LATIHAN
14 : SARAWAK
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha membendung
pencemaran alam
sekitar
dan kepentingan
mewujudkan alam sekitar yang bersih. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan perkataan.
banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah
alam sekitar tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan
alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur.
“Bumi yang tiada rimba,
seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang jahil ketawa.” Begitulah antara bait
lagu Hijau dendangan Zainal Abidin. Seni
kata lagu itu menceritakan kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan manusia.
Sikap manusia memang menjadi faktor utama
pencemaran alam sekitar. Buktinya, kini berlaku perubahan cuaca yang tidak
menentu, penipisan lapisan ozon,
banjir kilat, kenaikan suhu global dan pencemaran udara serta air bertoksin.
Ketika ini, pelbagai pihak tampil mempromosikan
usaha memelihara alam sekitar menerusi media secara serius. Namun usaha
tersebut masih di peringkat awal, kerana
majoriti masyarakat seolah-olah belum peka dengan masalah alam sekitar. Banyak
pihak yakin cara terbaik untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada
golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Pepatah “melentur buluh biarlah
dari rebungnya” adalah tepat untuk usaha ini.
Banyak lagi usaha yang boleh
dilakukan termasuk mengasuh mereka menggunakan sumber alam secara berhemat terutamanya penggunaan air dan elektrik.Sebagai
contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Contoh yang lain, lampu dan peralatan elektrik lain
perlu ditutup jika tidak digunakan lagi. Selain itu, menggalakkan mereka membuang sampah di tempat yang disediakan. Didik
mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh
dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol, plastik, kaca, dan kertas.
Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut. Malah, kita
perlu mengajar anak-anak mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan
surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Cara ini boleh
menambahkan tabungan. Didik anak-anak membuat baja kompos dengan sisa makanan.
Baja tersebut digunakan untuk pokok bunga atau sayur-sayuran yang ditanam di
halaman. Dengan ini, mereka akan turut dididik dengan konsep “berbakti kepada
tanah.”
Majalah-majalah
dan surat khabar boleh digunakan semula oleh anak-anak dengan cara mengumpulkan
atrikel-artikel tertentu
untuk dijadikan buku skrap atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang menjadi
minat mereka. Pendekatan ini akan membantu menjana pemikiran mereka.
Terapkan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama
dan dijadikan kraf tangan seperti
beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubah suai
menjadi tabung, bekas alat tulis, atau arca. Pakaian anak-anak yang tidak lagi
digunakan mungkin boleh didermakan
kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Cara ini dapat mendidik mereka
menjadi pemurah selain menggalakkan mereka menyertai program berkaitan
pemeliharaan alam sekitar, misalnya menyertai program gotong-royong
membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar.
Kita perlu
sedar bahawa walaupun usaha tersebut kelihatan kecil tetapi jika semua orang
melakukannya, usaha ini.banyak menghasilkan kesan yang
positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat
menganggap masalah alam sekitar tanggungjawab kerajaan
sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita
perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur.
Jawapan:
Petikan membincangkan langkah-langkah
membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia.
Langkah yang
pertama adalah dengan mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi
media secara serius. Langkah kedua pula adalah memberikan pendidikan awal
kepada kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Selain itu, kanak-kanak perlu diasuh
untuk menggunakan sumber alam sekitar secara berhemat. Di samping itu, kita perlu
sentiasa menggalakkan mereka untuk
membuang sampah di tempat yang disediakan. Yakni mendidik mereka untuk
mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula. Akhir sekali, kita
perlu menggalakkan kanak-kanak untuk mengumpul bahan buangan.
Antara kepentingan mewujudkan alam sekitar
yang bersih adalah kita dapat mengelakkan penipisan lapisan ozon. Kemudian,
kita juga dapat menghirup udara segar walaupun di kawasan bandar.
Kesimpulannya, kita perlu segera bertindak
untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment