama burung tersebut. Tiba-tiba, cikgu masuk ke kelas dan cikgu berasa pelik. Kemudian, cikgu mengambil burung tersebut dan memberikan burung tersebut kepada cikgu Biologi. Kemudian, cikgu Biologi melepaskan burung tersebut.... Ada antara kami yang merayu supaya cikgu tidak melepaskan burung itu, namun rayuan itu tidak dhiraukan.

11:30 pagi -Kelas Fizik. Sekali lagi cikgu menerangkan tentang acceleration, deceleration, displacement, speed dan velocity. Cikgu risau kerana tajuk seterusnya banyak melibatkan kiraan tersebut.

12:30 tengahari -Kami bergerak ke Dewan Makan untuk makan tengahari. Nasi berlauk ayam goreng dan sup. Selepas makan, saya masuk ke bilik dan tertidur.

2:30 petang -Saya pergi ke Makmal Biologi di Blok Makmal Fasa 1. Cikgu memberikan isi-isi penting untuk membuat lab report. Ia wajib dihantar pada hari Jumaat minggu ini. Jadi, saya hanya ada tiga hari untuk menyiapkannya. Selepas kelas tamat, saya pulang ke bilik.

4:00 petang -Saya dan rakan memesan piza. Selepas satu jam, piza itu sampai di perkarangan asrama. Kami sangat gembira petang itu.

6:00 petang -Saya pergi ke Makmal Muzik kerana ada perjumpaan mini orkestra. Saya dan dua orang lagi rakan belajar bermain piano.

7:00 malam -Perjumpaan tamat dan saya segera pulang ke bilik untuk mandi. Hari ini nasib baik solat di surau.

9:00 malam -Saya pergi ke kelas prep dan menyiapkan assignment yangg tertangguh. Ia bagaikan sebuah bukit assignment. Selepas prep, saya terus pulang ke bilik dan tidur....




Tuesday, April 22, 2014

Journal - 21 April 2014

                           
                                 
                             Hari ini saya berasa tidak bersemangat. Rasa badan saya tidak selesa dan tidak sihat.

6:30 pagi -Jam loceng berbunyi dan saya segera mematikannya. Saya meneruskan tidur selama lima minit kerana saya berasa sangat mengantuk. Selepas itu, saya segera bangun dan bersiap-siap untuk sarapan

7:30 pagi -Saya pergi ke Dewan Makan. Tetai, malangnya tiada foundation 1. Jadi, saya hanya meletakkan beg dan terus mengambil makanan. Sarapan pagi ini adalah soto. Semasa saya mengambil makanan, beberapa orang foundation 1 mula masuk ke dalam Dewan Makan.

7:45 pagi -Perhimpunan rasmi bermula dan kami berbaris mengikut kelas. Perhimpunan berjalan seperti biasa.

9:00 pagi -Kami bergerak ke kelas self development. Dr.Rorlinda menjelaskan kepada kami tentang apa yang kami akan belajar sepanjang kelas  self development berjalan.

10:00 pagi -Minum pagi di Dewan Makan. Saya membancuh milo dan makan dua ketul kuih.

10:30 pagi -Kami bergerak ke kelas Sejarah. Kali ini, saya dan kumpulan membuat pembentangan tentang Bani Abbasiyah. Ia berjalan dengan lancar.

11:30 pagi -Kami bergerak ke Makmal Fizik untuk matapelajaran Filosofi. Cikgu tiada jadi kami hanya berbual-bual kosong sehingga 12:30 tengahari.

12:30 tengahari -Makan tengahari berlaukkan ayam lemon. Saya tetap memaksa diri untuk makan. Selepas makan, saya terus pulang ke bilik dan tidur.

2:30 petang -Sepatutnya sekarang adalah waktu kelas Matematik. Tetapi disebabkan cikgu tiada, saya hanya berehat di bilik. Saya menyiapkan assignment yang kembali bertimbun-timbun.

4:00 petang -Saya berehat di atas katil sambil melayari internet. Saya berehat-rehat sehingga 5:30 petang.

5:30 petang -Saya mandi dan bersiap-siap untuk makan petang.

6:30 petang -Turun ke Dewan Makan. Lauk hari ini adalah makanan kegemaran saya, udang sambal. Yay ! Saya makan dengan gembira..... Selepas saya makan, saya pulang ke bilik dan berehat semula.

7:30 malam -Solat Maghrib dan Isya' berjemaah di Dewan Serbaguna. Selepas solat Maghrib, kami ditayangkan satu video tentang sejarah tamadun Islam. Video itu menunjukkan bahawa manusia kini sedang berada di Fasa 4 tamadun Nabi Muhammad S.A.W.

9:00 malam -Saya turun ke kelas prep dan ia berjalan seperti biasa. Selepas prep, saya terus pulang ke bilik dan terus tidur.






Sunday, April 20, 2014

Journal - 20 April 2014

                                     Hari ini saya berasa sangat gembira. Walaupun hari ini terpaksa pulang  ke asrama....... Sepanjang berada di rumah, mama banyak menyediakan makanan yang sedap-sedap dan paling yang saya suka adalah sambal udang.

9:00 pagi -Mama mengejutkan saya dari tidur. Sebaik bagun dari tidur, saya terus makan. Makanan yang mama sediakan sangat sedap iaitu mi dan kuih ubi. Saya makan sehingga berasa terlalu kenyang.

11:00 pagi -Saya menyiapkan kerja sekolah bersama mama. Jika ada yang saya tidak faham, saya akan menyoal mama ataupun kakak. Akhirnya, selesai jua semua assignment yang bertimbun-timbun sebelum ini. Selepas itu, mama peerg ke dapur untuk  memasak.

12:30 tengahari -Makanan tengahari siap !! Lauk kegemaran saya iaitu sambal udang. Sekali lagi saya makan sehingga terlalu kenyang. Tiba-tiba saya berasa sedih kerana pukul lima petang nanti saya sudah perlu pulang ke asrama.

1:30 petang -Saya dan mama berehat sebentar. Kami berbual-bual dan saya bercerita tentang kehidupan saya di asrama.

3:00 petang -Saya bersiap-siap untuk pulang ke asrama. Mengemas barang-barang dan beg.

3:45 petang -Saya dan mama keluar untuk membeli barang-barang dan makanan untuk dibawa ke asrama.

5:00 petang -Mama sudah bersedia untuk menghantar saya ke asrama. Saya berasa sedih. Dalam perjalanan, saya berbual-bual dengan mama. Tapi, saya tetap gembira kerana pada hujung minggu ini saya masih dapat pulang ke rumah. Minggu ini adalah minggu pulang bermalam.

6:00 petang -Kami sampai di Pusat PERMATApintar Negara. Saya mengangkat barang-barang ke bilik saya. Selepas itu, saya dan mama bersalam diikuti oleh ayah dan kakak-kakak saya. Kemudian, saya dan mama bersalam kembali. Hati saya sungguh berat untuk meninggalkan mama dan keluarga. Selepas itu, kami mengucapkan selamat tinggal dan kereta perlahan-lahan meninggalkan perkarangan asrama.

6:30 petang -Saya makan makanan yang mama telah sediakan. Rasa rindu menerpa. Selepas itu, saya memberi makanan kepada ikan saya.

7:30 malam -Solat Maghrib berjemaah di surau perempuan. Selepas solat Maghrib, kelas 1K2 membuat sketsa pendek. Sketsa mereka tentang perasaan cemburu antara kawan. Selepas sketsa mereka tamat, solat Isya' berjemaah dijalankan.

9:00 malam -Hari ini tiada prep.Saya hanya berehat sambail melayari internet di bilik.

10:00 malam -Saya memberus gigi dan terus tidur di katil saya.. Yay !!

Journal - 19 April 2014

                 Hari ini saya sangat gembira kerana dapat pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran daripada Dr.Rorlinda. Mama mengadakan kenduri di rumah.

9:00 pagi -Saya bangun agak lewat.Terlepas sarapan pagi. Perut saya mula berkeroncong meminta makanan.

9:30 pagi - Membersihkan diri dan masa untuk bersantai.Rasa hendak berehat kerana banyak siapkan assignment malam tadi.

10:30 pagi -Membaca novel sambil mendengar muzik. Tiba-tiba rasa mengantuk menyelubungi diri.

12:30 tengahari -Makan tengahari berlaukkan rendang daging. Makanan di Dewan Makan agak sedap walaupun kadangkala saya tidak lalu untuk makan. Makan bersama Izzati kerana yang lain sudah pulang ke bilik masing-masing selepas aktiviti kokurikulum. Saya tiada aktiviti kokurikulum hari ini kerana saya menyertai kelab renang.

1.00 petang -Balik semula ke bilik. Bilik berbau sangat busuk...Mungkin terlalu banyak baju yang tidak dibasuh. Tetapi, baju busuk saya semuanya telah dibasuh... Ini bermaksud itu bukan bau baju saya....  :)
Saya menyiapkan assignment yang perlu dihantar secepat mungkin. Selepas itu, saya mengemas bilik yang agak bersepah.

2:00 petang -Mama menelefon saya dan memberitahu satu berita mengejut. Mama telah menelefon Dr.Rorlinda untuk meminta kebenaran untuk saya pulang ke rumah. Keluarga saya mengadakan kenduri kesyukuran di rumah dan saya telah diizinkan untuk pulang ke rumah. Yay !!

3:00 petang -Ayah saya menjemput saya. Di dalam kereta, saya terlelap. Saya agak pelik kerana saya boleh tertidur walaupun hari ini saya banyak berehat. Sebaik sahaja kereta sampai di hadapan pagar rumah, saya tersedar dari tidur. Saya segera masuk ke dalam rumah dan tersenyum ke arah mama. Saya sangat merinduinya. Selepas itu, saya membelai kucing saya yang suka menggigit kaki manusia.

6:00 petang -Mama membawa kami membeli-belah di Setia City Mall. Saya berasa sangat gembira.Kemudian, kami pergi ke Tesco untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Mama membelikan kami CoolBlog. Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat pulang ke rumah.

8:00 malam -Kami pulang ke rumah mama memasakkan saya udang sambal kegemaran saya. Mmmm.....
Sangat sedap dan sekali lagi saya berasa sangat gembira. Kemudian, saya menyiapkan assignment yang saya tidak faham bersama kakak. Sekarang, saya sudah faham konsep algebra.

10:00 malam -Kami berhenti melakukan kerja dan bersiap-siap untuk tidur. Saya bermain dengan kucing saya.

11:00 malam -Saya dan mama tidur. Sebelum itu, kami membaca doa tidur.....  :3
Mula-mula, saya berasa tidak mengantuk, tetapi akhirnya saya terlelap jua.... Hari yang sangat menggembirakan.

Friday, April 18, 2014

Life is A TeacHer


Journal - 18 April 2014

              Hari ini adalah penghulu segala hari dan hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan pada setiap minggu. Mungkin kerana kelas hanya sedikit dan merupakan hari terakhir pada setiap minggu untuk bersekolah. 

6:40 pagi -Telefon yang berada di bawah bantal berdering. Malam tadi saya terlupa untuk mengunci jam loceng. Nasib baik mama telefon tepat-tepat 6:40. Itu adalah bukti seorang ibu mempunyai naluri yang kuat. Saya segera menjawab panggilan itu. Mama menyoal sama ada saya sudah bangun ataupun belum.    : )
Sayang mama~!

7:15 pagi -Rakan saya mengajak untuk turun sarapan bersama-sama. Makanan pagi ini adalah makanan kegemaran saya iaitu nasi lemak. Walaupun sangat pedas, saya tetap makan kerana sudah agak lama saya tidak makan nasi lemak. Selepas makan kami bergerak ke tapak perhimpunan. Perhimpunan berjalan seperti biasa.

8:00 pagi -Kami bergerak ke kelas Pendidikan Jasmani. Cikgu tiada kerana mengikuti perlawanan sofbal. Di dalam kelas, ada yang berbual, ada yang mengulangkaji dan ada juga yang bergaduh.

9:00 pagi -Bergerak ke Makmal Bahasa untuk sesi pembelajaran Bahasa Melayu. Cikgu juga tiada. Kami masuk ke dalam Makmal Bahasa dan semua mengupdate blog masing-masing.

10:00 pagi -Kami bergerak ke Dewan Makan. Saya hanya makan dua ketul kuih... : )
Sebenarnya guru yang mengajar matapelajaran English mengajak pelajar foundation 1 makan bersama dengannya. Tapi disebabkan meja itu sudah penuh, saya dan beberapa orang lagi bergerak untuk makan di meja yang berlainan.

10:30 pagi -Kami pergi ke kelas English. Cikgu menggabungkan kelas 1K1 dan 1K2. Pada permulaannya, kami diberi satu kuiz English dan kuiz tersebut merangkumi 10% daripada keputusan CGPA kami. Selepas itu, kelas 1K2 membentangkan hasil kerja mereka yang diberi pada minggu lepas.

11:30 pagi -Sesi spiritual circle. Tetapi hari ini berlainan sedikit. Kami hanya menjalankan solat sunat Dhuha. Mungkin kerana ramai pelajar senior yang pergi ke perlawanan sofbal.

12:30 tengahari -Makan tengahari. Kebiasaannya, pada setiap hari Jumaat, makanan yang disediakan sedikit istimewa. Hari ini kami disediakan dengan nasi ayam. Selepas makan, saya pulang ke asrama dan berehat.

1:30 petang -Turun ke surau perempuan untuk solat Zuhur berjemaah.

2:00 petang - 4:00 petang -Menonton movie The Croods di megashare.info . Ceritanya sangat menarik. Miss Dee telah membatalkan kelas yang sepatutnya dijalankan pada pukul 3:00 petang kerana kelas sudah dijalankan pagi tadi.

4:00 petang - 6:00 petang -Saya tertidur setelah penat duduk menonton cerita. Selepas itu, saya segera bersiap untuk turun makan malam.

6:30 petang -Makan Malam. Lauknya adalah ikan sambal dengan sup. Selepas makan, saya pulang ke asrama dan menjalankan rutin seperti biasa.

7:30 malam - 9:00 malam -Solat maghrib dan Isya' berjemaah di surau perempuan.

9:15 malam -Pergi ke perjumpaan AJK sambutan Hari Guru yang akan diadakan nanti. Pelbagai tema dicadangkan. Saya dan seoran lagi rakan menjadi photographer. Perjumpaan berlarutan sehingga 10:15 malam. Setelah perjumpaan tamat, saya pulang ke asrama dan menyiapkan sedikit kerja rumah

11:30 malam -Saya tertidur sambil memegang novel. Sebenarnya, saya ingin membaca novel tersebut, tetapi terlelap dan saya tidak sempat mengemas buku-buku yang berselarakan di atas meja belajar.

Thursday, April 17, 2014

3 Motivational Quotes


  1. The moment You're ready to Quit, is Usually the Right Moments before The SUCCESS happens. So, Never Give Up
  2. You may be Dissapointed if you Fail, but you're Doomed if you Don't try
  3. Life Always offers you a Second Chance, It's called TOMORROW

Journal - 17 April 2014

                     Mmmm... Hari ini sangat bosan. Kami tidak dibenarkan untuk menjejak kaki di Blok Fasa 2 kerana para senior sedang menjalani Petronas Interview di Fasa 2. Jadi, semua kelas yang sepatutnya dijalankan di Fasa 2 telah ditukar ke Fasa 1. Saya agak tertekan hari ini dan saya tidak tahu punca apa yang menyebabkan saya tertekan. Mungkin terlalu banyak assignment ataupun mungkin kerana saya tidak boleh pulang bermalam pada hujung minggu ini.

6:30 pagi - 8:00 pagi -Saya menjalankan rutin seperti biasa iaitu bersiap, makan dan perhimpunan harian.

8:00 pagi -Bergerak ke kelas Bahasa Melayu. Cikgu tiada di kelas. Mungkin cikgu turut serta dalam Petronas Interview yang sedang dijalankan. Saya menyiapkan kerja English yang diarahkan oleh Miss Dee dan melayari internet.

9:00 pagi -Bergerak ke Makmal Fizik. Cikgu menerangkan maksud speed, velocity, distance, displacement, acceleration dan deceleration. Jadi, hari ini baru saya faham cara untuk mengira perkara di atas.

10:20 pagi -Saya dan kawan pergi ke Dewan Makan walaupun sudah terlambat. Sepatutnya pukul 10:00, tetapi disebabkan tidak faham apa yang cikgu terangkan kepada kami, ia mengambil masa yang lebih lama. Kami makan 2 keping roti. Tapi disebabkan kelaparan, kami membuat satu keping lagi roti dan makan semasa dalam perjalanan ke Makmal Kimia.

10:40 pagi -Cikgu Kimia sampai ke makmal dan menerangkan cara-cara membuat lab report kerana kami baru sahaja menyiapkan satu eksperimen pada minggu lepas.

11:50 pagi -Cikgu Kimia melepaskan kami untuk pergi ke kelas seterusnya. Dia melepaskan kami sedikit lambat kerana ingin menerangkan sebab-sebab keputusan eksperimen yang dilakukan tidak seperti yang diinginkan. Bergerak ke kelas Miss Dee. Dia sedikit marah kerana kami masuk lewat ke kelasnya. Sebagai denda, esok petang yang sepatutnya tiada kelas, kami terpaksa menghadiri kelas English pada pukul 3:00.

12:30 tengahari -Makan tengahari berlaukkan ayam goreng, telur dadar dan sup. Selepas makan, saya pulang ke bilik. Saya sedikit pelik kerana saya langsung tidak tertarik untuk baring di atas katil manakala saya segera menyiapkan lab report yang diarahkan oleh cikgu. Agak pelik....    :)

3:30 petang - 5:30 petang -Lab report saya telah disiapkan dan baru tergerak hati saya untuk berehat di atas katil. Saya hanya melayari internet dan membaca novel.

6:30 petang -Hari ini terasa malas untuk turun makan petang. Jadi, saya hanya minum air kota dan biskut di dalam bilik.

7:30 malam -Turun untuk solat Maghrib dan Isya' berjemaah di dewan. Selepas solat Maghrib, sebuah forum daripada pelajar lelaki dijalankan. Selesai solat Isya', kami bergerak ke kelas untuk sesi prep.

9:00 malam -Saya hanya melayari internet dan update blog. Malam ini agak bosan dan saya berasa sangat lapar. Menyesal saya tidak makan petang...   : (

10:30 malam -Saya pulang ke asrama dan membaca novel. Walaupun agak mengantuk, saya tidak dapat tidur. Tetapi, setelah kira-kira 5 minit membaca buku, saya tertidur sambil memegang novel... : )

3 Quotes for Today

1. Be a Good person but Don't waste time to Prove it

2. HATERS : The People who secretly Wish to be likE You

3. Just Be Yourself. Everyone is Taken eXcept Yourself

Journal - 16 April 2014

             Hari ini masa saya padat.Tetapi pada waktu pagi, ia sedikit santai. Hari ini, 8:00 hingga 10:00 pagi adalah masa bagi matapelajaran elektif. Jadi kami bebas pada waktu itu. Tapi disebabkan Miss Ing, guru homeroom kami mahu adakan perjumpaan mingguan, jadi kami hanya bebas selama 1 jam.

9:00 pagi -Perjumpaan dengan guru homeroom, Miss Ing di Makmal Biologi. Miss Ing mengucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Miss Ing meminta kami untuk menulis ' surat cinta ' kepada dia. Kami diminta untuk menulis masalah atau perasaan kami di dalam surat tersebut memandangkan ada antara kami yang malu untuk bersemuka dengan Miss Ing untuk memberitahu masalah kami. Saya sangat bersyukur mendapat Miss Ing sebagai guru homeroom kerana dia sangat memahami.

10:00 pagi -Makan pagi. Saya membancuh air milo dan mengambil beberapa keping roti.

10:30 pagi - 12:30 tengahari -Sekali lagi masa bebas untuk kami kerana semua guru menghadiri mesyuarat. Kami hanya duduk di perpustakaan. Ada yang melayari internet, ada juga yang mengulangkaji. Saya hanya melayari internet dan tiba-tiba laptop saya terpadam. Mungkin kehabisan bateri. Jadi saya hanya bermain game menggunakan telefon.

12:30 tengahari -Makan tengahari. Nasi berlauk tomyam. Selepas makan, saya terus pulang ke bilik.

2:30 petang -Pergi ke kelas muzik. Kami belajar tentang tanda nada muzik.

3:30 petang - Sepatutnya sekarang adalah waktu kelas seni visual. Tetapi Cikgu Shafiz tiada di Makmal Seni, jadi kami bergerak ke Makmal Biologi untuk mengambil keputusan eksperimen kentang yang telah dijalankan pada hari Selasa. Saya diminta untuk mencatat berat kentang yang telah direndam di dalam air gula dan air suling selama 24 jam.

4:30 petang -Pergi ke kelas Bahasa Antarabangsa German. Cikgu masih belum tiba jadi kami menunggu cikgu sambil berbual-bual. Hanya 7 orang Foundation 1 yang menyertai Bahasa Antarabangsa German. Tapi bahagian yang paling menyedihkan, saya hanya mendapat A- dalam matapelajaran tersebut. Kali ini, saya akan berusaha dengan lebih baik. Kelas hari ini berjalan lebih lama dari kebiasaannya. Sepatutnya, kelas tamat pada jam 5:30 petang, tetapi cikgu mahu meneruskan kelas sehingga 6:30 petang. Kelas itu sangat sejuk dan saya berasa seperti berada bersama Penguin di Antartika. Sebaik sahaja tamat kelas, saya segera keluar dari kelas. Jari-jari saya sangat kebas dan tidak dapat bergerak. Saya segera bergerak ke Dewan Makan dan saya makan berseorangan...

7:30 malam -Sepatutnya pada hari ini, semua pelajar solat di dewan, tetapi disebabkan Ustaz Saifun tiada, kami hanya solat di surau. Selepas solat Maghrib, kami pelajar Foundation 1 diminta untuk berkumpul di Bilik Istirehat dan membincangkan hal-hal yang terdapat di PERMATA. Kami sedikit kebingungan kerana tidak tahu apa yang perlu dibincangkan. Akhirnya, kami hanya membincangkan tentang atitud di setiap Batch. Semua diminta untuk memberikan pendapat yang ikhlas dari hati dan bukannya berpura-pura. Saya sedikit pelik apabila memikirkan tujuan mereka membuat aktiviti ini. Selepas aktiviti berakhir, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.

9:00 malam -Pergi ke kelas prep dan aktiviti masih seperti biasa. Ada yang bermain komputer, ada yang mengulangkaji dan ada yang berbual.

10:30 malam -Pulang ke asrama dan bersiap-siap untuk tidur. Hari ini sangat penat. Jadi saya tidur lebih awal dari kebiasaannya....

Tuesday, April 15, 2014

3 Quotes for Today



- Don't tell all of your problems to others. They're not listening to you but they're judging you.

- Don't sad if people is talking badly about you. That's their opinion, that's their brain and that's just their Life Diary. You just made your own opinion, your own brain and your own diary.

- Ignore what people said, they will all die.

Journal -15 April 2014

                     Hari ini berbagai-bagai perasaan timbul. Hari ini juga banyak cabaran dan dugaan yang timbul.Waahhh.... Macam drama pula. Okay, contohnya adalah sedih, sakit hati, marah, menyampah, gembira, bosan dan rasa tak sabar untuk menunggu semester 2. Ada juga perasaan tidak senang apabila melihat seseorang itu.... Mmmmm.... Tak apalah. hanya tinggal beberapa minggu sahaja sebelum dia pergi.

6:30 - 8:30 pagi- Rutin seperti biasa iaitu bangun pagi, bersiap, makan dan perhimpunan.

8:00 pagi- Kelas English tetapi Miss Dee tiada... Mungkin mengiring para peserta choral speaking. Kami hanya bermain-main di dalam kelas. Ada yang melayari internet, bermain game dan ada juga yang kebosanan.

9:00 pagi- Kelas Sejarah. Kami diminta untuk membentangkan isi-isi tajuk yang telah kami tulis di atas kertas kajang semalam. Walaubagaimanapun, hanya dua kumpulan yang sempat membentangkannya. Jadi kumpulan saya masih ada peluang untuk membaikpulih hasil kerja kami.

10:00 pagi- Minum pagi. Saya tidak makan kerana perut masih terasa kenyang.

10:30 pagi- Kimia. Sekali lagi kami diminta untuk membentangkan hasil kerja kami yang disiapkan di dalam power point. Kali ini nasib saya bukan seperti di kelas Sejarah kerana saa perlu membentangkan hasil kerja. Semua kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing kecuali satu kumpulan. Ini kerana salah seorang ahli mereka tiada.

11:30 pagi -Ke Makmal Fizik yang hanya terletak di hadapan Makmal Kimia. Kami dikehendaki untuk membuat lab report tentang eksperimen yang telah dijalankan minggu lepas.

12:30 tengahari -Makan tengahari. Agak sedap dan saya tetap bersyukur kerana masih dapat makan di kala saya sedang lapar. Apabila dibandigkan diri saya dengan kanak-kanak di Somalia, saya memang patut bersyukur. Selepas kekenyangan, saya terus pulang ke bilik.

2:30 petang -Bergerak ke Makmal Biologi. Cikgu membuat kejutan bahawa kami akan melakukan eksperimen. Kami dikehendaki untuk memotong kentang dengan saiz dan panjang yang sama. Ia agak mencabar tapi menyeronokkan. Selepas menyiapkan eksperimen, kami pun bersiap-siap untuk pulang ke asrama. Apabila keluar sahaja dari makmal, keadaan di luar sangat gelap dan hujan sangat lebat. Petir sambar-menyambar. Kami masuk kembali ke dalam makmal dantunggu hujan reda sedikit.

4:30 petang -Kami turun ke dewan makan untuk makan petang. Selepas itu, pulang ke asrama.

7:30 malam -Turun ke surau untuk solat Maghrib berjemaah.

8:00 malam -Bersiap-siap untuk ke kelas tambahan Biologi yang diadakan oleh Miss Fairuz di
perpustakaan. Keadaan sangat sejuk di perpustakaan. Tetapi saya seronok kerana dapat memahami segala yang saya tidak faham sebelum ini. Tiba-tiba saya dapat mengetahui satu realiti disebalik perwatakan seseorang yang saya tidak sangka itulah perangai sebenarnya. Bermula dari sinilah
saya mula tidak senang duduk. Gelisah, sakit hati, marah dan semuanya bagaikan sudah
berbincang untuk menggelorakan hati saya. Malam itu saya langsung tidak mahu memandang wajah manusia tersebut.

9:30 malam -Pergi ke kelas prep. Hanya bermain game di dalam laptop. Hati saya masih tidak dapat menerima hakikat tentang apa yang telah saya ketahui sebentar tadi. Malam itu saya segera masuk ke bilik, tutup lampu dan tidur.
                 


Journal -14 April 2014

          Wahh~! Hari ini memang menyeronokkan.... Walaupun agak penat kerana harini hari ISNIN! Okay,walaupun menyeronokkan, rasa rindu pada rumah tetap tak pudar...  :,(

Sekarang, bersedia.Sekarang kita akan masuk ke alam Hani....JENG JENG ...

6:30 pagi- Jam loceng berbunyi dan saya segera bangun dari tilam yang telah penyet diduduki selama 7 jam. Seterusnya bersiap-siap dan solat Subuh. Tiba-tiba teringat kucing yang dibela di rumah. Bagaimana keadaan dia? Apa yang sedang dia lakukan? Dia sudah makan atau belum?

7:30 pagi- Turun sarapan lalu pergi ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan rasmi. Inilah masa yang ditunggu-tunggu.... PERHIMPUNAN ~! Perhimpunan pada hari Isnin adalah perhimpunan yang paling menyeronokkan kerana dapat menyanyikan 3 buah lagu. Jika perhimpunan harian, kami hanya dapat menyanyikan lagu NegaraKu.

9:00 pagi- Bergerak ke kelas Self-Development. Kelas bersama Dr.Rorlinda dan para kaunselor. Kami belajar tentang emosi. Kami ditayangkan satu video pendek tentang seorang ayah yang memukul anak lelakinya kerana anaknya tidak pulang ke rumah pada waktu malam. Rupa-rupanya, anak lelakinya itu hanya keluar bekerja untuk mencari makanan untuk adik perempuannya yang kelaparan. Video itu amat menyedihkan. Dr.Rorlinda menyoal perasaan kami selepas menonton video tersebut. Sekarang, saya sudah faham cara untuk mengawal emosi.

10:00 pagi- Makan pagi. Makanannya sangat sedap iaitu popiah.

10:30 pagi- Kelas Sejarah. Kami dibahagi kepada lima kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan tajuk assignment yang berbeza. Cikgu Zaza memberikan kami sehelai kertas kajang dan menulis isi-isi tajuk kami di atas kertas itu. Kami dikehendaki menyiapkannya dalam masa satu jam sahaja...

11:30 pagi- Philosophy !!! Kami hanya membincangkan ha-hal isu semasa, sejarah dan lain-lain.

12:30 tengahari- Makan tengahari dan balik ke bilik. Di bilik, buka facebook dan main game. Kemudian, tidur....

2:30 petang- Pergi ke kelas Maths. Belajar algebra. Mula-mula agak susah, tetapi sekarang sangat
senang.... :3 Tetapi masih ada soalan yang masih tidak boleh dijawab. Wahh Hidup di Quad-P
memang mencabar.

4:30 petang- Pergi ke bilik Mariam untuk menyiapkan assignment Kimia. Melukis hazard symbols. Agak susah tapi menyeronokkan. Sangat penat...

6:30 petang- Makan malam dan bersiap-bersiap untuk turun solat Maghrib dan Isya' berjemaah.

9:00 malam- Prep di kelas. Menyiapkan kerja-kerja a.k.a assignment yang tertangguh.Terlalu banyak.

10:30- Prep tamat dan pulang semula ke bilik. Melayari Internet dan tidur............


# Bersyukur hari ini Isnin,hari kelahiran Rasulullah SAW....   :)