Thursday, November 13, 2014
Journal - 13 November 2014
Hari ini saya menduduki peperiksaan Muzik. Ia agak susah kerana saya terlupa untuk membaca bahagian tangganada tanpa tandanada. Ia agak memeningkan jadi saya rasa bosan lalu saya menghantar kertas tersebut kepada pegawas peperiksaan. Sorry cikguuuuuu..
Journal - 12 November 2014
Hari ini saya menduduki peperiksaan seni visual. Saya diberi enam pilihan dan diminta untuk memilih salahh satu soalan dan melukisnya di kertas lukisan yang disediakan. Saya memilih untuk melukis seekor labah-labah yang hendak makan dua ekor tebuan yang terperangkap di sarangnya. Saaya berasa sangat gembira ketika melukis lukisan tersebut.
Journal - 11 November 2014
Yay!!!! Esok sudah hari Rabu. Pada hari Jumaat ini, saya akan pulang ke rumah dan bercuti selama 6 minggu iaitu sebulan setengah!!!! Saya rasa tidak sabar untuk menghabiskan kesemua peperiksaan saya...
Journal - 10 November 2014
Hari ini merupakan hari Isnin. Rakan saya ada yang menduduki peperiksaan. Mereka yang menduduki peperiksaan adalah pelajar Bahasa Antarabangsa Mandarin, Bahasa Antarabangsa Perancis dan Bahasa Antarabangsa Arab. Saya mengambil Bahasa Antarabangsa Jerman jadi saya tidak menduduki apa-apa peperiksaan hari ini. Namun, esok adalah Bahasa Antarabangsa Jerman. Jadi, saya perlu mengulangkaji dan tidak boleh tidur... :P
Journal - 1 Oktober 2014
Hari ini merupakan hari Rabu. Sya bangun pada pukul 6 pagi dan segera bersiap-siap untuk sarapan. Seterusnya, saya bergerak ke tapak perhimpunan kerana hari ini saya akan menjadi pengacara majlis.
Journal - 27 September 2014
Hari ini saya pergi ke sekolah dengan gembira. Pada mulanya, saya pergi ke perhimpunan. Kemudiannya, saya segera bergerak ke kelas. Saya suka matapelajaranMatematik!!!
Tuesday, October 28, 2014
Pencemaran Alam Sekitar - Pandangan Penulis
Pada pendapat saya, saya agak geram tentang pencemaran alam sekitar. Bagi saya, pencemaran tidak patut berlaku di muka bumi yang merupakan tempat kita bernafas, makan, berehat, bermain dan melakukan aktiviti harian. Pihak yang bertanggungjawab atas pencemaran ini adalah siapa yang melakukan pencemaran ini. Contohnya di Indonesia. Pihak Indonesia tidak patut untuk membakar hutan mereka. Sungguhpun hutan itu terbakar dengan sendirinya, pihak Indonesia patut berusaha untuk memadam kebakaran tersebut. Dengan itu, lapisan ozon tidak akan menipis dan bumi akan lebih selamat.
Seterusnya, hujan asid yang turun tadi mungkin akan memasuki takungan air bersih. Air itu akan diproses dan akan diminum oleh kita sendiri. Air tersebut akan menghakis perut kita ataupun kita akan jatuh sakit. Ini bermaksud, pencemaran membawa kepada kemusnahan muka bumi dan juga kepupusan manusia kerana lapisan ozon terlalu nipis dan tanah di muka bumi sudah terhakis dan pencemaran juga membawa kepada kepupusan manusia kerana ramai manusia akan jatuh sakit dan meninggal.
Pada pendapat saya, kerajaan patut memperketatkan undang-undang kepada sesiapa yang membuat pembakaran terbuka walaupun secara kecil-kecilan, dan juga untuk sesiapa yang melakukan pencemaran alam. Pencemaran alam terbahagi kepada tiga, iaitu pencemaran air, udara dan tanah. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar untuk diri sendiri dan juga generasi akan mendatang :)
Untuk meneruskan hidup, kita memerlukan air, udara dan tanah. Namun, kita merupakan manusia yang membuat pencemaran dan sekaligus merosakkan sumber kehidupan kita. Contohnya, Kita memerlukan udara untuk bernafas, namun kita masih membuat pembakaran terbuka. Asap yang terlalu banyak merupakan punca sesak nafas, asma, lelah dan paru-paru. Asap yang naik ke udara akan berkumpul di sekeliling awan. Jika hujan turun, asap tadi akan dibawa turun juga lalu akan menyebabkan hujan asid. Hujan asid akan menghakis bangunan-bangunan yang telah dibina oleh arkitek-arkitek. Kita sendiri yang memusnahkan hasil kerja sendiri. Itu merupakan perkara yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Hujan asid yang turun juga menyebabkan hakisan tanah.
Seterusnya, hujan asid yang turun tadi mungkin akan memasuki takungan air bersih. Air itu akan diproses dan akan diminum oleh kita sendiri. Air tersebut akan menghakis perut kita ataupun kita akan jatuh sakit. Ini bermaksud, pencemaran membawa kepada kemusnahan muka bumi dan juga kepupusan manusia kerana lapisan ozon terlalu nipis dan tanah di muka bumi sudah terhakis dan pencemaran juga membawa kepada kepupusan manusia kerana ramai manusia akan jatuh sakit dan meninggal.
Pada pendapat saya, kerajaan patut memperketatkan undang-undang kepada sesiapa yang membuat pembakaran terbuka walaupun secara kecil-kecilan, dan juga untuk sesiapa yang melakukan pencemaran alam. Pencemaran alam terbahagi kepada tiga, iaitu pencemaran air, udara dan tanah. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar untuk diri sendiri dan juga generasi akan mendatang :)
Saturday, September 27, 2014
Jurnal - 26 September 2014
Hari ini merupakan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat!!! Hari ini waktu pembelajaran agak meriah kerana kelas saya membuat pertandingan bermain chess semasa ketiadaan cikgu. Kami dibahagi kepada empat kumpulan dan semua bertanding mengikut giliran. Saya mendapat lawan yang sangat hebat bermain chess iaitu Aiman. Kami bertanding dan sudah tentu pemenangnya adalah lawan saya sendiri iaitu Aiman. Walaupun saya kalah dalam perlawanan tersebut, saya tetap berasa gembira kerana dapat bermain chess. Selepas pusingan pertama dijalankan, pusingan semi-final pula dijalankan. Namun, masa tidak menyebelahi kami. Sudah sampai waktu untuk ke Spiritual Circle bersama Kak Fatin. Sebelum ke sesi ke Spiritual Circle, kami sempat bergambar bersama-sama sebagai ahli 1K1. Ini gambarnyaaaa
Selepas itu, kami berlari ke Dewan Makan untuk kami sudah terlambat untuk sesi Spiritual Circle.Sebaik sahaja sampai di sana, Naqibah kami, KakFatin mengajak kami mengambil makanan tengahari terlebih dahulu. Sambil-sambil itu kami boleh menjalankan aktiviti. Selepas semua orang sudah mengambil makanan, kami bermain 'Truth or Dare'. Mangsa pertama adalah Faten. Dia memilih truth. Mangsa kedua adalah Kak Fatin. Dia juga memilih truth. Kemudian, mangsa seterusnya dalah saya!!!! Saya juga mengambil pilihan truth kerana bimbang mereka akan memberikan dare yang susah kepada saya. Selepas itu, Faten Nabihah pula menjadi mangsa. Kebanyakannya memilih truth. Namun, mangsa yang sudah kali kedua dipilih tidak boleh memilih yang sama seperti kali pertama. Tiba-tiba sekali lagi saya menjadi mangsa. Jadi saya WAJIB memilih Dare. Aduuhhhh
Saya membaca doa agar mereka tidak memberikan dare yang susah kepada saya. Tiba-tiba ada suara yang menyuruh saya mengetuk gong yang terletak di hujung Dewan Makan. Tidakkk... Pernyataan itu disokong ramai orang. Aina secara sukarela mahu menemani saya kerana dia tahu saya malu. Jadi saya pergi kerana saya fikir gong itu hanya berbunyi perlahan. Saya berdiri di sebelah gong dan mengetuk bahagian tengah gong besar tersebut. Dengan ttidak semena-mena puluhan kepala yang berada di dalam Dewan Makan berpaling ke arah saya. Saya berasa amat malu bercampuur takut dan gemuruh. Saya membaling pemukul gong tersebut dan berlari ke tempat duduk saya. Semua muka memandang saya kerana mungkin mereka fikir saya mahu membuat pengumuman. Ahli usrah saya semuanya mentertawwakan saya. Perkara itu amat memalukan dalam hidup saya............ Namun, saya masih gembira kerana hari ini hari Jumaat iaitu hari kegemaran saya. Assalamualaikum dan babaiiiiii. Rindu mam.... :'(

Journal - 24 Ogos 2014
Hari ini merupakan hari jadi saya~ Namun, hari jadi kali ini agak menyedihkan dan tidak seronok kerana saya tidak dapat menyambutnya bersama keluarga... Nenek saya di kampung tidak sihat jadi semua ahli keluarga saya pulang ke kampung dan meninggallkan saya di sini :'(
Perkara yang semakin menambah kesunyian adalah saya ketiadaan roommate :'(
Ha!! Lagi satu saya mahu beritahu, saya dapat roommate baru pada semester ini~ Perasaan bersyukur membuak-buak dalam hati saya.
Kak Afiqah pulang ke rumah bersama keluarga dia... Jadi, kesimpulannya, saya berseorangan disini menyambut hari jadi sendiri. Namun, saya agak sedih apabila mengenagkan umur saya semakin meningkat dan tanggungjawab saya semakin banyak. Saya perlu lebih berdikari,lebih bertanggungjawab dan perlu matang.Tidak!!!
6:21 pagi- Mama menelefon saya. Mama mengucapkan selamat hari jadi dan menyuruh saya supaya segera solat Subuh :). Hihi... Sebenarnya saya terlupa mengunci jam untuk solat Subuh. Jadi, saya terus bangun dan menunaikan kewajipan saya. Kemudian, saya tidur kembali kerana mengantuk...
7:32 pagi- Kakak kedua saya menghantar pesanan ringkas yang berbunyi " Hani!! Happy Birthday. May God bless you n belajar rajin2. Saya mengucapkan terima kasih dan menyambung tidur kembali. Katil saya dirasakan sangat empuk.
8:40 pagi- Rakan sekelas saya, Aina menelefon saya."Hani!!! Happy Birthday to you... Happy Birthday to you........... ..." Saya berasa terharu dgn nyanyian dia dia :). Kemudian, saya mengucapkan terima kasih dan dia berjanji untuk membelanjakan saya air di Dewan Makan semasa makan tengahari sebagai hadiah hari jadi. Seperti kebiasaan, saya tidur kembali.
9:08 pagi- Dua orang rakan saya, Wardina dan Athirah Nazirah datang ke bilik dan menyanyikan lagu hari jadi. Kemudian, kami berbual-bual...
12:41 tengahari- Saya menerima pesanan ringkas dari roommate saya. Dia megucapkan Selamat Hari Jadi dan meminta maaf kerana dia tidak mengetahui hari ini adalah hari jadi saya.
Pada sebelah malam, prep berjalan seperti biasa. Jadi selepas solat saya bersama seorang rakan saya berjalan bersama-sama ke kelas. Tapi agak memelikkan, apabila sampai ke kelas, tiada seorang pun dan lampu kelas masih tertutup. Saya segera masuk tetapi tiba-tiba terdengar suara rakan-rakan saya menyanyikan lagu hari jadi. Saya masih keliru dan saya tidak tahu mahu menunjukkan reaksi apa jadi saya hanya ketawa dan duduk di tempat saya. Kemudian Aina memberikan saya sebuah buku tentang muzik sebagai hadiah hari jadi. Saya mengucapakan terima kasih dan senyum lebar.
Kemudian selepas 30 minit, Mariam dan Wardina datang dan memberikan saya sebungkus hadiah beserta satu sampul duit raya~~ Kemudian Faten pula memberikan saya sebuah buku nota kecil yang comel. Saya bersa amat gembiraaaaaaa

Sunday, June 22, 2014
Kem Pengurusan Bencana
Wahhhh..Hari ini saya berasa sangat lega. Malam tadi saya telah tidur selama 9 jam... Wahahaha. Mulut saya yang sudah 2 minggu sakit pun sudah sembuh secara mengejut pada malam tadi.
Sebenarnya, saya telah menyertai satu kem yang dikenali sebagai pengurusan bencana. Kem itu diadakan selama 3 hari 2 malam di Kempville Beach Resort bermula dari hari Jumaat.
JUMAAT
Kami bertolak dari Kolej PERMATApintar Negara pada pukul 8:30 pagi. Sebanyak 6 buah bas dan 3 buah kereta menyertai rombongan kem ini. Sebahagian dari ahli kelas 1K1 termasuk saya menaiki bas pertama. Pada mulanya, saya sudah berjanji untuk duduk di sebelah Faten, namun keadaan tidak mengizinkan. Jadi saya duduk di sebelah Mariam. Mengikut anggaran, kami akan sampai di sana pada pukul 1 petang.
Kami berhenti di R&R banyak kali. Saya pula tidak dapat tidur di dalam bas. Anggaran kami tidak tepat. Jam sudah menunjukkn pukul setengah. Kami sudah memasuki negeri Pahang namun bas membelok ke kiri. Rupa-rupanya, pemandu bas terlupa untuk berhenti solat Jumaat. Jadi, kami hanya meneruskan perjalanan ke masjid seterusnya. Apabila terjumpa masjid, kami berhenti dan lelaki pergi menunaikan solat Jumaat. Manakala perempuan pula pergi ke kedai minyak berdekatan untuk membeli makanan.
Kami sampai di Kempville Beach Resort pada pukul 3 petang. Sangkaan saya selama ini meleset sama sekali. Pada sangkaan saya, kami akan berkhemah di pantai yang sangat cantik. Tetapi, sebaik sahaja sampai, kami hanya nampak tasik yang kotor dan 8 buah khemah kenduri. Komander meminta peajar lelaki untuk mengemas khemah perempuan dan juga lelaki. Manakala perempuan pula pergi membersihkan diri.
Rupa-rupanya, pelajar perempuan perlu mandi di chalet yang teretak di bahagian luar kawasan khemah kami. Ia agak jauh.
Selepas kami pulang dari chalet, pelajar lelaki sudah siap membersihkan khemah kami. Di dalam khemah tersebut sangat panas.
Pada waktu malam, kami menyertai aktiviti ice breaking. Namun, saya tidaktekunmendengar kerana terlalu mengantuk.
SABTU
Saya bangun dari tikar yang dilapik di atas batu-batuan kecil. Jam menunjukkan pukul 3:45 pagi. Belakang badan saya agak sakit. Kami tidur beramai-ramai di atas batuan kecil dan di dalam khemah yang tiada udara. Saya mengejutkan rakan saya untuk mandi pagi. Kami berjalan berdua menuju ke chalet di laluan yang agak gelap.
Selepas mandi, kami pulang ke khemah dan menyambung tidur. Di chalet sudah penuh orang beratur untuk mandi. Nasib baik kami bangun awal.
Sehari sebelum kem, cikgu ada memilih beberapa pelakon. Hari ini, pelakon-pelakon tersebut akan dihias menjadi mangsa tanah runtuh. Saya sebagai ahli penyelamat perlu menyelamatkan mereka sepertimana yang telah diajarkan kepada kami dua hari lepas.
Setelah siren berbunyi, semua penyelamat perlu untuk pergi ke kawasan yang telah diarahkan. Saya mendapat kawasan tepi pantai. Sebaik sahaj sampai di sana, 10 orang mangsa sedang bergelimpangan menahan kesakitan. Namun, saya tahu mereka berpura-pura. Misi menyelamatkan mereka amatt susah memangkan pasir di tepi laut tersebut curam. Sayahampir tergolek masuk ke dalam laut. Mangsa pun pandai berpura-pura menjerit-jerit kesakitan dan memarahi kami kerana kami lambat menyelamatkan mereka. Apabila kumpulan saya sampai di mangsa yang ke-2, kain anduh sudah habis. Mangsa tersebut berpura-pura mengaduh kesakitan. Seorang senior mengarahkan saya naik dan meminta pertolongan. Dalam hati sayabersik "Kau tak buat apa, sukahati nak suruh orang. Tahu la kau senior, tapi kau masih sama batch dengan aku"
Walaupun hati saya berbisik begitu, saya masih mencuba untuk naik kembali. Saya hampir tergolek dari pasir yang curam itu. Badan saya hendak melawan namun kerana ada ahli PBSM yang memerhati kami dari celah pokok, saya mematikan niat saya. Apabila sudah selmat sampai di atas, tiba-tiba ada ranting pokok yang menarik kaki saya. Saya menggelosor jatuh ke bawah. Nasib saya masih baik kerana saya sempat memegang sebuah pokok kecil. Saya segera naik dan tidak meminta kain anduh seperti yang disuruh oleh senior tersebut. Sebaliknya, saya pergi menyelamatkan orang lain terlebih dahulu. Disebabkan tiada kain anduh, saya membalut tangan mangsa yang luka dengan menggunakan daun yang besar. Ahli PBSM yang berada di belakang saya memuji saya.
Selepas merawat mangsa tersebut, saya dan seorang lagi mendukung dia menuju ke klinik yang teletak agak jauh. Tangan saya pula terasa seperti mahu patah apabila mengangkat orang itu. Kemudian, kami perlu melaporkan jantina dan kawasan mangsa dijumpai kepada pusat kawalan. Kemudian, saya berpatah balik ke kawasan tragedi. Kali ini kami terpaksa mengangkat seorang mangsa untuk naik ke atas pengusung. Saya telah memegang bahagian bawah badan mangsa. Orang yang berada di hadaan saya perlu memegang tangan saya. Namun, dia meninggikan suara kepada saya kerana saya tidak memegang tangannya. Kemudian, saya pula meninggikan suara kerana itu bukanlah salah saya. Selepas itu, tugas lelaki adalah untuk mengusung mangsa ke klinik dan melaporkan ke pusat kawalan. Itu merupakan mngsa terakhir didalam kawasan kami.
Saya agak marah dengan cara senior yang masuk ke sekolah ini pada tahun yang sama dengan saya. Senioriti mereka terlalu tinggi menyebabkan Pelajar berumur dalam linkungan saya ditndas.
AHAD
Hari ini saya bangun dari tidur dengan gembira. Semua pelajar perempuan diizinkan untuk tidur di dalam sebuah dewan yang mempunyai pendingin hawa. Ia amatlah selesa setelah penat mendukung mangsa semalam. Sekali lagi saya banun pada pukul 3:45. Selepas mandi, saya pulang ke khemah dan mengemas barang memandangkan saya akan pulang ke Kolej PERMATApintar hari ini.
Kami solat berjemaah di dewan tempat kami tidur pagi tadi. Namun, selepas solat, saya terentok-lentok di saf belakang. Tetapi walau[un hanya terlena beberapa saat dan sedar dan terlena kembali, saya masih mampu bermimpi. Itulah kuasa Allah. Selepas solat Subuh, kami mengambil ujian. Ia adalah untuk meguji tahap pemahaman kami terhadap apa yang telah kami belajar selama 5 hari.
Kami pulang ke PERMATApintar pada pukul 1. Namun, kami sempat singgah di Pantai Batu Hitam. Saya berasa amat gembira kerana dapat masuk ke dalam laut. Walupun sayapergi sehngga ke tengah laut. Paras airnya tetap sama. Ia tetapi di paras lutut saya.
Selepas itu, kami bertolak pulang.

Monday, May 19, 2014
Journal - 18 Mei 2014
Hari ini sekali lagi saya bangun tidur dengan lambat.
10:00 pagi -Saya bangun dan membersihkan diri. Kemudian, saya membasuh baju yang tinggal separuh kerana semalam saya sudah basuh.
11:30 pagi -Saya bermain game di telefon sambil mendengar lagu.
12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauk kali ini adalah sambal ayam dengan sup. Saya sangat sukakan lauk itu.
2:30 petang -Saya mengulangkaji Pendidikan Agama Islam dan juga Bahasa Antarabangsa German.
5:30 petang -Ibu saya datang!!!! Saya bersemangat turun ke bawah untuk duduk di pondok. Selepas itu, kami makan dengan banyak hingga perut saya seperti mahu meletup. Saya dan mama berbualbual.
6:30 petang -Mereka sudah perlu pergi kerana mahu menghantar dua orang kakak saya ke tempat mereka belajar pula. Saya melambai ke arah mereka dengan perasaan sedih.
7:30 malam -Solat berjemaah di surau perempuan.
9:00 malam -Saya mengulangkaji Bahasa Anatarabangsa German di bilik. Saya agak tertekan kerana tidak dapat menghafal apa yang telah saya baca.,
10:30 malam -Saya berus gigi dan tidur. Saya berasa sangat mengantuk.

Journal - 17 Mei 2014
Waahh... Hari ini saya berasa sangat gembira kerana saya dapat bangun tidur dengan lambat.
9:00 pagi -Saya bangun dari tidur dan membersihkan diri.
10:00 pagi -Saya basuh baju di bilik membasuh. Baju busuk saya agak banyak jadi saya hanya membasuh separuh dari baju-baju itu.
11:00 pagi -Saya mengulangkaji Bahasa Antarabangsa German di bilik.
12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauk hari ini adalah ayam goreng dan sup ikan.
1:00 tengahari - 3:00 petang -Saya berehat-rehat di bilik. Saya membaca buku, bermain game dan macam-macam.
4:00 petang -Saya mengulangkaji sambil mendengar lagu. Saya berasa sangat gembira kerana dapat duduk di bilik berseorangan. Kadangkala, saya tidak suka orang berada di dalam bilik saya termasuk roommate saya.
6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan. Selepas makan, saya terus naik ke bilik.
7:30 petang -Solat Maghrib dan Isya' berjemaah.
9:00 malam -Saya naik ke bilik Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu bilik. Dua orang rakan saya memanggil saya turun ke bawah. Mereka mengadakan perjumpaan dengan Asas 1. Kami meluahkan perasaan kami pada ketika itu. Ia agak menyeronokkan kerana saya berasa sejuk dan saya seronok mendengar cerita orang lain.
1:00 pagi -Perjumpaan tamat. Kami bergerak ke bilik masing-masing dan tidur.

Friday, May 16, 2014
Journal - 16 Mei 2014
Hari ini hari Jumaat~! Saya berasa sangat gembira.
Hari ini peperiksaan Kimia. Pada permulaannya, saya ingat ia agak mudah. Rupa-rupanya, ia agak susah dan kadangkala, saya hanya meneka jawapannya. Kemudian, pada sebelah petangnya pula, peperiksaan PJK pula dijalankan. Ia 50% senang dan 50% agak susah. Pada waktu makan malam, lauk agak sedap. Saya makan dengan banyak.....
Pada waktu malam, kami solat Maghrib berjemaah. Kemudian, cikgu BM memanggil kami untuk menilai carry marks untuk peperiksaan kali ini....

Thursday, May 15, 2014
Journal - 15 Mei 2014
Hari ini merupakan hari yang agak mencabar. Kami perlu menjawab ujian Bahasa Malaysia dan Sejarah.
6:30 pagi -Saya bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk sarapan.
7:30 pagi -Saya turun ke Dewan Makan untuk sarapan. Kemudian, semua orang mengulangkaji BM di Dewan Makan.
8:30 pagi -Kami pergi ke dewan. Peperiksaan bermula pukul 9 tetapi kami perlu berada di situ 30 minit awal.
Kemudian, peperiksaan pun berjalan. Saya dapat menjawab dengan lancar. Kemudian, setelah selesai menjawab, saya pulang ke asrama.
Pada pukul 2:15 petang, kami pergi ke dewan semula untuk mengambil ujian Sejarah. Pada bahagian A, soalannya agak senang. Tetapi, di bahagian B, soalannya sangat susah. Saya hanya menghentam jawapannya.
6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan.
7:30 malam -Solat berjemaah. Selepas solat Maghrib, kami membaca surah Yasin beramai-ramai. Kemudian, kami solat Isya' berjemaah di suarau perempuan.
9:00 malam - 10:30 malam -Ulangkaji Kiia di bilik. Kemudian, saya pun tidur....

Cerpen Hujan Kala Kemarau
Hujan Kala
Kemarau
BAB
1
“
Panggg!!! “
Jihan terjaga dari tidurnya. Sudah
hampir dua hari dia tidak mendapat tidur yang cukup. Bunyi yang kuat itu sekelip mata
menghancurkan segala mimpin Jihan di kala dia sedang nyenyak tidur. Dari daun pintu
biliknya, kedengaran seperti seseorang sedang menggelupur dan meraung di dapur.
Jihan segera bangun dari katilnya
dan mendapatkan adiknya, Jahri yang berusia 5 tahun. Jahri meraung-raung di
telinga abang sulungnya. Badannya terdapat kesan belang-belang merah yang masih
segar. Dari jauh kelihatan ayah mereka, Jazali keluar dari rumah sambil
membawa sebatang getah paip dengan tidak berbaju. Jihan sudah faham perangai ayahnya
yang terlalu panas baran. Dia segera mengambil minyak gamat dan menyapunya ke luka di badan Jahri.
___________________________________________________________________
Jihan menguap sambil
menutup mulutnya dengan tapak tangan. Mukanya kelihatan pucat dan tidak
bermaya. Hari ini sudah masuk hari ketiga dia tidak cukup tidur. Sejak
kebelakangan ini, baran ayahnya semakin menjadi-jadi. Kadangkala, mereka 5
beradik langsung tidak berbual atau bercakap dengan ayah mereka kerana terlalu takut.
Pantang mereka tersilap cakap, batang paip bakal menjadi habuan.
Jihan segera bersiap-siap untuk ke sekolah. Dia dan adik-adiknya terpaksa bangun awal pagi kerana jarak antara sekolah mereka dengan rumah sangat jauh. Tahun ini Jihan, 11 tahun, Farhan, 10 tahun, Talha, 9 tahun dan Mirhan, 7 tahun terpaksa bertukar ke Sekolah Kebangsaan Yayasan Muda disebabkan keluarga mereka tidak mampu membiayai yuran sekolah mereka berempat semasa di sekolah lama dahulu. Disebabkan itulah mereka terpaksa pergi ke sekolah yang jaraknya sangat jauh.
Jihan memimpin keempat-empat
adiknya ke sekolah. Bagi Jihan, adik-adiknya adalah tanggungjawab dirinya
sebagai anak sulung. Ibunya, Kasimah sudah pergi menoreh getah awal pagi.
Semasa semua adik-beradiknya sedang tidur, ibunya akan perlahan-lahan bangun
dari tidur dan pergi menoreh bertemankan lampu suluh. Kadangkala, apabila Jihan
tersedar dari tidur, ibunya akan segera berpura-pura mahu ke tandas. Ibunya
sangat menyayangi anak-anaknya. Apa sahaja yang Jihan dan adik-adiknya minta,
pasti akan dapat dengan berkat usaha seorang ibu.
Pernah suatu hari, Talha meminta kapal terbang kawalan jauh dari ibunya. Ibunya tetap mengangguk walaupun dia sedar, dia tidak mampu memenuhi permintaan anaknya itu. Pada malam itu, selepas solat Maghrib, Jihan memarahi adiknya kerana meminta barang yang bukan-bukan. Adiknya hanya menundukkan pandangan dari abangnya.

Seminggu selepas
kejadian tersebut, ibu mereka pulang ke rumah dengan membawa barang yang
diminta oleh Talha. Talha melonjak-lonjak kegembiraan, namun ia tidak lama
berterusan kerana Jihan sudah merampasnya dan memulangkannya kembali kepada
penjual mainan tersebut. Jihan dapat mengagak bahawa ibunya sebenarnya berhutang
dengan peniaga tersebut. Disebabkan kejujuran Jihan, penjual tersebut
menghalalkan sahaja permainan tersebut kepada Jihan dan adik-adiknya. Malah,
peniaga tersebut turut menghulurkan sedikit sumbangan wang kepada Jihan.
BAB
2
Setahun berlalu…..
“ Pon ponnn “, Kedengaran hon sebuah
motor dari luar rumah. Jahri yang sudah pandai mengira berlari ke luar rumah.
“ Pakcik! Lama tak jumpa pakcik… Aiskrim? “ Terserlah kemesraan antara anak kecil dan penghantar surat tersebut.
Seperti kebiasaan, setiap kali lelaki penghantar surat tersebut datang, pasti
dia membawa sebatang aiskrim buat Jahri. Nama lelaki tersebut adalah Norman
tetapi kebanyakan penduduk di kawasan itu menggelarnya sebagai ‘Man’.
Man menghulurkan sebatang
aiskrim Malaysia kepada Jahri. Kemudian, kelihatan Mirhan yang sudah berusia 8 tahun
datang. Dia mengambil surat yang dihulurkan oleh Man. Tertulis nama ‘Ahmad
Jihan Bin Jazali’ pada surat tersebut.
“ Mana Jihan? “ Soal Man.
“ Dia masih di sekolah. An pun baru
balik. Mungkin along pulang lambat sikit. Tadi dia kata yang cikgu mahu berjumpa dengannya.” Jawab Mirhan yang menggelar dirinya sebagai ‘An’.
Man menganggukkan kepalanya. Dia kelihatan sudah bersedia untuk menyambung kembali tugasnya. Dua beradik itu melambaikan tangan kepada Man. Motor Man perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah kayu yang sudah hampir roboh tersebut.

Man disayangi oleh semua disebabkan
sifat murah hatinya. Kadangkala, jika ada sesiapa yang memerlukan bantuan, dia
akan sedia membantu walaupun dirinya agak sibuk dengan tugas hariannya.
____________________________________________________________
Jihan meletakkan beg sekolahnya yang
lusuh di atas lantai. Pergerakannya sudah boleh menunjukkan bahawa dia
sangat penat. Dengan perlahan-lahan
Jihan mengheret kakinya ke sudut rumah. Kemudian, dia baring sambil melepaskan
lelah. Namun, tidak sampai beberapa saat, otaknya kembali aktif memikirkan
masalah keluarga.
_______________________________________________________
Tepat 9
haribulan 5 tahun lepas, ayahnya telah dipenjarakan atas hukuman mengedar dan
menghisap dadah. Ketika itu, hanya Jihan dan ibunya yang kesedihan. Farhan dan
adik-adiknya yang lain langsung tidak sedih malahan mereka sangat gembira
kerana tidak perlu disebat dengan getah paip lagi. Namun, di sudut hati Jihan
terselit juga rasa bahagia kerana tidak perlu lagi melihat ahli keluarganya terseksa dan dicederakan. Pada malam itu juga, terjadi sebuah insiden yang sangat menyayat
hati sekaligus mematikan semua kegembiraan
Farhan dan adik-adiknya.
Pada petang itu, ketika Jihan dan
adik-adiknya sedang bermain di halaman rumah, tanpa disangka-sangka sebuah
kereta besarmeluru laju ke arah mereka adik-beradik. Sepatutnya itu bukan laluan
untuk kereta. Laluan tersebut hanya sesuai untuk motosikal dan basikal. Mereka semua sempat
melarikan diri kecuali seorang dari mereka, Talha yang sedang ralit mengorek
tanah. Kereta tersebut menghentam badan Talha dan dalam sekelip mata kepalanya hancur.
Kelihatan darah membuak-buak keluar dan mengalir di tanah tempat Talha mengorek tanah sebentar tadi. Lubang yang dikoreknya tadi dipenuhi darah. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan tiada siapa dapat menyangkanya kecuali dengan takdir Tuhan. Sebaik mendengar bunyi hentaman, Kasimah ibu mereka yang sedang menggoreng ikan di dapur segera berlari ke luar rumah. Beliau meraung-raung melihat keadaan anaknya yang sudah hancur . Orang kampung mula mengelilingi kawasan tersebut. Man, sebagai seorang yang juga berada di tempat kejadian menelefon ambulans.
Malam itu juga mayat Talha
ditanam di tanah perkuburan yang hanya 500 meter dari rumah Jihan. Jihan sangat
sayu melihat keadaan ibunya yang kehilangan dua orang serentak dalam sehari.
Kegembiraan adik-adiknya atas ketiadaan ayah mereka siang tadi dalam sekelip mata hilang. Malam itu juga,
Jihan langsung tidak tidur. Hatinya serabut. Keluarganya tiada ketua, ibunya
yang kehilangan dua orang tersayang dalam hidupnya, adik-adiknya yang mula
menunjukkan protes, segalanya bersatu-padu di dalam hati Jihan.
______________________________________________________
“ Along.”, Panggilan adiknya mematikan
lamunan Jihan.Jihan menoleh ke arah adiknya, Mirhan. Mirhan kelihatan sudah
mula faham dengan situasi keluarga mereka. Pada pandangan Jihan, adiknya yang
seorang itulah paling cepat matang berbanding yang lain. Jihan lebih mudah
berkongsi masalah bersama Mirhan walaupun dia sedar adiknya masih terlalu muda.
Namun, dia sebagai anak sulung perlu mematangkan adik-adiknya yang lain.
Mirhan menghulurkan sehelai sampul surat kepada Jihan. Jihan
terkejut kerana selama ini dia tidak pernah menerima surat yang bertulis
namanya. Pada surat tersebut dicop tanda ‘SULIT’. Jihan segera mengoyak sampul
surat tersebut. Di dalamnya tertulis tawaran kemasukan ke Sekolah Tuanku Abdul
Rahman (S.T.A.R) yang terletak di Perak.
“Alhamdulillah. Along dapat tawaran
masuk ke sekolah asrama. Mana umi? “
“ Entah. Tadi umi tengah memasak.
Mungkin umi di kebun. “ Jawab Mirhan yang leka menyusun kad permainannya yang
bersepah di atas lantai.
Jihan segera berlari ke kebun yang terletak di belakang rumahnya. “Umi. Umi!!!”, Kasimah melambai tangan ke arah Jihan tanda dia berada di situ. Jihan segera menuju ke arah uminya. Dia menunjukkan surat tawaran tersebut kepada uminya. Pada sangkaannya, umi akan gembira dengan tawaran tersebut namun perkara yang sebaliknya berlaku. Uminya menundukkan pandangan. Perlakuannya jelas menunjukkan bahawa beliau berasa sedih.
Hati Jihan sangat kecewa sebaik sahaja
melihat reaksi uminya. Hatinya meronta-ronta untuk belajar tinggal di asrama.
Namun, sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab sentiasa menebal di dalam hati.
“ Jihan,umi tak kisah dengan
keputusan kamu. Tetapi, apa-apa pun keputusan kamu, kamu perlu ingat, musuh
ayah kamu terlalu ramai. Dan, kamu perlu ingat, adik-adik kamu perlukan tunjuk
ajar dari seorang abang. Umi minta maaf, umi tak mampu mendidik anak-anak umi
dengan baik. Um..umi..”, Kasimah sudah tidak mampu meneruskan percakapannya.
Kelihatan air mata umi sudah mula bergenang. Jihan sedar, umi sudah banyak
menanggung beban. Semua beban diletakkan di atas bahu umi.
Saat itu juga,
Jihan bertekad dia akan cuba untuk membuang segala beban yang ditanggung umi.
Jihan menyangkal pernyataan uminya yang mengatakan bahawa umi tidak mampu
mendidik mereka adik-beradik dengan baik. Bagi Jihan, uminya adalah ibu
terbaik dan terhebat di dunia. Umi mampu
menjadi ibu dan ayah sekaligus. Hati Jihan membuak-buak marah. Dia bertekad
bahawa suatu hari, dia akan menjadi seorang yang sangat berjaya walaupun dia
hanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jukip dan bukannya di sekolah
berasrama penuh.
BAB
3
“ Along!!! Cepatlah.”, Jahri yang
berusia 7 tahun menjerit memanggil abangnya. Hari ini merupakan hari pertama dia
memulakan persekolahan. Jihan yang masih bersarapan di meja menoleh ke arah jam
yang tergantung di dinding dapur. Jam baru menunjukkan pukul 6 pagi. Jahri
sahaja yang terlebih bersemangat. Kebiasaannya, mereka bertolak dari rumah pada
pukul 6:15 pagi. Jihan sengaja tidak mengendahkan panggilan adiknya. Dia tetap
makan dengan perlahan-lahan.
Ibu mereka tidak pergi menoreh getah hari ini.
Disebabkan ibunya tidak berapa sihat hari ini, Jihan berniat untuk kembali
semula ke rumah selepas menghantar adik-adiknya ke sekolah. Dia tidak kisah
walaupun dia tidak mendaftarkan diri di sekolah menengah pada hari pertama
persekolahan. Bagi dirinya, keluarga tetap menjadi keutamaan dalam hidupnya.
“ Along, sudah enam sepuluh
minit…”, Mirhan memberitahu abangnya.
Jihan segera bangun dan mencuci pinggan. Kemudian, dia bersalam dengan ibunya.
Jihan membimbit tangan adik-adiknya. Perjalanan yang mereka akan lalui agak
jauh. Pada anggaran Jihan, mereka akan sampai di sekolah adik-adiknya pada
pukul 7 suku.
__________________________________________________________
Akhirnya, mereka sampai juga di Sekolah Kebangsaan Yayasan Muda. Farhan, Mirhan dan Jahri bersalaman dengan abang sulung mereka.
“ Angah tolong daftarkan adik. Along nak
balik rumah jaga umi. Nanti kalau ada masalah, minta tolong cikgu ya. Adik,
jangan menangis tau. Sekolah ni ramai cikgu yang baik. Nanti abang An tolong
perhatikan adik. Along pergi dulu.” Jihan memberikan pesanan dan nasihat kepada
adik-adiknya. Sepatutnya kali ini, 4 orang adiknya akan bersekolah
bersama-sama. Namun, pemergian Talha telah mengubah suasana. Selalunya,
keriangan Talha yang sering menghiburkan hati mereka.
Jihan melepaskan nafas
berat. Dia segera berlalu dari sekolah tersebut dan pulang semula ke rumahnya.
Dalam perjalanan ke rumahnya, fikiran Jihan berserabut.
“ Woi budak!! Kau
datang sini sekarang!”, Tiba-tiba ada suara memanggil Jihan dengan kasar. Dia
menoleh ke belakang. Di sebalik sebatang pokok, ada seorang lelaki yang
berbadan sasa sedang memegang parang. Jihan sedar dirinya dalam keadaan
berbahaya. Tiada siapa dapat menyelamatkan dia memandangkan berseorangan diri di dalam
kebun getah.
Tanpa berfikir
panjang, Jihan mengambil langkah seribu. Lelaki berbadan sasa itu terus
mengejarnya. Namun, nasib Jihan tidak baik. Lelaki tersebut berjaya memegang
kolar bajunya. Jihan meronta-ronta untuk melepaskan diri sambil menjerit. Tanpa
berfikir panjang, Jihan menyepak perut lelaki tersebut dan segera pecut ke
rumahnya. Sebaik sahaja sampai di rumah, Jihan menghempas pintu dan
menguncinya.
Lelaki yang berada diluar
rumah itu menumbuk-numbuk pintu sambil memberi ancaman kepada keluarga Jihan.
Kasimah yang sedang tidur terjaga apabila terdengar bunyi bising di ruang tamu.
Sebaik melihat kejadian itu, Jihan memberitahu ibunya bahawa lelaki yang berada
di luar itu adalah orang jahat.
Tiba-tiba, lelaki yang berada di luuar
rumah itu diam dan sehelai kertas dimasukkan dari celah bawah pintu rumah
tersebut. Jihan dan ibunya sangat lega kerana akhirnya lelaki itu pergi jua.
Jihan segera mengambil surat yang
dimasukkan itu. Surat itu tertulis
‘ Ayah kau sudah ragut isteri aku, ayah kau sudah rompak rumah aku, ayah
kau hampir rogol anak aku, sekarang masa untuk aku balas semuanya kepada
keluarga kau. AWAS!!!’
Surat berbentuk ancaman itu sudah cukup membuatkan kaki Jihan
menggeletar. Dia sedar itu merupakan tanggungjawabnya untuk melindungi
keluarganya dari sebarang ancaman. Namun, apakah daya dia sebagai seorang
remaja yang berusia 13 tahun. Bagi orang dewasa, umur sebegitu masih dianggap kanak-kanak.
Tiba-tiba hati
Jihan membuak-buak marah. Semua ini salah ayahnya. Disebabkan ayahnya, keluarga
mereka diburu. Disebabkan ayahnya, mereka miskin. Disebabkan ayahnya, ibu
mereka sakit. Disebabkan ayahnya, dia terpaksa memikul tanggungjawab melindungi
keuarga mereka. Jihan menyahut cabaran ayahnya. Dia sedar, jika dia tidak
menyahut cabaran itu, dia bukanlah lelaki sejati dan dia tidak patut dianggap
sebagai anak sulung.
“Mulai sekarang, aku akan
sentiasa menyahut cabaran kau, ayah. Aku tahu, aku bukan seorang yang lemah
seperti kau. Kau tak mampu menanggung
keluarga kau. Kalau kau tak mampu, aku mampu ayah.”, Jihan berbisik di dalam
hatinya. Dia yakin dia mampu melalui segala cabaran ayahnya.
BAB
4
Empat tahun berlalu………
“Ahmad Jihan Bin Jazali”
Jihan segera bergerak ke meja pengetua.
“ Tahniah, Jihan. Kamu seorang murid
yang sangat cemerlang.” Pengetua berjabat tangan dengan Jihan. Jihan masih
keliru. “Kamu berjaya memperolehi 9A”, Kali ini Cikgu Melati pula
memberitahunya. Bagaikan tidak percaya, Jihan melompat-lompat di hadapan
pengetua. Pada sangkaannya, dia hanya memperoleh 4A dalam SPM. Namun, atas
kekuasaan Tuhan, dia akhirnya berjaya membuktikan kepada semua orang bahawa dia
bukannya seorang yang tidak berguna. Jihan mengambil surat keputusan SPM miliknya
dan segera mencapai begnya. Dia mahu menunjukkan kejayaannya kepada ibu tersayang.
Jihan yakin, kali ini ibunya akan berasa sangat gembira.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Jihan menyanyi-nyanyi riang. Sebaik sahaja sampai di rumah, Jihan mengetuk pintu rumah.
“ Umi, ini Jihan. Jihan ada kejutan
untuk umi.” Jihan menjerit memanggil ibunya. Selepas beberapa saat, pintu
terbuka dan wajah ibunya tersembul di muka pintu. Muka ibunya sudah mula
berkedut. Tenaga ibunya makin berkurangan. Sakit ibunya juga makin
menjadi-jadi.
“ Jihan, umi tahu anak umi
seorang yang berpelajaran. Sekejap tadi Kak Pah datang. Dia ada bagitau umi,
anak umi dapat 9A+. Tahniah Jihan.” Kasimah memeluk erat anaknya. Mata Kasimah mula
berair. Namun, ia bukan air mata kesedihan. Itu merupakan air mata kegembiraan
seorang ibu yang melihat anaknya berjaya.
“Terima kasih,
umi. Along minta maaf pada umi. Along dan adik-adik banyak menyusahkan umi.”
Jihan sudah mula menangis. Sudah agak lama dia tidak menerima pelukan dari
seorang ibu. Hari ini, sekali lagi dia mendapat peluang itu.
_________________________________________________________
Jihan sudah
bersiap-siap dengan begnya di hadapan pintu. Hari ini, buat pertama kali dia
akan meninggalkan keluarganya demi menuntut ilmu. Kak Pah dan suaminya sudah menunggu
Jihan. Mereka akan menghantar Jihan ke Universiti Sains Malaysia. Biasiswa
sepenuhnya telah diberikan oleh kerajaan.
“ Jihan, belajar
sungguh-sungguh ya. Kamu tak perlu risau pasal umi dan adik-adik. Kamu perlu
fokus untuk berjaya. Bila kamu besar nanti, kamu pasti akan menjadi orang yang
berguna.” Kasimah memberi pesanan buat anaknya. Dia yakin selepas ini, pasti
susah untuk menatap wajah anaknya itu memandangkan tempat anaknya belajar agak
jauh.
“ Baik Umi. Along pergi dulu. Along
minta maaf kalau along ada sakitkan hati umi ataupun susahkan umi. Umi adalah
ibu terbaik yang along pernah lihat.” Kak Pah yang berada di belakang Jihan
sudah berair matanya. Dia faham keluarga Jihan susah. Namun, apakan daya dia.
Dia pun sudah berumur dan selalu sakit.
_________________________________________________________
BAB 5
Kelihatan seseorang yang berpakaian serba
putih keluar dari kereta B.M.W tersebut. Kasimah agak terkejut kerana sebelum
ini tiada orang kaya yang pernah datang ke rumahnya yang hampir roboh itu.
Matanya yang rabun tidak dapat melihat dengan jelas wajah orang itu. Dia yang
menghendap dari tingkap rumah itu sangat takut apabila memikirkan bahawa itu
adalah orang jahat kerana dahulu suaminya jahat. Dia bimbang ada orang yang
berdendam dengan keluarganya.
Kasimah segera
mencapai cermin mata yang diletakkan di atas meja kopi kayu. Orang itu berjalan
ke pintu rumahnya dan mengetuk pintu. Kasimah perlahan-lahan bergerak ke pintu rumah.
Hatinya ragu-ragu sama ada dia mahu membuka pintu tersebut ataupun tidak. Dari
cara pintu itu diketuk, ia menunjukkan orang yang datang itu berniat baik.
“ Assalamualaikum...” Sebaik terdengar
perkataan itu, hati Kasimah semakin yakin untuk membuka pintu tersebut.
Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu rumahnya.
Mata Kasimah
serta-merta menjadi bulat. Mulutnya ternganga dan jantungnya berdegup kencang.
“ Jihan???”
“ Umi...” Doktor tersebut membalas soalan Kasimah.
“ Ya Allah, anak
umi… Jihan, kamu ke ni???” Kasimah seperti tidak percaya bahawa itu adalah anak
sulungnya. Sudah hampir dua tahun mereka tidak berjumpa dan sudah hampir
sebulan mereka tidak berhubung melalui telefon. Tiba-tiba pula hari ini anaknya
tersembul di muka pintu rumahnya.
__________________________________________________________________
“ Baik, sekarang
aku sudah selesaikan hutang keluarga aku dengan keluarga kau. Sekarang jangan
kacau keluarga aku lagi. Sekali lagi aku nampak kau merayau-rayau di keliling
rumah aku, siap kau. Hutang kami semua sudah langsai. Jadi, kita sudah tiada
apa-apa lagi.” Jihan memberi amaran sambil menghulurkan duit beribu-ribu kepada
orang itu.
Orang itu
mengambil duit tersebut sambil mengangguk kepalanya.
Jihan berpuas
hati dengan reaksi orang itu. Dia melepaskan nafas lega. Mulai sekarang, tiada
siapa pun boleh mengganggu keluarganya ataupun memperlekehkan keluarganya. Dia sudah berjaya membuktikan
bahawa mereka sekeluarga bukanlah seperti yang ayah dan semua orang sangkakan. Mereka juga
mempunyai maruah.
BAB 6
“ Yay!! Terima
kasih, along…” Jahri turun dari kereta abangnya dengan gembira. Buat pertama
kalinya dia menaiki kereta mewah selain kereta jiran mereka. Hari ini langit
mendung. Sudah agak lama hujan tidak turun di kawasan tersebut. Kasimah turun
dari kereta perlahan-lahan. Kakinya sakit.
Jahri yang
melihat keadaan itu segera membantu ibunya dan memimpin ibunya masuk ke rumah
yang baru dibelinya. Rumah banglo itu dibeli khas untuk ibunya. Namun, rumah banglo
yang dibelinya itu ada lif. Jadi, lebih mudah untuk ibunya naik dan turun.
“ Terima kasih,
Jihan. Umi sayang Jihan” Muka Kasimah menampakkan bahawa dia sedang berasa sangat bahagia. Hati Jihan berbunga-bunga. Buat julung kalinya kata sayang diucapkan kepadanya.
Sebaik sahaja mereka
bertiga masuk ke rumah, hujan lebat turun ke bumi.
“ Alhamdulillah…
Hujan kala kemarau.”
Tuesday, May 13, 2014
Journal - 14 Mei 2014
Hari ini merupakan hari kedua peperiksaan. Ujian yang pertama adalah Biologi dan yang kedua adalah Matematik.
6:40 pagi -Bangun pagi dan membersihkan diri.
7:30 petang -Sarapan pagi. Kami makan mi goreng iaitu makanan kegemaran saya. Selepas makan, kami mengulangkaji Biologi di Dewan Makan. Di sana sangat sejuk.
9:00 pagi -Peperiksaan bermula. Pada bahagian Subjektif dan karangan sangat mudah bagi saya. Namun, pada bahagian objektif, saya hanya menjawab mengikut hati saya.
10:15 pagi -Saya selesai menjawab dan keluar dari dewan peperiksaan. Kemudian, kami menuju ke Makmal Bahasa.
12:30 tengahari -Makan tengahari berlaukkan sup ayam dan sambal telur. Selepas makan, saya pulang bilik dan mengulangkaji Matematik.
2:30 petang -Kami bergerak ke dewan peperiksaan. Peperiksaan bermula pada pukul 3.
3:00 petang -Peperiksaan bermula. Soalannya agak senang kerana kami sudah pergi ke kelas tambahan semalam.
5:00 petang -Saya pulang ke asrama dan berehat.
7:30 malam -Solat berjemaah di surau,.
9:00 malam -Saya mengulangkaji di bilik. Kemudian, setelah penat, saya tidur..

Journal - 13 Mei 2014
Hari ini merupakan hari Wesak. Jadi, kami bercuti.. Yay !!!
9:00 pagi -Saya terjaga dari tidur kerana roomate saya menghempas pintu. Kemudian, saya terkejut dan saya tidak dapat tidur kembali. Saya bangun dari tidur dan mandi. Semasa saya sedang mandi, rakan saya mengetuk pintu tandas. Dia meyoal saya sama ada saya mahu menyertai kelas tambahan Matematik ataupun tidak. Saya hanya menjawab ya.
9:15 pagi -Kami bertiga pergi ke kelas tambahan. Rupa-rupanya, perempuan hanya ada kami bertiga iaitu kelas 1K1. Kelas lain tidak mahu mnyertai kelas tambahan tersebut. Di dalam kelas, cikgu memberi kami latihan dan mengulangkaji bersama cikgu.
12:00 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauknya adalah ikan bakar dan kuah pajeri. Saya sangat sukakan lauk itu. Selepas makan, kami pulang ke bilik masing-masing.
2:00 petang -5:00 petang -Saya mengulangkaji Biologi. Kami pergi ke bilik orang lain untuk mencari makumat. Ia sangat memenatkan.
5:30 petang -Saya berehat di bilik sambil mendengar lagu.
6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan. Lauk kali ini adalah tomyamh dan sambal telur. Itu juga merupakan lauk kegemaran saya. Selepas makan, saya naik ke bilik.
7:30 malam -Solat berjemaah di surau. Selepas solat Maghrib, kami meneruskan aktiviti semakan iaitu KuDu. Selepas itu, kami solat Isya' berjemaah.
9:00 malam -Saya menghafal nota Biologi yang telah saya sediakan petang tadi di bilik.
10:30 malam -Hari ini saya tidur awal kerana saya berasa sangat mengantuk....

Journal - 12 Mei 2014
Hari ini adalah hari yang menakutkan. Iaitu hari peperiksaan Fizik!! Hari ini kami menjalani ujian Fizik dan Bahasa Inggeris.
7:15 pagi -Saya tersedar dari tidur. Saya berasa amat terkejut kerana jam sudah menunjukkan pukul 7:15. Jam loceng saya tidak berfungsi hari ini. Saya tergesa-gesa bersiap untuk sarapan. Hari ini hari pertama peperiksaan peperiksaan.
7:30 pagi -Saya turun sarapan di Dewan Makan. Kemudian, selepas sarapan, kami mengulangkaji di Dewan Makan memandangkan masih ada masa. Kebanyakan orang takutkan peperiksaan Fizik.
8:30 pagi -Kami naik ke dewan peperiksaan. Peperiksaaan bermula pada pukul 9 tetapi kami perlu bersedia 30 minit awal di dewan peperiksaan.
9:00 pagi -Peperiksaan Fizik bermula. Pada mulanya, soalan-soalan agaka susah. Saya rasa seperti mahu menjerit kerana tidak ingat apa yang cikgu telah ajarkan kepada kami. Namun, soalan-soalan yang akhir-akhir agak mudah.
11:00 pagi -Peperiksaan tamat. Kami keluar dari dewan dan pergi ke Makmal Komputer.
12:30 tengahri -Makan tengahri di Dewan Makan. Lauknya dalah ikan goreng dan tomyam. Selepas makan, saya pulang ke bilik dan mengulangkaji Bahasa Inggeris.
2:00 petang -Kami pergi ke dewan peperiksaan untuk ujian Bahasa Inggeris. Ujian bermula pukul 2:30 petang.
2:30 petang -Ujian bermula. Soalan-soalannya agak mudah. Saya menjawab dengan lancar dan tenang.
3:30 petang -Saya selesai menjawab ujian. Kami dibenarkan keluar awal dari dewan peperiksaan. Sekali lagi kami menuju ke Makmal Bahasa. Di asrama, kami tidak mendapat Wi-fi.
5:00 petamg -Kami pulang ke asrama dan berehat.
6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan. Selepas makan, saya bersiap-siap untuk solat berjemaah.
7:30 malam -Solat berjemaah di surau perempuan. Selepas solat Maghrib, kami membuat acara 'KuDu' iaitu kuliah 2 minit. Setiap kelas dikehendaki membuat kuliah tentang ramadhan selama dua minit. Wakil dari kelas kami adalah Faten. Kemudian, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.
9:00 malam -Sepatutnya sekrang adalah waktu prep. Tetapi kami dibenarkan prep di bilik masing-masing memandangkan minggu ini adalah minggu peperiksaan. Saya mengulangkaji Biologi di bilik.
11:00 malam -Saya tidur walaupun saya tidak berasa mengantuk.

Monday, May 12, 2014
Journal - 11 Mei 2014
Hari ini hari Ahad... Hari yang menyedihkan kerana saya perlu pulang ke asrama. Tetapi hari ini merupakan hari pendaftaran kakak saya di Mestech Kajang.
6:30 pagi -Semua orang bangun dari tidur dan bersiap-siap.
7:30 pagi -Kami bertolak dengan menaiki kereta. Kami sampai di sana kira-kira 8:30 pagi. Kemudian, kakak saya mendaftarkan diri manakala saya dan mama duduk di luar. Selepas itu, kami bertolak ke bilik kakak saya. Biliknya terletak di tingkat paling atas. Semua orang kepenatan memanjat tangga. Semasa masuk, di dalam bilik tersebut tiada orang. Bilik tersebut memuatkan 8 orang termasuk kakak saya. Kemudian, kami turun kembali untuk mengangkut barang-barang kakak saya. Sekali lagi kami sangat penat kerana bilik itu terletak di tingkat paling atas. Selepas siap mengemas, jam baru menunjukkan pukul 11. Kami mengambil keputusan untuk membawa pulang kakakku terlebih dahulu memandangkan jarak antara tempat itu dengan rumah kami dekat.
Selepas itu, kami pulang ke rumah. Kami tidur sebentar kemudian saya melayari internet. Pada pukul 4:30 petang, kami bertolak dari rumah ke tempat kakak saya. Di sana ada banyak anak kucing yang comel. Saya bermain-main dengan mereka sementara menunggu kakak saya. Kemudian, kami bertolak ke tempat saya pula... Saya berasa amat sedih kerana terpaksa pulang ke asrama. Saya bersalam dengan keluarga dan melambai ke arah mereka. Kemudian, saya naik kebilik dan mengemas barang-barang saya.
9:00 malam -Sekarang adalah waktu prep. Tetapi disebabkan minggu ini merupakan minggu peperiksaan, kami dibenarkan untuk belajar di bilik masing-masing. Saya membaca buku Fizik. Kemudian, tepat pukul 11, saya tidur dengan nyenyak....
Journal - 10 Mei 2014
Hari ini saya sangat gembira kerana saya ada di rumah.
7:30 pagi -Saya bangun dari tidur. Saya masih mengantuk walaupun malam tadi saya tidur awal.
8:00 pagi -Saya menyerahkan kad hari ibu kepada mama. Mama kelihatan amat gembira.
Kemudian, saya belajar Fizik, Kimia dan lain-lain. Bebagai-bagai perkara saya lakukan di rumah termasuk bermain dengan kucing saya, bermain game, berbual-bual bersama ibu saya dan lain-lain.
Pada waktu petang, kami sekeluarga pergi makan KFC untuk menyambut Hari Ibu buat mama tersayang. Saya berasa amat gembira kerana dapat meluamgkan masa di rumah. Kemudian, kami pergi ke Tesco dn menuju ke kedai kegemaran saya iaitu D.I.Y. Saya membeli 4 barang di sana.
Pada waktu malam, saya berbual-bual dengan mama. Kemudian, kami tidur. Saya amat mengantuk. Hari ini hari yang sangat menggembirakan!!!!

Sunday, May 11, 2014
Journal - 9 Mei 2014
Hari ini hari Jumaat!! Hari kegemaran saya.
6:30 pagi -Jam loceng saya berbunyi dan saya segera bersiap-siap. Selepas itu, saya turun sarapan dan pergi ke perhimpunan.
8:00 pagi -Sepatutnya sekrang adalah waktu Pjk. Tetapi disebabkan cikgu tiada, kamiduduk di kelas dan menyiapkan kerja Kimia.
9:00 pagi -Kelas Bahasa Melayu. Cikgu juga tiada. Kami duduk di dalam Makmal Bahasa dan menulis blog masing-masing.
10:30 pagi -Kelas Matematik. Hari ini cikgu membuat ujian. Cikgu memberikan kami dua peluang. Pada cubaan pertama, saya mendapat 7/10. Pada cubaan kedua, saya mendapat 9/10.
11:30 pagi -Sesi spiritual circle. Kami bermain truth or dare. Siapa yang tidk dapat menjawab soalan yang disoal, dia akan didenda seperti menari ataupun Gwiyomi.
12:30 tengahari -Makan tengahari kali ini adalah nasi ayam. Selepas makan, saya ppulang ke bilik.
3:00 petang -Cikgu mengadakan kelas ganti Fizik. Cikgu menerangkan kami tentang graf yang akan dimasukkan dalam periksa Isnin hadapan.
5:00 petang -Mama datang mengambil saya. Yay!!! Sepatutnya minggu ini bukan minggu pulang bermalam, tetapi disebabkan esok dan lusa tiada elektrik di kawasan asrama kami, semua pelajar dibenarkan pulang.
9:30 malam -Kami sampai di rumah. Kesesakan jalan sangat teruk.
10:00 malam -Kami tidur kerana saya berasa sangat mengantuk.

Journal - 8 Mei 2014
8:00 pagi -Kelas Bahasa Melayu. Tetapi cikgu tiada. Jadi kami hanya duduk di luar Makmal Bahasa.
9:00 pagi -Kelas Fizik. Cikgu menerangkan cara untuk membaca graf.
10:00 pagi -Minum pagi. Kami makan kuih cara.
10:30 pagi -Kelas Kimia. Kami berbincang mengenai modul yang diberikan oleh cikgu.
11:30 pagi -Kelas English. Namun, cikgu tiada. Tangan cikgu baru sahaja dibedah. Jadi mungkin cikgu mengambil cuti.
12:30 tengahari -Makn tengahri.
1:30 petang -Saya dan rakan menghantarr kerja Biologi di bilik cikgu yang terletak di perpustakaan. Kemudian, kami menyiapkan kerja Fizik bersama-sama. Kemudian, rakan saya pergi ke kelas Bahasa Antarabangsa.
2:30 petang -Saya dan seorang rakan pergi ke Makmal Komputer untuk menyiapkan kerja PJK. Di asrama kami tidak mendapat Wi-fi.
4:30 petang -Saya dan rakan yang lain pergi menghantar kerja Fizik di Blok Pensyarah. Disebabkan cikgu tiada, kami menyelit kertas kami di bawah pintu bilik cikgu.
6:30 petang -Kami pergi ke Dewan Makan. Kami makan dengan cepat dan naik ke bilik masing-masing.
7:30 malam -Solat berjemaah di dewan. Selepas solat, kami bergerak ke kelas prep.
9:00 malam -Semua orang menyiapkan kerja Kimia. Selepas prep, saya pulang ke bilik. Di bilik, sekali lagi saya menyiapkan kerja Kimia. Kemudian, saya tidur.

Journal - 7 Mei 2014
6:30 pagi -Seperti biasa, saya bangun, sarapan dan perhimpunan.
8:00 pagi - 10:30 pagi -Sekarang adalah waktu kelas elektif. Disebabkan kami asas 1 masih tiada kelas, waktu itu adalah masa kami bebas. Kami hanya duduk di perpustakaan dan menyiapkan kerja Fizik.
10:30 pagi -Semua orang bergerak ke kelas. Hari ini semua guru ada mesyuarat. Di dalam kelas, dua orang rakan saya bergaduh. Namun, mereka bukan bertumbuk. Ramai yang menyaksikan pergaduhan mereka.
11:30 pagi -Sekarang adalah masa kelas Biologi. Tetapi digantikan oleh kelas English. Kami hanya berbual-bual dengan cikgu di dalam kelas.
12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauk hari ini adalah ayam goreng dengan sup. Selepas makan, saya masuk ke bilik saya.
2:30 petang -Kelas Muzik di Makmal Muzik. Hari ini cikgu menyoal kami tentang not yang kami sudah belajar.
3:30 petang -Kelas Seni Visual yang berhadapan dengan Makmal Muzik. Namun, setelah menunggu setengah jam, cikgu masih belum muncul. Kemudian, kami bertiga pergi ke dewan. Kami bermain sepa bola tenis. Kemudian, kami menuju ke Dewan Makan.
4:30 petang -Kelas Bahasa Antarabangsa German. Hari ini cikgu mengajar kami tentang plural form untuk alat-alat yang berada di dalam sekolah.
6:00 petang -Kelas tamat. Kami menuju ke Dewan Makan untuk makan petang. Selepas makan, saya segera naik ke bilik untuk membersihkan diri.
7:30 malam -Solat berjemaah di dewan.
9:00 malam -Hari ini ada ujian Biologi di Makml Seni. Semua orang berasa gementar dan semua orang membaca buku. Ujian itu hanya merangkumi 2 soalan karangan. Saya berjaya menjawab kedua-duanya dengan mudah.
10:00 malam -Ujian tamat dan saya pergi ke kelas prep. Di kelas, semua orang sibuk menyiapkan kerja Fizik, Kimia dan Biologi. Selepas prep, saya segera naik ke bilik dan tidur.

Saturday, May 10, 2014
Journal - 6 Mei 2014
Hari ini adalah hari Selasa!!!
6:30 pagi -Seperti biasa, saya bangun, sarapan dan pergi ke perhimpunan.
8:00 pagi -Kelas English. Tetapi, cikgu Biologi menggantikan kelas tersebut. Kami berbincang mengenai jawapan dalam modul yang cikgu minta untuk kami siapkan.
9:00 pagi -Hari ini ada ujian. Cikgu memberi kami masa 5 minit untuk mengimbas kembali buku. Selepas itu, kami menjawab ujian. Ujian itu hanya ada 10 soalan dan saya berjaya menjawab kesepuluh soalan dengan lancar.... Ngeee
10:00 pagi -Minum pagi. Kami makan kuih karipap dan secawan air milo.
10:30 pagi -Kelas Kimia di Makmal Kimia. Kami membincang soalan-soalan dalam modul al-kimiya.
11:30 pagi -Kami bergerak ke Makmal Fizik yang terletak hanya berhadapan dengan Makmal Kimia. Cikgu memberikan kami tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar pada hari Jumaat. Itu merupakan sebahagian daripada penilaian berterusan untuk peperiksaan pada minggu hadapan.
12:30 tengahari -Makan tengahari. Lauk hari ini adalah ayam masak merah. Saya sangat menyukainya. Selepas makan, saya pulang ke bilik.
2:30 petang -Kelas Biologi sekali lagi. Kali ini kami membincangkan jawapan modul yang kedua.
3:30 petang -Kelas tamat dan kami pulang ke bilik masing-masing.
4:30 petang - 6:00 petang -Kami, 1K1 belajar secara berkumpulan di bilik belajar yang terletak di tingkat bawah asrama. Kami menyiapkan kerja Fizik dan Kimia bersama-sama.
6:15 petang -Kami makan petang di Dewan Makan.
7:30 malam -Solat berjemaah.
9:00 malam -Kelas prep. Kebanyakan ahli 1K1 menyiapkan kerja Fizik kerana ia agak susah. Apabila saya tidak faham, saya akan bertanya orang lain. Namun, setiap orang mempunyai jawapan yang berbeza-beza. Selepas itu, saya pening kepala....
10:30 malam -Saya pulang ke bilik dan membaca novel. Sudah agak lama saya tidak melayari internet. Wi-fi di sini sangat perlahan sejak kebelakangan ini.

Journal - 5 Mei 2014
Hari ini adalah hari Isnin!!! Hari kegemaran saya kerana ada perhimpunan yang panjang.
6:30 pagi -Bangun pagi dan bersiap-siap untuk sarapan.
7:30 pagi -Saya pergi ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi. Pada minggu lepas, kami mengadakan kempen rubbish-o. Setiap kelas diminta untuk membersihkan kawasan yang diarahkan. Kelas kami membersihkan kawasan Fasa 1. Hari ini, angerah akan diberikan kepada kelas yang tempatnya paling bersih. Namun, kelas saya tidak mendapat anugerah itu... Selepas itu, anugerah bilik terbersih dalam setiap blok. Bagi blok saya, rakan sekelas saya yang memenanginya.
9:00 pagi -Kelas pembangunan diri. Kali ini kami dikehendaki untuk membentangkan adat dan makanan tradisional kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
10:30 pagi -Kelas Sejarah. Kami belajar tentang Bani Uthmaniyah.
11:30 pagi -Kelas Filosofi. Tetapi cikgu tiada jadi kami hanya berbual-bual di luar makmal.
12:30 tengahari -Makan tengahari. Hari ini saya langsung tidak berasa lapar. Selepas makan, saya pulang ke asrama.
2:30 petang -Kelas Matematik. Ia adalah antara matapelajaran kegemaran saya. Kali ini, kami belajar tentang pembagian dan pendaraban dalam algebra.
4:30 petang -Kelas tamat dan kami minum petang.
5:00 petang -Saya berehat di bilik dan membaca novel.
7:30 malam -Solat berjemaah di dewan. Selepas solat, saya pergi ke kelas prep. Semua orang mengulangkaji Sejarah kerana cikgu memberitahu kami bahawa esok ada ujian.
10:30 malam -Saya masuk ke bilik dan tidur...

Journal - 4 Mei 2014
Hari ini selepas solat Subuh, saya tidur kembali di katil. Saya pun tidak tahu mengapa saya begitu letih.
10:00 pagi -Saya terjaga dari tidur. Roomate saya masih tiada dari hari Jumaat lepas. Sedangkan minggu ini bukan minggu pulang bermalam. Dia langsung tidak memberitahu saya ke mana dia pergi.
12:30 tengahari -Makan tengahari di dewan. Hanya beberapa orang kelihatan di dewan. Selepas makan, saya dan rakan pulang ke bilik masing-masing.
1:30 petang - 3:30 petang -Saya mengulangkaji Fizik. Bagi saya, matapelajaran itu paling sukar. huh
4:00 petang -Mama sampai !! Mama datang melawat saya. Ada cheese cake, kuih ubi, kek fudge, strawberry, mi dan banyak lagi. Kmi berbual-bual sambil makan. Sya makan dengan banyk hingga saya tak mampu untuk bergerak lagi. Selesai makan, kami solat terlebih dahulu. Selepas itu, mama mahu pulang... Saya dan mama bersalam dan kereta meninggalkan perkarangan asrama.
6:00 petang -Makan petang di Dewan Makan. Hari ini dapat biskut oreo!!! Saya mengambil 2 bungkus biskut tetapi saya tidak mengambil air kotak.
7:30 malam -Solat Maghrib dan Isya berjemaah di surau perempuan.
9:00 malam -Prep di kelas. Saya melayari internet sambil mendengar lagu. Selepas prep, saya pulang ke bilik dan terus tidur...

Thursday, May 8, 2014
Journal - 3 Mei 2014
Hari ini saya berasa sangat gembira. Hari ini adalah hari Sabtu~!
9:30 pagi -Saya terjaga dari tidur. Saya agak terkejut kerana hari sudah siang.. Saya segera pergi ke tandas untuk membersihkan diri.
10:30 pagi -Saya menelefon ibu saya. Ibu saya sedang berada di Pulau Pinang.. Saya berasa sangat sedih kerana tidak dapat ikut sama kerana minggu ini bukan minggu pulang bermalam. Terasa rindu terhadap tempat saya membesar selama 11 tahun.
12:30 tengahari -Saya melayari internet. Tiba-tiba rakan saya mesej saya. Dia mengajak saya untuk makan tengahari. Kebiasaannya, ramai yang tidak sarapan pada hari minggu. Jadi, kami akan berasa lapar. Selepas makan, kami bermain piano yang terletak di sebelah Dewan Makan.
2:30 petang -4:30 petang -Saya mengulangkaji pelajaran di bilik. Selepas itu, saya tidur..
6:30 petang -Makan Petang. Lauknya adalah sambal telur dan ikan goreng.
7:30 malam -Solat Maghrib dan Isya berjemaah di surau yang terletak di tingkat bawah. Selepas solat Maghrib, kelas yang bertugas membuat tazkirah. Selepas itu, kami meneruskan dengan solat Isya' berjemaah.
9:00 malam -Saya mengulangkaji pelajaran di bilik. Kemudian, membaca novel dan tertidur...

Subscribe to:
Posts (Atom)