Monday, May 19, 2014

Journal - 18 Mei 2014

                             Hari ini sekali lagi saya bangun tidur dengan lambat.

10:00 pagi -Saya bangun dan membersihkan diri. Kemudian, saya membasuh baju yang tinggal separuh kerana semalam saya sudah basuh.

11:30 pagi -Saya bermain game di telefon sambil mendengar lagu.

12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauk kali ini adalah sambal ayam dengan sup. Saya sangat sukakan lauk itu.

2:30 petang -Saya mengulangkaji Pendidikan Agama Islam dan juga Bahasa Antarabangsa German.

5:30 petang -Ibu saya datang!!!! Saya bersemangat turun ke bawah untuk duduk di pondok. Selepas itu, kami makan dengan banyak hingga perut saya seperti mahu meletup. Saya dan mama berbualbual.

6:30 petang -Mereka sudah perlu pergi kerana mahu menghantar dua orang kakak saya ke tempat mereka belajar pula. Saya melambai ke arah mereka dengan perasaan sedih.

7:30 malam -Solat berjemaah di  surau perempuan.

9:00 malam -Saya mengulangkaji Bahasa Anatarabangsa German di bilik. Saya agak tertekan kerana tidak dapat menghafal apa yang telah saya baca.,

10:30 malam -Saya berus gigi dan tidur. Saya berasa sangat mengantuk.

Journal - 17 Mei 2014

                                          Waahh... Hari ini saya berasa sangat gembira kerana saya dapat bangun tidur dengan lambat.

9:00 pagi -Saya bangun dari tidur dan membersihkan diri.

10:00 pagi -Saya basuh baju di bilik membasuh. Baju busuk saya agak banyak jadi saya hanya membasuh separuh dari baju-baju itu.

11:00 pagi -Saya mengulangkaji Bahasa Antarabangsa German di bilik.

12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauk hari ini adalah ayam goreng dan sup ikan.

1:00 tengahari - 3:00 petang -Saya berehat-rehat di bilik. Saya membaca buku, bermain game dan macam-macam.

4:00 petang -Saya mengulangkaji sambil mendengar lagu. Saya berasa sangat gembira kerana dapat duduk di bilik berseorangan. Kadangkala, saya tidak suka orang berada di dalam bilik saya termasuk roommate saya.

6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan. Selepas makan, saya terus naik ke bilik.

7:30 petang -Solat Maghrib dan Isya' berjemaah.

9:00 malam -Saya naik ke bilik Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu bilik. Dua orang rakan saya memanggil saya turun ke bawah. Mereka mengadakan perjumpaan dengan Asas 1. Kami meluahkan perasaan kami pada ketika itu. Ia agak menyeronokkan kerana saya berasa sejuk dan saya seronok mendengar cerita orang lain.

1:00 pagi -Perjumpaan tamat. Kami bergerak ke bilik masing-masing dan tidur.


Friday, May 16, 2014

Journal - 16 Mei 2014

                               Hari ini hari Jumaat~! Saya berasa sangat gembira.

Hari ini peperiksaan Kimia. Pada permulaannya, saya ingat ia agak mudah. Rupa-rupanya, ia agak susah dan kadangkala, saya hanya meneka jawapannya. Kemudian, pada sebelah petangnya pula, peperiksaan PJK pula dijalankan. Ia 50% senang dan 50% agak susah. Pada waktu makan malam, lauk agak sedap. Saya makan dengan banyak.....

Pada waktu malam, kami solat Maghrib berjemaah. Kemudian, cikgu BM memanggil kami untuk menilai carry marks untuk peperiksaan kali ini....

Fluffy

Kali ini saya akan memperkenalkan kucing peliharaan saya pula.
Namanya Fluffy~!



Kucing yang dibela oleh saya~!




Namanya Fluffy....

Thursday, May 15, 2014

Journal - 15 Mei 2014

                                Hari ini merupakan hari yang agak mencabar. Kami perlu menjawab ujian Bahasa Malaysia dan Sejarah.

6:30 pagi -Saya bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk sarapan.

7:30 pagi -Saya turun ke Dewan Makan untuk sarapan. Kemudian, semua orang mengulangkaji BM di Dewan Makan.

8:30 pagi -Kami pergi ke dewan. Peperiksaan bermula pukul 9 tetapi kami perlu berada di situ 30 minit awal.

Kemudian, peperiksaan pun berjalan. Saya dapat menjawab dengan lancar. Kemudian, setelah selesai menjawab, saya pulang ke asrama.

Pada pukul 2:15 petang, kami pergi ke dewan semula untuk mengambil ujian Sejarah. Pada bahagian A, soalannya agak senang. Tetapi, di bahagian B, soalannya sangat susah. Saya hanya menghentam jawapannya.

6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan.

7:30 malam -Solat berjemaah. Selepas solat Maghrib, kami membaca surah Yasin beramai-ramai. Kemudian, kami solat Isya' berjemaah di suarau perempuan.

9:00 malam - 10:30 malam -Ulangkaji Kiia di bilik. Kemudian, saya pun tidur....

Cerpen Hujan Kala Kemarau

Hujan Kala Kemarau



BAB 1

 “ Panggg!!! “
Jihan terjaga dari tidurnya. Sudah hampir dua hari dia tidak mendapat tidur yang cukup. Bunyi yang kuat itu sekelip mata menghancurkan segala mimpin Jihan di kala dia sedang nyenyak tidur. Dari daun pintu biliknya, kedengaran seperti seseorang sedang menggelupur dan meraung di dapur.

          Jihan segera bangun dari katilnya dan mendapatkan adiknya, Jahri yang berusia 5 tahun. Jahri meraung-raung di telinga abang sulungnya. Badannya terdapat kesan belang-belang merah yang masih segar.  Dari jauh kelihatan  ayah mereka, Jazali keluar dari rumah sambil membawa sebatang getah paip dengan tidak berbaju. Jihan sudah faham perangai ayahnya yang terlalu panas baran. Dia segera mengambil minyak gamat dan menyapunya ke luka di badan Jahri.
          ___________________________________________________________________

          Jihan menguap sambil menutup mulutnya dengan tapak tangan. Mukanya kelihatan pucat dan tidak bermaya. Hari ini sudah masuk hari ketiga dia tidak cukup tidur. Sejak kebelakangan ini, baran ayahnya semakin menjadi-jadi. Kadangkala, mereka 5 beradik langsung tidak berbual atau bercakap dengan ayah mereka kerana terlalu takut. Pantang mereka tersilap cakap, batang paip bakal menjadi habuan.

          Jihan segera bersiap-siap untuk ke sekolah. Dia dan adik-adiknya terpaksa bangun awal pagi kerana jarak antara sekolah mereka dengan rumah sangat jauh. Tahun ini Jihan, 11 tahun, Farhan, 10 tahun, Talha, 9 tahun dan Mirhan, 7 tahun terpaksa bertukar ke Sekolah Kebangsaan Yayasan Muda disebabkan keluarga mereka tidak mampu membiayai yuran sekolah mereka berempat semasa di sekolah lama dahulu. Disebabkan itulah mereka terpaksa pergi ke sekolah yang jaraknya sangat jauh.

          Jihan memimpin keempat-empat adiknya ke sekolah. Bagi Jihan, adik-adiknya adalah tanggungjawab dirinya sebagai anak sulung. Ibunya, Kasimah sudah pergi menoreh getah awal pagi. Semasa semua adik-beradiknya sedang tidur, ibunya akan perlahan-lahan bangun dari tidur dan pergi menoreh bertemankan lampu suluh. Kadangkala, apabila Jihan tersedar dari tidur, ibunya akan segera berpura-pura mahu ke tandas. Ibunya sangat menyayangi anak-anaknya. Apa sahaja yang Jihan dan adik-adiknya minta, pasti akan dapat dengan berkat usaha seorang ibu. 

          Pernah suatu hari, Talha meminta kapal terbang kawalan jauh dari ibunya. Ibunya tetap mengangguk walaupun dia sedar, dia tidak mampu memenuhi permintaan anaknya itu. Pada malam itu, selepas solat Maghrib, Jihan memarahi adiknya kerana meminta barang yang bukan-bukan. Adiknya hanya menundukkan pandangan dari abangnya.

          Seminggu selepas kejadian tersebut, ibu mereka pulang ke rumah dengan membawa barang yang diminta oleh Talha. Talha melonjak-lonjak kegembiraan, namun ia tidak lama berterusan kerana Jihan sudah merampasnya dan memulangkannya kembali kepada penjual mainan tersebut. Jihan dapat mengagak bahawa ibunya sebenarnya berhutang dengan peniaga tersebut. Disebabkan kejujuran Jihan, penjual tersebut menghalalkan sahaja permainan tersebut kepada Jihan dan adik-adiknya. Malah, peniaga tersebut turut menghulurkan sedikit sumbangan wang kepada Jihan.



BAB 2


Setahun berlalu…..


“ Pon ponnn “, Kedengaran hon sebuah motor  dari luar rumah. Jahri yang sudah pandai mengira berlari ke luar rumah.
“ Pakcik! Lama tak jumpa pakcik… Aiskrim? “ Terserlah kemesraan antara anak kecil dan penghantar surat tersebut. Seperti kebiasaan, setiap kali lelaki penghantar surat tersebut datang, pasti dia membawa sebatang aiskrim buat Jahri. Nama lelaki tersebut adalah Norman tetapi kebanyakan penduduk di kawasan itu menggelarnya sebagai ‘Man’. 
          Man menghulurkan sebatang aiskrim Malaysia kepada Jahri. Kemudian, kelihatan Mirhan yang sudah berusia 8 tahun datang. Dia mengambil surat yang dihulurkan oleh Man. Tertulis nama ‘Ahmad Jihan Bin Jazali’ pada surat tersebut.

“ Mana Jihan? “ Soal Man.
“ Dia masih di sekolah. An pun baru balik. Mungkin along pulang lambat sikit. Tadi dia kata yang cikgu mahu berjumpa dengannya.” Jawab Mirhan yang menggelar dirinya sebagai ‘An’.
          Man menganggukkan kepalanya. Dia kelihatan sudah bersedia untuk menyambung kembali tugasnya. Dua beradik itu melambaikan tangan kepada Man. Motor Man perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah kayu yang sudah hampir roboh tersebut.
            Man disayangi oleh semua disebabkan sifat murah hatinya. Kadangkala, jika ada sesiapa yang memerlukan bantuan, dia akan sedia membantu  walaupun dirinya agak sibuk dengan tugas hariannya.

               ____________________________________________________________

Jihan meletakkan beg sekolahnya yang lusuh di atas lantai. Pergerakannya sudah boleh menunjukkan bahawa dia sangat  penat. Dengan perlahan-lahan Jihan mengheret kakinya ke sudut rumah. Kemudian, dia baring sambil melepaskan lelah. Namun, tidak sampai beberapa saat, otaknya kembali aktif memikirkan masalah keluarga.
                 _______________________________________________________

                    Tepat 9 haribulan 5 tahun lepas, ayahnya telah dipenjarakan atas hukuman mengedar dan menghisap dadah. Ketika itu, hanya Jihan dan ibunya yang kesedihan. Farhan dan adik-adiknya yang lain langsung tidak sedih malahan mereka sangat gembira kerana tidak perlu disebat dengan getah paip lagi. Namun, di sudut hati Jihan terselit juga rasa bahagia kerana tidak perlu lagi melihat ahli keluarganya terseksa dan dicederakan. Pada malam itu juga, terjadi sebuah insiden yang sangat menyayat hati sekaligus mematikan semua kegembiraan  Farhan dan adik-adiknya.

          Pada petang itu, ketika Jihan dan adik-adiknya sedang bermain di halaman rumah, tanpa disangka-sangka sebuah kereta besarmeluru laju ke arah mereka adik-beradik. Sepatutnya itu bukan laluan untuk kereta. Laluan tersebut hanya sesuai untuk motosikal dan basikal. Mereka semua sempat melarikan diri kecuali seorang dari mereka, Talha yang sedang ralit mengorek tanah. Kereta tersebut menghentam badan Talha dan dalam sekelip mata kepalanya hancur.
                             
               Kelihatan darah membuak-buak keluar dan mengalir di tanah tempat  Talha mengorek tanah sebentar tadi. Lubang yang dikoreknya tadi dipenuhi darah. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan tiada siapa dapat menyangkanya kecuali dengan takdir Tuhan.  Sebaik mendengar bunyi hentaman,  Kasimah ibu mereka yang sedang menggoreng ikan di dapur segera berlari ke luar rumah. Beliau meraung-raung melihat keadaan anaknya yang sudah hancur . Orang kampung mula mengelilingi kawasan tersebut.  Man, sebagai seorang yang juga berada di tempat kejadian menelefon ambulans.
                   Malam itu juga mayat Talha ditanam di tanah perkuburan yang hanya 500 meter dari rumah Jihan. Jihan sangat sayu melihat keadaan ibunya yang kehilangan dua orang serentak dalam sehari. Kegembiraan adik-adiknya atas ketiadaan ayah mereka siang tadi dalam sekelip mata hilang. Malam itu juga, Jihan langsung tidak tidur. Hatinya serabut. Keluarganya tiada ketua, ibunya yang kehilangan dua orang tersayang dalam hidupnya, adik-adiknya yang mula menunjukkan protes, segalanya bersatu-padu di dalam hati Jihan.
                             ______________________________________________________

“ Along.”, Panggilan adiknya mematikan lamunan Jihan.Jihan menoleh ke arah adiknya, Mirhan. Mirhan kelihatan sudah mula faham dengan situasi keluarga mereka. Pada pandangan Jihan, adiknya yang seorang itulah paling cepat matang berbanding yang lain. Jihan lebih mudah berkongsi masalah bersama Mirhan walaupun dia sedar adiknya masih terlalu muda. Namun, dia sebagai anak sulung perlu mematangkan adik-adiknya yang lain.
          Mirhan menghulurkan  sehelai sampul surat kepada Jihan. Jihan terkejut kerana selama ini dia tidak pernah menerima surat yang bertulis namanya. Pada surat tersebut dicop tanda ‘SULIT’. Jihan segera mengoyak sampul surat tersebut. Di dalamnya tertulis tawaran kemasukan ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (S.T.A.R) yang terletak di Perak.
“Alhamdulillah. Along dapat tawaran masuk ke sekolah asrama. Mana umi? “
“ Entah. Tadi umi tengah memasak. Mungkin umi di kebun. “ Jawab Mirhan yang leka menyusun kad permainannya yang bersepah di atas lantai.

               Jihan segera berlari ke kebun yang terletak di belakang rumahnya. “Umi. Umi!!!”, Kasimah melambai tangan ke arah Jihan tanda dia berada di situ. Jihan segera menuju ke arah uminya. Dia menunjukkan surat tawaran tersebut kepada uminya. Pada sangkaannya, umi akan gembira dengan tawaran tersebut namun perkara yang sebaliknya berlaku. Uminya menundukkan pandangan. Perlakuannya jelas menunjukkan bahawa beliau berasa sedih.
     Hati Jihan sangat kecewa sebaik sahaja melihat reaksi uminya. Hatinya meronta-ronta untuk belajar tinggal di asrama. Namun, sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab sentiasa menebal di dalam hati.

                 “ Jihan,umi tak kisah dengan keputusan kamu. Tetapi, apa-apa pun keputusan kamu, kamu perlu ingat, musuh ayah kamu terlalu ramai. Dan, kamu perlu ingat, adik-adik kamu perlukan tunjuk ajar dari seorang abang. Umi minta maaf, umi tak mampu mendidik anak-anak umi dengan baik. Um..umi..”, Kasimah sudah tidak mampu meneruskan percakapannya. Kelihatan air mata umi sudah mula bergenang. Jihan sedar, umi sudah banyak menanggung beban. Semua beban diletakkan di atas bahu umi.
                               Saat itu juga, Jihan bertekad dia akan cuba untuk membuang segala beban yang ditanggung umi. Jihan menyangkal pernyataan uminya yang mengatakan bahawa umi tidak mampu mendidik mereka adik-beradik dengan baik. Bagi Jihan, uminya adalah ibu terbaik  dan terhebat di dunia. Umi mampu menjadi ibu dan ayah sekaligus. Hati Jihan membuak-buak marah. Dia bertekad bahawa suatu hari, dia akan menjadi seorang yang sangat berjaya walaupun dia hanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jukip dan bukannya di sekolah berasrama penuh.




BAB 3
“ Along!!! Cepatlah.”, Jahri yang berusia 7 tahun menjerit memanggil abangnya. Hari ini merupakan hari pertama dia memulakan persekolahan. Jihan yang masih bersarapan di meja menoleh ke arah jam yang tergantung di dinding dapur. Jam baru menunjukkan pukul 6 pagi. Jahri sahaja yang terlebih bersemangat. Kebiasaannya, mereka bertolak dari rumah pada pukul 6:15 pagi. Jihan sengaja tidak mengendahkan panggilan adiknya. Dia tetap makan dengan perlahan-lahan.
                Ibu mereka tidak pergi menoreh getah hari ini. Disebabkan ibunya tidak berapa sihat hari ini, Jihan berniat untuk kembali semula ke rumah selepas menghantar adik-adiknya ke sekolah. Dia tidak kisah walaupun dia tidak mendaftarkan diri di sekolah menengah pada hari pertama persekolahan. Bagi dirinya, keluarga tetap menjadi keutamaan dalam  hidupnya.
                   “ Along, sudah enam sepuluh minit…”, Mirhan memberitahu  abangnya. Jihan segera bangun dan mencuci pinggan. Kemudian, dia bersalam dengan ibunya. Jihan membimbit tangan adik-adiknya. Perjalanan yang mereka akan lalui agak jauh. Pada anggaran Jihan, mereka akan sampai di sekolah adik-adiknya pada pukul 7 suku.
                        __________________________________________________________
                     
                   Akhirnya, mereka sampai juga di Sekolah Kebangsaan Yayasan Muda. Farhan, Mirhan dan Jahri bersalaman dengan abang sulung mereka.
“ Angah tolong daftarkan adik. Along nak balik rumah jaga umi. Nanti kalau ada masalah, minta tolong cikgu ya. Adik, jangan menangis tau. Sekolah ni ramai cikgu yang baik. Nanti abang An tolong perhatikan adik. Along pergi dulu.” Jihan memberikan pesanan dan nasihat kepada adik-adiknya. Sepatutnya kali ini, 4 orang adiknya akan bersekolah bersama-sama. Namun, pemergian Talha telah mengubah suasana. Selalunya, keriangan Talha yang sering menghiburkan hati mereka.
                          Jihan melepaskan nafas berat. Dia segera berlalu dari sekolah tersebut dan pulang semula ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumahnya, fikiran Jihan berserabut.
                            “ Woi budak!! Kau datang sini sekarang!”, Tiba-tiba ada suara memanggil Jihan dengan kasar. Dia menoleh ke belakang. Di sebalik sebatang pokok, ada seorang lelaki yang berbadan sasa sedang memegang parang. Jihan sedar dirinya dalam keadaan berbahaya. Tiada siapa dapat menyelamatkan dia memandangkan berseorangan diri di dalam kebun getah.

                       Tanpa berfikir panjang, Jihan mengambil langkah seribu. Lelaki berbadan sasa itu terus mengejarnya. Namun, nasib Jihan tidak baik. Lelaki tersebut berjaya memegang kolar bajunya. Jihan meronta-ronta untuk melepaskan diri sambil menjerit. Tanpa berfikir panjang, Jihan menyepak perut lelaki tersebut dan segera pecut ke rumahnya. Sebaik sahaja sampai di rumah, Jihan menghempas pintu dan menguncinya.
                     Lelaki yang berada diluar rumah itu menumbuk-numbuk pintu sambil memberi ancaman kepada keluarga Jihan. Kasimah yang sedang tidur terjaga apabila terdengar bunyi bising di ruang tamu. Sebaik melihat kejadian itu, Jihan memberitahu ibunya bahawa lelaki yang berada di luar itu adalah orang jahat.

Tiba-tiba, lelaki yang berada di luuar rumah itu diam dan sehelai kertas dimasukkan dari celah bawah pintu rumah tersebut. Jihan dan ibunya sangat lega kerana akhirnya lelaki itu pergi jua.
Jihan segera mengambil surat yang dimasukkan itu. Surat itu tertulis
‘ Ayah kau sudah ragut isteri  aku, ayah kau sudah rompak rumah aku, ayah kau hampir rogol anak aku, sekarang masa untuk aku balas semuanya kepada keluarga kau. AWAS!!!’
        Surat berbentuk ancaman itu sudah cukup membuatkan kaki Jihan menggeletar. Dia sedar itu merupakan tanggungjawabnya untuk melindungi keluarganya dari sebarang ancaman. Namun, apakah daya dia sebagai seorang remaja yang berusia 13 tahun. Bagi orang dewasa, umur sebegitu masih dianggap kanak-kanak.
                               Tiba-tiba hati Jihan membuak-buak marah. Semua ini salah ayahnya. Disebabkan ayahnya, keluarga mereka diburu. Disebabkan ayahnya, mereka miskin. Disebabkan ayahnya, ibu mereka sakit. Disebabkan ayahnya, dia terpaksa memikul tanggungjawab melindungi keuarga mereka. Jihan menyahut cabaran ayahnya. Dia sedar, jika dia tidak menyahut cabaran itu, dia bukanlah lelaki sejati dan dia tidak patut dianggap sebagai anak sulung.
                      “Mulai sekarang, aku akan sentiasa menyahut cabaran kau, ayah. Aku tahu, aku bukan seorang yang lemah seperti kau. Kau tak mampu  menanggung keluarga kau. Kalau kau tak mampu, aku mampu ayah.”, Jihan berbisik di dalam hatinya. Dia yakin dia mampu melalui segala cabaran ayahnya.



BAB 4

Empat tahun berlalu………

“Ahmad Jihan Bin Jazali”
 Jihan segera bergerak ke meja pengetua.
“ Tahniah, Jihan. Kamu seorang murid yang sangat cemerlang.” Pengetua berjabat tangan dengan Jihan. Jihan masih keliru. “Kamu berjaya memperolehi 9A”, Kali ini Cikgu Melati pula memberitahunya. Bagaikan tidak percaya, Jihan melompat-lompat di hadapan pengetua. Pada sangkaannya, dia hanya memperoleh 4A dalam SPM. Namun, atas kekuasaan Tuhan, dia akhirnya berjaya membuktikan kepada semua orang bahawa dia bukannya seorang yang tidak berguna. Jihan mengambil surat keputusan SPM miliknya dan segera mencapai begnya. Dia mahu menunjukkan kejayaannya kepada ibu tersayang. Jihan yakin, kali ini ibunya akan berasa sangat gembira.                                                       

          Dalam perjalanan pulang ke rumah, Jihan menyanyi-nyanyi riang. Sebaik sahaja sampai di rumah, Jihan mengetuk pintu rumah.
“ Umi, ini Jihan. Jihan ada kejutan untuk umi.” Jihan menjerit memanggil ibunya. Selepas beberapa saat, pintu terbuka dan wajah ibunya tersembul di muka pintu. Muka ibunya sudah mula berkedut. Tenaga ibunya makin berkurangan. Sakit ibunya juga makin menjadi-jadi.
           “ Jihan, umi tahu anak umi seorang yang berpelajaran. Sekejap tadi Kak Pah datang. Dia ada bagitau umi, anak umi dapat 9A+. Tahniah Jihan.” Kasimah memeluk erat anaknya. Mata Kasimah mula berair. Namun, ia bukan air mata kesedihan. Itu merupakan air mata kegembiraan seorang ibu yang melihat anaknya berjaya.
                               “Terima kasih, umi. Along minta maaf pada umi. Along dan adik-adik banyak menyusahkan umi.” Jihan sudah mula menangis. Sudah agak lama dia tidak menerima pelukan dari seorang ibu. Hari ini, sekali lagi dia mendapat peluang itu.
                        _________________________________________________________

                                    Jihan sudah bersiap-siap dengan begnya di hadapan pintu. Hari ini, buat pertama kali dia akan meninggalkan keluarganya demi menuntut ilmu. Kak Pah dan suaminya sudah menunggu Jihan. Mereka akan menghantar Jihan ke Universiti Sains Malaysia. Biasiswa sepenuhnya telah diberikan oleh kerajaan.
                             “ Jihan, belajar sungguh-sungguh ya. Kamu tak perlu risau pasal umi dan adik-adik. Kamu perlu fokus untuk berjaya. Bila kamu besar nanti, kamu pasti akan menjadi orang yang berguna.” Kasimah memberi pesanan buat anaknya. Dia yakin selepas ini, pasti susah untuk menatap wajah anaknya itu memandangkan tempat anaknya belajar agak jauh.
“ Baik Umi. Along pergi dulu. Along minta maaf kalau along ada sakitkan hati umi ataupun susahkan umi. Umi adalah ibu terbaik yang along pernah lihat.” Kak Pah yang berada di belakang Jihan sudah berair matanya. Dia faham keluarga Jihan susah. Namun, apakan daya dia. Dia pun sudah berumur dan selalu sakit.
        
                          _________________________________________________________                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               








BAB 5  

                Kelihatan seseorang yang berpakaian serba putih keluar dari kereta B.M.W tersebut. Kasimah agak terkejut kerana sebelum ini tiada orang kaya yang pernah datang ke rumahnya yang hampir roboh itu. Matanya yang rabun tidak dapat melihat dengan jelas wajah orang itu. Dia yang menghendap dari tingkap rumah itu sangat takut apabila memikirkan bahawa itu adalah orang jahat kerana dahulu suaminya jahat. Dia bimbang ada orang yang berdendam dengan keluarganya.
Kasimah segera mencapai cermin mata yang diletakkan di atas meja kopi kayu. Orang itu berjalan ke pintu rumahnya dan mengetuk pintu. Kasimah perlahan-lahan bergerak ke pintu rumah. Hatinya ragu-ragu sama ada dia mahu membuka pintu tersebut ataupun tidak. Dari cara pintu itu diketuk, ia menunjukkan orang yang datang itu berniat baik.
   “ Assalamualaikum...” Sebaik terdengar perkataan itu, hati Kasimah semakin yakin untuk membuka pintu tersebut. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu rumahnya.
Mata Kasimah serta-merta menjadi bulat. Mulutnya ternganga dan jantungnya berdegup kencang.
“ Jihan???”
“ Umi...” Doktor tersebut membalas soalan Kasimah.
“ Ya Allah, anak umi… Jihan, kamu ke ni???” Kasimah seperti tidak percaya bahawa itu adalah anak sulungnya. Sudah hampir dua tahun mereka tidak berjumpa dan sudah hampir sebulan mereka tidak berhubung melalui telefon. Tiba-tiba pula hari ini anaknya tersembul di muka pintu rumahnya.

     __________________________________________________________________

“ Baik, sekarang aku sudah selesaikan hutang keluarga aku dengan keluarga kau. Sekarang jangan kacau keluarga aku lagi. Sekali lagi aku nampak kau merayau-rayau di keliling rumah aku, siap kau. Hutang kami semua sudah langsai. Jadi, kita sudah tiada apa-apa lagi.” Jihan memberi amaran sambil menghulurkan duit beribu-ribu kepada orang itu.

          Orang itu mengambil duit tersebut sambil mengangguk kepalanya.
Jihan berpuas hati dengan reaksi orang itu. Dia melepaskan nafas lega. Mulai sekarang, tiada siapa pun boleh mengganggu keluarganya ataupun memperlekehkan keluarganya. Dia sudah berjaya membuktikan bahawa mereka sekeluarga bukanlah seperti yang ayah dan semua orang sangkakan. Mereka juga mempunyai maruah.



BAB 6

“ Yay!! Terima kasih, along…” Jahri turun dari kereta abangnya dengan gembira. Buat pertama kalinya dia menaiki kereta mewah selain kereta jiran mereka. Hari ini langit mendung. Sudah agak lama hujan tidak turun di kawasan tersebut. Kasimah turun dari kereta perlahan-lahan. Kakinya sakit.
                   Jahri yang melihat keadaan itu segera membantu ibunya dan memimpin ibunya masuk ke rumah yang baru dibelinya. Rumah banglo itu dibeli khas untuk ibunya. Namun, rumah banglo yang dibelinya itu ada lif. Jadi, lebih mudah untuk ibunya naik dan turun.
“ Terima kasih, Jihan. Umi sayang Jihan” Muka Kasimah menampakkan bahawa dia sedang berasa sangat bahagia. Hati Jihan berbunga-bunga. Buat julung kalinya kata sayang diucapkan kepadanya.
                      Sebaik sahaja mereka bertiga masuk ke rumah, hujan lebat turun ke bumi.
“ Alhamdulillah… Hujan kala kemarau.”


Tuesday, May 13, 2014

Quotes of The Day


Journal - 14 Mei 2014

                                             Hari ini merupakan hari kedua peperiksaan. Ujian yang pertama adalah Biologi dan yang kedua adalah Matematik.

6:40 pagi -Bangun pagi dan membersihkan diri.

7:30 petang -Sarapan pagi. Kami makan mi goreng iaitu makanan kegemaran saya. Selepas makan, kami mengulangkaji Biologi di Dewan Makan. Di sana sangat sejuk.

9:00 pagi -Peperiksaan bermula. Pada bahagian Subjektif dan karangan sangat mudah bagi saya. Namun, pada bahagian objektif, saya hanya menjawab mengikut hati saya.

10:15 pagi -Saya selesai menjawab dan keluar dari dewan peperiksaan. Kemudian, kami menuju ke Makmal Bahasa.

12:30 tengahari -Makan tengahari berlaukkan sup ayam dan sambal telur. Selepas makan, saya pulang bilik dan mengulangkaji Matematik.

2:30 petang -Kami bergerak ke dewan peperiksaan. Peperiksaan bermula pada pukul 3.

3:00 petang -Peperiksaan bermula. Soalannya agak senang kerana kami sudah pergi ke kelas tambahan semalam.

5:00 petang -Saya pulang ke asrama dan berehat.

7:30 malam -Solat berjemaah di surau,.

9:00 malam -Saya mengulangkaji di bilik. Kemudian, setelah penat, saya tidur..



Journal - 13 Mei 2014

                             Hari ini merupakan hari Wesak. Jadi, kami bercuti.. Yay !!!

9:00 pagi -Saya terjaga dari tidur kerana roomate saya menghempas pintu. Kemudian, saya terkejut dan saya tidak dapat tidur kembali. Saya bangun dari tidur dan mandi. Semasa saya sedang mandi, rakan saya mengetuk pintu tandas. Dia meyoal saya sama ada saya mahu menyertai kelas tambahan Matematik ataupun tidak. Saya hanya menjawab ya.

9:15 pagi -Kami bertiga pergi ke kelas tambahan. Rupa-rupanya, perempuan hanya ada kami bertiga iaitu kelas 1K1. Kelas lain tidak mahu mnyertai kelas tambahan tersebut. Di dalam kelas, cikgu memberi kami latihan dan mengulangkaji bersama cikgu.

12:00 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauknya adalah ikan bakar dan kuah pajeri. Saya sangat sukakan lauk itu. Selepas makan, kami pulang ke bilik masing-masing.

2:00 petang -5:00 petang -Saya mengulangkaji Biologi. Kami pergi ke bilik orang lain untuk mencari makumat. Ia sangat memenatkan.

5:30 petang -Saya berehat di bilik sambil mendengar lagu.

6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan. Lauk kali ini adalah tomyamh dan sambal telur. Itu juga merupakan lauk kegemaran saya. Selepas makan, saya naik ke bilik.

7:30 malam -Solat berjemaah di surau. Selepas solat Maghrib, kami meneruskan aktiviti semakan iaitu KuDu. Selepas itu, kami solat Isya' berjemaah.

9:00 malam -Saya menghafal nota Biologi yang telah saya sediakan petang tadi di bilik.

10:30 malam -Hari ini saya tidur awal kerana saya berasa sangat mengantuk....


Journal - 12 Mei 2014

                                 Hari ini adalah hari yang menakutkan. Iaitu hari peperiksaan Fizik!! Hari ini kami menjalani ujian Fizik dan Bahasa Inggeris.

7:15 pagi -Saya tersedar dari tidur. Saya berasa amat terkejut kerana jam sudah menunjukkan pukul 7:15. Jam loceng saya tidak berfungsi hari ini. Saya tergesa-gesa bersiap untuk sarapan. Hari ini hari pertama peperiksaan peperiksaan.

7:30 pagi -Saya turun sarapan di Dewan Makan. Kemudian, selepas sarapan, kami mengulangkaji di Dewan Makan memandangkan masih ada masa. Kebanyakan orang takutkan peperiksaan Fizik.

8:30 pagi -Kami naik ke dewan peperiksaan. Peperiksaaan bermula pada pukul 9 tetapi kami perlu bersedia 30 minit awal di dewan peperiksaan.

9:00 pagi -Peperiksaan Fizik bermula. Pada mulanya, soalan-soalan agaka susah. Saya rasa seperti mahu menjerit kerana tidak ingat apa yang cikgu telah ajarkan kepada kami. Namun, soalan-soalan yang akhir-akhir agak mudah.

11:00 pagi -Peperiksaan tamat. Kami keluar dari dewan dan pergi ke Makmal Komputer.

12:30 tengahri -Makan tengahri di Dewan Makan. Lauknya dalah ikan goreng dan tomyam. Selepas makan, saya pulang ke bilik dan mengulangkaji Bahasa Inggeris.

2:00 petang -Kami pergi ke dewan peperiksaan untuk ujian Bahasa Inggeris. Ujian bermula pukul 2:30 petang.

2:30 petang -Ujian bermula. Soalan-soalannya agak mudah. Saya menjawab dengan lancar dan tenang.

3:30 petang -Saya selesai menjawab ujian. Kami dibenarkan keluar awal dari dewan peperiksaan. Sekali lagi kami menuju ke Makmal Bahasa. Di asrama, kami tidak mendapat Wi-fi.

5:00 petamg -Kami pulang ke asrama dan berehat.

6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan. Selepas makan, saya bersiap-siap untuk solat berjemaah.

7:30 malam -Solat berjemaah di surau perempuan. Selepas solat Maghrib, kami membuat acara 'KuDu' iaitu kuliah 2 minit. Setiap kelas dikehendaki membuat kuliah tentang ramadhan selama dua minit. Wakil dari kelas kami adalah Faten. Kemudian, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.

9:00 malam -Sepatutnya sekrang adalah waktu prep. Tetapi kami dibenarkan prep di bilik masing-masing memandangkan minggu ini adalah minggu peperiksaan. Saya mengulangkaji Biologi di bilik.

11:00 malam -Saya tidur walaupun saya tidak berasa mengantuk.

Monday, May 12, 2014

Journal - 11 Mei 2014


                      Hari ini hari Ahad... Hari yang menyedihkan kerana saya perlu pulang ke asrama. Tetapi hari ini merupakan hari pendaftaran kakak saya di Mestech Kajang.

6:30 pagi -Semua orang bangun dari tidur dan bersiap-siap.

7:30 pagi -Kami bertolak dengan menaiki kereta. Kami sampai  di sana kira-kira 8:30 pagi. Kemudian, kakak saya mendaftarkan diri manakala saya dan mama duduk di luar. Selepas itu, kami bertolak ke bilik kakak saya. Biliknya terletak di tingkat paling atas. Semua orang kepenatan memanjat tangga. Semasa masuk, di dalam bilik tersebut tiada orang. Bilik tersebut memuatkan 8 orang termasuk kakak saya. Kemudian, kami turun kembali untuk mengangkut barang-barang kakak saya. Sekali lagi kami sangat penat kerana bilik itu terletak di tingkat paling atas. Selepas siap mengemas, jam baru menunjukkan pukul 11. Kami mengambil keputusan untuk membawa pulang kakakku terlebih dahulu memandangkan jarak antara tempat itu dengan rumah kami dekat.

Selepas itu, kami pulang ke rumah. Kami tidur sebentar kemudian saya melayari internet. Pada pukul 4:30 petang, kami bertolak dari rumah ke tempat kakak saya. Di sana ada banyak anak kucing yang comel. Saya bermain-main dengan mereka sementara menunggu kakak saya. Kemudian, kami bertolak ke tempat saya pula... Saya berasa amat sedih kerana terpaksa pulang ke asrama. Saya bersalam dengan keluarga dan melambai ke arah mereka. Kemudian, saya naik kebilik dan mengemas barang-barang saya. 

9:00 malam -Sekarang adalah waktu prep. Tetapi disebabkan minggu ini merupakan minggu peperiksaan, kami dibenarkan untuk belajar di bilik masing-masing. Saya membaca buku Fizik. Kemudian, tepat pukul 11, saya tidur dengan nyenyak....

Journal - 10 Mei 2014

                                      Hari ini saya sangat gembira kerana saya ada di rumah.

7:30 pagi -Saya bangun dari tidur. Saya masih mengantuk walaupun malam tadi saya tidur awal.

8:00 pagi -Saya menyerahkan kad hari ibu kepada mama. Mama kelihatan amat gembira.

Kemudian, saya belajar Fizik, Kimia dan lain-lain. Bebagai-bagai perkara saya lakukan di rumah termasuk bermain dengan kucing saya, bermain game, berbual-bual bersama ibu saya dan lain-lain.

                                      Pada waktu petang, kami sekeluarga pergi makan KFC untuk menyambut Hari Ibu buat mama tersayang. Saya berasa amat gembira kerana dapat meluamgkan masa di rumah. Kemudian, kami pergi ke Tesco dn menuju ke kedai kegemaran saya iaitu D.I.Y. Saya membeli 4 barang di sana.

                            Pada waktu malam, saya berbual-bual dengan mama. Kemudian, kami tidur. Saya amat mengantuk. Hari ini hari yang sangat menggembirakan!!!!

Sunday, May 11, 2014

Journal - 9 Mei 2014

                                Hari ini hari Jumaat!! Hari kegemaran saya.

6:30 pagi -Jam loceng saya berbunyi dan saya segera bersiap-siap. Selepas itu, saya turun sarapan dan pergi ke perhimpunan.

8:00 pagi -Sepatutnya sekrang adalah waktu Pjk. Tetapi disebabkan cikgu tiada, kamiduduk di kelas dan menyiapkan kerja Kimia.

9:00 pagi -Kelas Bahasa Melayu. Cikgu juga tiada. Kami duduk di dalam Makmal Bahasa dan menulis blog masing-masing.

10:30 pagi -Kelas Matematik. Hari ini cikgu membuat ujian. Cikgu memberikan kami dua peluang. Pada cubaan pertama, saya mendapat 7/10. Pada cubaan kedua, saya mendapat 9/10.

11:30 pagi -Sesi spiritual circle. Kami bermain truth or dare. Siapa yang tidk dapat menjawab soalan yang disoal, dia akan didenda seperti menari ataupun Gwiyomi.

12:30 tengahari -Makan tengahari kali ini adalah nasi ayam. Selepas makan, saya ppulang ke bilik.

3:00 petang -Cikgu mengadakan kelas ganti Fizik. Cikgu menerangkan kami tentang graf yang akan dimasukkan dalam periksa Isnin hadapan.

5:00 petang -Mama datang mengambil saya. Yay!!! Sepatutnya minggu ini bukan minggu pulang bermalam, tetapi disebabkan esok dan lusa tiada elektrik di kawasan asrama kami, semua pelajar dibenarkan pulang.

9:30 malam -Kami sampai di rumah. Kesesakan jalan sangat teruk.

10:00 malam -Kami tidur kerana saya berasa sangat mengantuk.


Journal - 8 Mei 2014

8:00 pagi -Kelas Bahasa Melayu. Tetapi cikgu tiada. Jadi kami hanya duduk di luar Makmal Bahasa.

9:00 pagi -Kelas Fizik. Cikgu menerangkan cara untuk membaca graf.

10:00 pagi -Minum pagi. Kami makan kuih cara.

10:30 pagi -Kelas Kimia. Kami berbincang mengenai modul yang diberikan oleh cikgu.

11:30 pagi -Kelas English. Namun, cikgu tiada. Tangan cikgu baru sahaja dibedah. Jadi mungkin cikgu mengambil cuti.

12:30 tengahari -Makn tengahri.

1:30 petang -Saya dan rakan menghantarr kerja Biologi di bilik cikgu yang terletak di perpustakaan. Kemudian, kami menyiapkan kerja Fizik bersama-sama. Kemudian, rakan saya pergi ke kelas Bahasa Antarabangsa.

2:30 petang -Saya dan seorang rakan pergi ke Makmal Komputer untuk menyiapkan kerja PJK. Di asrama kami tidak mendapat Wi-fi.

4:30 petang -Saya dan rakan yang lain pergi menghantar kerja Fizik di Blok Pensyarah. Disebabkan cikgu tiada, kami menyelit kertas kami di bawah pintu bilik cikgu.

6:30 petang -Kami pergi ke Dewan Makan. Kami makan dengan cepat dan naik ke bilik masing-masing.

7:30 malam -Solat berjemaah di dewan. Selepas solat, kami bergerak ke kelas prep.

9:00 malam -Semua orang menyiapkan kerja Kimia. Selepas prep, saya pulang ke bilik. Di bilik, sekali lagi saya menyiapkan kerja Kimia. Kemudian, saya tidur.


Journal - 7 Mei 2014

6:30 pagi -Seperti biasa, saya bangun, sarapan dan perhimpunan.

8:00 pagi - 10:30 pagi -Sekarang adalah waktu kelas elektif. Disebabkan kami asas 1 masih tiada kelas, waktu itu adalah masa kami bebas. Kami hanya duduk di perpustakaan dan menyiapkan kerja Fizik.

10:30 pagi -Semua orang bergerak ke kelas. Hari ini semua guru ada mesyuarat. Di dalam kelas, dua orang rakan saya bergaduh. Namun, mereka bukan bertumbuk. Ramai yang menyaksikan pergaduhan mereka.

11:30 pagi -Sekarang adalah masa kelas Biologi. Tetapi digantikan oleh kelas English. Kami hanya berbual-bual dengan cikgu di dalam kelas.

12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauk hari ini adalah ayam goreng dengan sup. Selepas makan, saya masuk ke bilik saya.

2:30 petang -Kelas Muzik di Makmal Muzik. Hari ini cikgu menyoal kami tentang not yang kami sudah belajar.

3:30 petang -Kelas Seni Visual yang berhadapan dengan Makmal Muzik. Namun, setelah menunggu setengah jam, cikgu masih belum muncul. Kemudian, kami bertiga pergi ke dewan. Kami bermain sepa bola tenis. Kemudian, kami menuju ke Dewan Makan.

4:30 petang -Kelas Bahasa Antarabangsa German. Hari ini cikgu mengajar kami tentang plural form untuk alat-alat yang berada di dalam sekolah.

6:00 petang -Kelas tamat. Kami menuju ke Dewan Makan untuk makan petang. Selepas makan, saya segera naik ke bilik untuk membersihkan diri.

7:30 malam -Solat berjemaah di dewan.

9:00 malam -Hari ini ada ujian Biologi di Makml Seni. Semua orang berasa gementar dan semua orang membaca buku. Ujian itu hanya merangkumi 2 soalan karangan. Saya berjaya menjawab kedua-duanya dengan mudah.

10:00 malam -Ujian tamat dan saya pergi ke kelas prep. Di kelas, semua orang sibuk menyiapkan kerja Fizik, Kimia dan Biologi. Selepas prep, saya segera naik ke bilik dan tidur.

Saturday, May 10, 2014

Journal - 6 Mei 2014

                            Hari ini adalah hari Selasa!!!

6:30 pagi -Seperti biasa, saya bangun, sarapan dan pergi ke perhimpunan.

8:00 pagi -Kelas English. Tetapi, cikgu Biologi menggantikan kelas tersebut. Kami berbincang mengenai jawapan dalam modul yang cikgu minta untuk kami siapkan.

9:00 pagi -Hari ini ada ujian. Cikgu memberi kami masa 5 minit untuk mengimbas kembali buku. Selepas itu, kami menjawab ujian. Ujian itu hanya ada 10 soalan dan saya berjaya menjawab kesepuluh soalan dengan lancar.... Ngeee

10:00 pagi -Minum pagi. Kami makan kuih karipap dan secawan air milo.

10:30 pagi -Kelas Kimia di Makmal Kimia. Kami membincang soalan-soalan dalam modul al-kimiya.

11:30 pagi -Kami bergerak ke Makmal Fizik yang terletak hanya berhadapan dengan Makmal Kimia. Cikgu memberikan kami tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar pada hari Jumaat. Itu merupakan sebahagian daripada penilaian berterusan untuk peperiksaan pada minggu hadapan.

12:30 tengahari -Makan tengahari. Lauk hari ini adalah ayam masak merah. Saya sangat menyukainya. Selepas makan, saya pulang ke bilik.

2:30 petang -Kelas Biologi sekali lagi. Kali ini kami membincangkan jawapan modul yang kedua.

3:30 petang -Kelas tamat dan kami pulang ke bilik masing-masing.

4:30 petang - 6:00 petang -Kami, 1K1 belajar secara berkumpulan di bilik belajar yang terletak di tingkat bawah asrama. Kami menyiapkan kerja Fizik dan Kimia bersama-sama.

6:15 petang -Kami makan petang di Dewan Makan.

7:30 malam -Solat berjemaah.

9:00 malam -Kelas prep. Kebanyakan ahli 1K1 menyiapkan kerja Fizik kerana ia agak susah. Apabila saya tidak faham, saya akan bertanya orang lain. Namun, setiap orang mempunyai jawapan yang berbeza-beza. Selepas itu, saya pening kepala....

10:30 malam -Saya pulang ke bilik dan membaca novel. Sudah agak lama saya tidak melayari internet.     Wi-fi di sini sangat perlahan sejak kebelakangan ini.

Journal - 5 Mei 2014

                                          Hari ini adalah hari Isnin!!! Hari kegemaran saya kerana ada perhimpunan yang panjang.

6:30 pagi -Bangun pagi dan bersiap-siap untuk sarapan.

7:30 pagi -Saya pergi ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi. Pada minggu lepas, kami mengadakan kempen rubbish-o. Setiap kelas diminta untuk membersihkan kawasan yang diarahkan. Kelas kami membersihkan kawasan Fasa 1. Hari ini, angerah akan diberikan kepada kelas yang tempatnya paling bersih. Namun, kelas saya tidak mendapat anugerah itu... Selepas itu, anugerah bilik terbersih dalam setiap blok. Bagi blok saya, rakan sekelas saya yang memenanginya.

9:00 pagi -Kelas pembangunan diri. Kali ini kami dikehendaki untuk membentangkan adat dan makanan tradisional kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

10:30 pagi -Kelas Sejarah. Kami belajar tentang Bani Uthmaniyah.

11:30 pagi -Kelas Filosofi. Tetapi cikgu tiada jadi kami hanya berbual-bual di luar makmal.

12:30 tengahari -Makan tengahari. Hari ini saya langsung tidak berasa lapar. Selepas makan, saya pulang ke asrama.

2:30 petang -Kelas Matematik. Ia adalah antara matapelajaran kegemaran saya. Kali ini, kami belajar tentang pembagian dan pendaraban dalam algebra.

4:30 petang -Kelas tamat dan kami minum petang.

5:00 petang -Saya berehat di bilik dan membaca novel.

7:30 malam -Solat berjemaah di dewan. Selepas solat, saya pergi ke kelas prep. Semua orang mengulangkaji Sejarah kerana cikgu memberitahu kami bahawa esok ada ujian.

10:30 malam -Saya masuk ke bilik dan tidur...

Journal - 4 Mei 2014

                                            Hari ini selepas solat Subuh, saya tidur kembali di katil. Saya pun tidak tahu mengapa saya begitu letih.

10:00 pagi -Saya terjaga dari tidur. Roomate saya masih tiada dari hari Jumaat lepas. Sedangkan minggu ini bukan minggu pulang bermalam. Dia langsung tidak memberitahu saya ke mana dia pergi.

12:30 tengahari -Makan tengahari di dewan. Hanya beberapa orang kelihatan di dewan. Selepas makan, saya dan rakan pulang ke bilik masing-masing.

1:30 petang - 3:30 petang -Saya mengulangkaji Fizik. Bagi saya, matapelajaran itu paling sukar. huh

4:00 petang -Mama sampai !! Mama datang melawat saya. Ada cheese cake, kuih ubi, kek fudge, strawberry, mi dan banyak lagi. Kmi berbual-bual sambil makan. Sya makan dengan banyk hingga saya tak mampu untuk bergerak lagi. Selesai makan, kami solat terlebih dahulu. Selepas itu, mama mahu  pulang... Saya dan mama bersalam dan kereta meninggalkan perkarangan asrama.

6:00 petang -Makan petang di Dewan Makan. Hari ini dapat biskut oreo!!! Saya mengambil 2 bungkus biskut tetapi saya tidak mengambil air kotak.

7:30 malam -Solat Maghrib dan Isya berjemaah di surau perempuan.

9:00 malam -Prep di kelas. Saya melayari internet sambil mendengar lagu. Selepas prep, saya pulang ke bilik dan terus tidur...




Motivational Quotes of The Day


Thursday, May 8, 2014

Journal - 3 Mei 2014

                      Hari ini saya berasa sangat gembira. Hari ini adalah hari Sabtu~!

9:30 pagi -Saya terjaga dari tidur. Saya agak terkejut kerana hari sudah siang.. Saya segera pergi ke tandas untuk membersihkan diri.

10:30 pagi -Saya menelefon ibu saya. Ibu saya sedang berada di Pulau Pinang.. Saya berasa sangat sedih kerana tidak dapat ikut sama kerana minggu ini bukan minggu pulang bermalam. Terasa rindu terhadap tempat saya membesar selama 11 tahun.

12:30 tengahari -Saya melayari internet. Tiba-tiba rakan saya mesej saya. Dia mengajak saya untuk makan tengahari. Kebiasaannya, ramai yang tidak sarapan pada hari minggu. Jadi, kami akan berasa lapar. Selepas makan, kami bermain piano yang terletak di sebelah Dewan Makan.

2:30 petang -4:30 petang -Saya mengulangkaji pelajaran di bilik. Selepas itu, saya tidur..

6:30 petang -Makan Petang. Lauknya adalah sambal telur dan ikan goreng.

7:30 malam -Solat Maghrib dan Isya berjemaah di surau yang terletak di tingkat bawah. Selepas solat Maghrib, kelas yang bertugas membuat tazkirah. Selepas itu, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.

9:00 malam -Saya mengulangkaji pelajaran di bilik. Kemudian, membaca novel dan tertidur...





Friday, May 2, 2014

About Hani

              Sekarang, saya nak memperkenalkan diri saya sendiri. Nama penuh saya ialah Hani Sofea Bt Yusaini Hisham. Tahun ini, iaitu 2014, umur saya akan mencapai 13 tahun. Pada 24 Ogos 2001, tepat 1:05 pagi, saya dilahirkan oleh ibu tercinta di Hospital Pantai Mutiara Pulau Pinang. Saya merupakan anak kelahiran Pulau Pinang tetapi pada usia 11 tahun, kami sekeluarga berpindah ke Shah Alam, Selangor. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan merupakan anak bongsu. Pada usia 4 hingga 6 tahun saya dihantar ke Tadika Al-Azhar. Kemudian, saya belajar di Sekolah Kebangsaan Kongsi selama 5 tahun. Selepas itu, saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Setia Alam dan berjaya memperolehi 5A dalam UPSR. Saya mendapat tawaran ke Sekolah Seri Puteri dan Pusat PERMATApintar Negara. Saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat PERMATApintar Negara memandangkan di sana lebih banyak peluang tersedia untuk saya. Sekarang, saya sedang berada disini dan seperti tidak percaya, saya sudah menetap di sini selama 3 bulan 13 hari... Itu merupakan latar belakang saya selama saya hidup di muka bumi ini..
Sekian...


                                             Bersama rakan sekelas di sini.  Go 1K1~!



Journal - 2 Mei 2014

                                         Hari ini saya sangat gembira kerana hari ini merupakan hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ini masa saya agak lengang.

6:30 pagi -Saya bangun pagi dan bersiap-siap.

7:30 pagi -Sarapan di Dewan Makan. Selepas itu, bergerak keperhimpunan. Perhimpunan berjalan seperti biasa tetapi ada tambahan iaitu bacaan asmaul husna.

8:00 pagi -Pergi ke kelas PJK. Cikgu tiada jadi kami membaca buku teks.

9:00 pagi -Kelas BM tetapi cikgu tiada. Kami duduk di luar makmal sehingga pukul 10.

10:00 pagi -Minum pagi di Dewan Makan. Dewan Makan penuh kerana pelajar Tahap 1 dan 2 diberi taklimat untuk research mereka. Jadi, kami terpaksa duduk makan semeja dengan cikgu-cikgu.

10:30 pagi-Kelas Matematik bersama Miss Su. Kami belajar tentang negatif dan positif. Cikgu menyuruh kami menjawab beberapa soalan dan kami tidak dibenarkan pulang selagi tidak siap menjawabnya.

11:30 pagi -Sesi spiritual circle. Kami hanya bermain teka-teki. Kami dibahagi kepada 2 kumpulan dan diminta untuk bertukar-tukar teka-teki.

12:30 tengahari -Makan tengahari iaitu nasi berlauk chicken chop. Selepas makan, kami diberi semangkuk aiskrim percuma. Saya makan aiskrim tersebut di bilik.

3:30 petang -Saya menyiapkan kerja Sejarah.

5:00 petang -Kami dikehendaki untuk berkumpul di Dewan Sebaguna. Semua orag akan melakukan gotong-royong. Kelas kami diberi tugasan untuk membersihkan Blok Pembelajaran Fasa 1. Kami membuang semua sampah di bawah meja dan menyapu lantai.

6:30 petang -Semua kerja kami selesai dan kami pergi makan. Selepas makan, saya segeranaik ke bilik untuk mandi.

7:30 malam -Solat Maghrib dan Isya' berjemaah di surau perempuan.

9:00 malam -Saya hanya duduk di bilik dan melayari internet. Kemudian, saya terus tidur........

Journal - 1 Mei 2014

                                         Hari ini saya berasa sangat gembira. Hari ini merupakan hari pekerja jadi hari ini tiada kelas~! Semua orang mnyertai explorace kolej yang telah dianjurkan. Saya berada di kumpulan 9.

6:30 pagi -Sayaa bangun dari tidur dan bersiap-siap. Hari ini saya perlu turun awal kerana explorace akan dimulakan awal.

7:10 pagi -Saya turun ke Dewan Makan untuk sarapan. Rakan-rakan saya masih belum kelihatan. Namun kira-kira pukul 7:20 pagi, dua orang rakan saya sampai di Dewan Makan.

7:30 pagi -Bergerak ke Dewan Serbaguna. Kami berkumpul mengikut kumpulan explorace masing-masing. Dalam kumpulan tersebut, hanya dua orang Asas 1 iaitu saya dan Leah Poi. 

8:00 pagi -Kami dilepaskan untuk sesi explorace. Tugasan pertama kami adalah mendecrypt satu perkataan. Mujur saya sudah mempelajari caranya semasa di PPCS dahulu. Jadi, mudahlah untuk kami menyelesaikan soalan tersebut. Kemudian, kami dilepaskan untuk ke checkpoint seterusnya. Kami dikehendaki untuk makan telur mentah yang digaul dengan lada dan kicap. Selepas itu, kami perg ke Dewan Makan. Di situ, kamidikehendakiuntuk mencabut satu kertas dan di dalam kertas itu tertulis 'Austria'. kami disuruh untuk memilih seorang lelaki dan seorang perempuan untuk memperagakan pakaian tradisional negara tersebut. Selepas itu, mereka membuat fashion show di atas pentas. Kami juga dikehendaki untuk menunjuk makanan tradisional negara tersebut. Selepas itu, kami ke checkpoint seterusnya. Kali ini, salah seorang daripada kami dipilih untuk masuk ke dalam tandas. Di dalam tandas tersebut, orang itu diikat kemudian dia diminta untuk melepaskan diri dan mencari kunci di dalam sebuah baldi yang dipenuhi dengan air sabun. Di dalam sebuah kubikel di dalam tandas tersebut,ada orang yang mengetuk pintu dengan kuat. Ia sangat menyeramkan memandangkan dalam tandas tersebut sangat gelap. Kemudian, kami bergerak ke kelas Asasi. Di sana, kami dikehendaki membuat alih suara. Kami memilih satu video dan diinta untuk melakonkan kembali suara watak tetapi mengikut tajuk. Tajuk yang diberikan adalah 'Saya mahu kahwin dengannya'. Ia agak mencabar tetapi kami berjaya mengutip markah penuh. Kemudian, kami bergerak ke foyer. Disana, kami diberi masa 5 minit untuk berlatih senamrobik. Kemudian, kami diminta untuk mempersembahkan senamrobik kami. Kumpulan saya mendpat markah penuh.Kemudian, selepas itu, kami pergi ke kelas K11. Di sana, Semua lelaki diminta untuk masuk ke dalam kelas tersebut. Seorang daripada mereka perlu menjadi hero untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka yang terperangkap di dalam kelas tersebut. Hero tersebut ditutup matanya dan diminta untuk mencari rakannya. Namun, ia tidak mudah kerana di dalam itu banyak musuh yang berpura-pura menjadi rakan hero tersebut. Hero kumpulan kami adalah Amir. Namun, dia tersilap mengambil musuh. Sebagai dendaan, ahli perempuan yang menjadi mangsa. Kami dicalit tepung pada muka. Tudung saya habis terkena tepung yang dibancuh dengan air. Kemudian, kami bergerak ke K2. Disana, kami dikehendaki untuk membuat aksi magik. Tetapi disebabkan persembahan kumpulan kami tidak menarik, sekali lagi ahli perempuan menjadi mangsa calit tepung. Tetapi, kali ini adalah tepung berwarna merah jambu. Manakala dendaan untuk lelaki hanyalah menari. Kami bergerak Makmal Bahasa.Di sana, kami dikehendaki bermain flappy bird samada menggunakan kaki atau bermain secara terbalik.Namun, kumpulan kami tidakdapat mencapaimarkahyang ditetapkan. Kami didenda. Dendanya ialah 3 orang dari Tahap 1 diminta untuk menyaksikan satu video.Mereka tidak dibenarkan untuk mengalih pandangan mereka. Video itu sangat sangat menggelikan dan menjijikkan. Di checkpoint itu, kami dipotong 50 markah. Kemudian, kami bergerak ke belakang asrama lelaki. Kami diminta untuk mencari kunci di dalan baldi yang dipenuhi dengan air tanah dan daun. Kami menjumpai kunci tersebut dan mangganya. Kemuadian, untuk mendapat markah penuh, kami diminta untuk minum satu cawan air susu yang bercampur dengan asam jawa, peria dan garam. Kebanyakannya yang minum hendak muntah. Kami mendapat markah penuh sekali lagi. Kami bergerak ke sebelah Makmal Muzik. Mereka meminta kami untuk duduk di dalam barisan. Kemudia, mereka memberitahu orang yang paling hujung sebuah buah dan seekor haiwan. Kemudian, orang tersebut melukisnya dan memberi kepada orang di depannya. Kemudian, ia akan berlarutan sehingga ke hadapan barisan. Orang di hadapan sekali diminta untuk memberitahu apa yang telah dilukiskan. Kami mendapat markah penuh di checkpoint tersebut. Kami bergerak ke kawasan tangki air. Kami diberi sehelai kertas dan diminta untuk melukis karakter kartun. Kemudian, kami diminta untuk berpasangan. Salah seorang diminta untuk menutup mata pasangannya dan membawanya berjalan ke satu lorong. Pada lorong tersebut, banyak penyangkut baju bersepah. Jika ada yang memijaknya, markah akan ditolak. Setelah semua orang selesai, kami dipotong 10 markah. Kali ini adalah checkpoint terakhir iaitu dibilik gerakan pelajar. Di sana, salahseorang daripada kami dipasang headphone di telinganya. Kemudian, kami dimint untuk menjerit ke arahnya perkataan-perkataan yang telah diberikan. Di dalam itu sangat bising kerana orang yang menjadi pendengar tidak dapat mendengar dengan baik kerana lagu yang dipasang terlalu kuat. Jarak kami dengan pendengar agak jauh. Selepas tamat semuanya, kami bergegas kembali ke Dewan Serbaguna untuk melaporkan diri. Kami adalah kumpulan ke-8 yang sampai daripada 12 kumpulan.

11:57 pagi -Bergerak ke Dewan Makan untuk minum pagi.Kemudian, kami kembali ke Dewan Serbaguna untuk sesi penyampaian hadiah.

12:30 tengahari -Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah saguhati. Kumpulan kami iaitu K9 dapat mengagak kami hanya mendapat hadiah saguhati. Namun, nama kumpulan kami belum diumumkan. Semua orang berasa amat gembira. Kemudian, tempat ke-3 diumumkan. Kali ini juga bukan kumpulan kami. Masing-masing berdebar. Kemudian, tempat ke-2 diumumkan. Tetapi, ia tetap bukan kami. Kumpulan kami berdiri dan bersorak kegembiraan. Ia merupakan satu berita yang mengejutkan. Kami mengambil gambar bersama-sama. Sebuah hamper diberikan sebagai tanda penghargaan.

1:30 tengahari -Makan di Dewan Makan. Saya berasa sangat gembira. Selepas makan, saya naik ke bilik dan tidur...

6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan.

7:30 malam - 10:30 malam -Seperti biasa, solat berjemaah dan prep. Selepas prep,saya pulang ke asrama dan tidur. Disebabkan roomate saya masih belum pulang, saya menutup lampu bilik. Maklumlah, kalau kita tidur dalam cahaya, penyakit amnesia akan menyerang.Tetapi, kira-kira hampir 12 malam, roomate saya masuk dan membuka semua lampu termasuk lampu besar. Dia menghempas pintu. Saya yang lena tidur sangat terkejut. Kemudian, saya tidak dapat tidur dengan nyenyak....    :'(



Thursday, May 1, 2014

Journal - 30 April 2014

                                        Seperti kebiasaan, setiap hari Rabu, pada waktu pagi sangat senggang. Manakala, pada waktu petang, sangat penat..

6:30 pagi -Jam loceng berdering dan saya bangun. Saya mengecas telefon saya kerana baterinya hanya tinggal 4 %. 

7:30 pagi -Makan sarapan di Dewan Makan. Selepas sarapan, saya pergi ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan.

8:00 pagi - 10:00 pagi -Kami duduk di kelas Matematik. Sekarang adalahwaktu eltif tetapidisebabkan kelas elektif belum diadakan untuk pelajar asas 1, itu adalahwaktu rehat buat kami. Sepatutnya, pukul 9, kami ada perjumpaan dengan guru kelas kami, Miss Ing. Tetapi disebabkan dia ada mesyuarat, perjumpaan tersebut dibatalkan.

10:00 pagi -Kami minum pagi di Dewan Makan. Selepas itu, kamibergerak ke surau untuk sesi Pendidikan Agama Islam. 

10:30 pagi -Kelas PAI. Kami diminta untuk menyanyi lirik lagu yaang setiap kumpulan telah cipta. Tajuk lirik kumpulan saya adalh Penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah.

11:30 pagi -Kelas Biologi. Kami diterangkan tentang kesan cacair hipotonik dan hipertonik terhadap sel haiwan dan tumbuhan.

12:30 tengahari -Makan Tengahrai di Dewan Makan. Selepas makan, say anaik ke bilik dan tidur.

2:30 petang -Kami bergerak ke Makmal Muzik untuk matapelajaran Muzik. Cikgu menyol kami tentang sharp dan flat.

3:30 petang - 4:30 petang -Kami duduk di Dewan Makan.Sepatutnya sekarang adalah waktu Seni Visual, tetapi cikgu tiada.

4:30 petang -Kelas German. Cikgu memberikan kuiz kepada kami. Tetapi, kami dibenarkan untuk melihat nota. Kelas tamat pada pukul 6. Kami terus ke Dewan Makan untuk makan petang. Selepas makan, saya balik ke bilik dan bersiap-siap untuk solat.

7:30 malam -Pergi ke Dewan Serbaguna untuk solat berjemaah. Selepas solat Maghrib, ustaz memberikan tazkirah.

9:00 malam -Malam ini tiada prep. Kami berkumpul mengikut kumpulan explorace yang akan dilakukan esok. Kami berbincang mengenai cheers kami. Selepas perjumpaan tamat, saya segera ulang ke bilik untuk mengemas bilik. Esok akan diadakan spot checks. Selepas itu,saya terus tidur dengan nyenyak.