Tuesday, October 11, 2016

Latihan

Tulis ayat bagi setiap perkataan di bawah.
a) air mata - Berita sedih yang disampaikan oleh kakaknya menyebabkan dia perlahan-lahan mengalirkan air mata.
Kakak cuba mengesat air mata Huda, namun dia menepis menggunakan tangan kecilnya.
b) mata air - Mata air yang terdapat di lereng bukit itu digali oleh orang kampung untuk dijadikan telaga.
c) bunga kertas - Ibu membeli 3 pasu pokok bunga kertas di pasaraya yang terletak bersebelahan dengan rumah
d) kertas bunga - Banyak hadiah harijadinya dibalut dengan menggunakan kertas bunga.
e) pokok pangkal - Ayah terus memarahi adik tanpa mengetahui poko pangkal kejadian sebanar yang berlaku.
f) pangkal pokok - Adik membaca buku sambil duduk di pangkal pokok yang terletak di belakang rumah nenek.

Ayat songsang
a) Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif  itu telah diterangkan pihak penganjur sebentar tadi.
Diterangkan pihak penganjur sebentar tadi tentang syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif  itu.
b) Tersusun dengan kemas koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya di dalam almari perhiasan
c) Sungguh menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu.

Kesalahan ejaan dan imbuhan
a)ejaan: kommited.komited
imbuhan: pendapatan.berpendapatan
b)ejaan: strateji.strategi
imbuhan: perlaburan.pelaburan
c)ejaan: pehak.pihak
imbuhan: perkerjaan.pekerjaan

Kesalahan istilah dan tatabahasa
a)istilah: kumpulan.tenaga
tatabahasa: ke.kepada
b)istilah: sekuat.sedaya
tatabahasa: pakar-pakar.pakar
c)istilah: kredit kad.kad kredit
tatabahasa: yang.bahawa

Peribahasa
a) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
b) Kerana  nila setitik, rosak susu sebelanga
c) Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar


Tuesday, August 2, 2016

Latihan SPM

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi ayat saja tanpa mengubah susnan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siarana televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton  terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

Rumusan

LATIHAN 14        :               SARAWAK
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha membendung pencemaran alam
sekitar dan kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan
perkataan.
banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah
alam sekitar tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan
alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur. 


“Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang jahil ketawa.” Begitulah antara bait lagu Hijau dendangan Zainal Abidin. Seni kata lagu itu menceritakan kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan manusia. Sikap manusia memang menjadi faktor utama pencemaran alam sekitar. Buktinya, kini berlaku perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon, banjir kilat, kenaikan suhu global dan pencemaran udara serta air bertoksin. Ketika ini, pelbagai pihak tampil mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi media secara serius. Namun usaha tersebut masih di peringkat awal, kerana majoriti masyarakat seolah-olah belum peka dengan masalah alam sekitar. Banyak pihak yakin cara terbaik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” adalah tepat untuk usaha ini.
Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan termasuk mengasuh mereka menggunakan sumber alam secara berhemat terutamanya penggunaan air dan elektrik.Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Contoh yang lain, lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan lagi. Selain itu, menggalakkan mereka membuang sampah di tempat yang disediakan. Didik mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol, plastik, kaca, dan kertas. Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut. Malah, kita perlu mengajar anak-anak mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Cara ini boleh menambahkan tabungan. Didik anak-anak membuat baja kompos dengan sisa makanan. Baja tersebut digunakan untuk pokok bunga atau sayur-sayuran yang ditanam di halaman. Dengan ini, mereka akan turut dididik dengan konsep “berbakti kepada tanah.”

Majalah-majalah dan surat khabar boleh digunakan semula oleh anak-anak dengan cara mengumpulkan atrikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku skrap atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang menjadi minat mereka. Pendekatan ini akan membantu menjana pemikiran mereka. Terapkan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama dan dijadikan kraf tangan seperti beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubah suai menjadi tabung, bekas alat tulis, atau arca. Pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan   mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Cara ini dapat mendidik mereka menjadi pemurah selain menggalakkan mereka menyertai program berkaitan pemeliharaan alam sekitar, misalnya menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar.


Kita perlu sedar bahawa walaupun usaha tersebut kelihatan kecil tetapi jika semua orang melakukannya, usaha ini.banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah alam sekitar tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur. 

Jawapan:

Petikan membincangkan langkah-langkah membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia. 

Langkah yang pertama adalah dengan mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi media secara serius. Langkah kedua pula adalah memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Selain itu, kanak-kanak perlu diasuh untuk menggunakan sumber alam sekitar secara berhemat. Di samping itu, kita perlu sentiasa  menggalakkan mereka untuk membuang sampah di tempat yang disediakan. Yakni mendidik mereka untuk mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula. Akhir sekali, kita perlu menggalakkan kanak-kanak untuk mengumpul bahan buangan.

Antara kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih adalah kita dapat mengelakkan penipisan lapisan ozon. Kemudian, kita juga dapat menghirup udara segar walaupun di kawasan bandar.

Kesimpulannya, kita perlu segera bertindak untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

Monday, August 1, 2016

Latihan Tatabahasa

a) Tulis 1 ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah. Anda tidak dibenarkan menambah imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas:

1. kemas - Dia menyusun buku-buku latihan di rak buku dengan kemas dan teratur.

2. mengemaskan - Kakak menolong adik untuk mengemaskan barang-barangnya sebelum pulang ke asrama.

3. kekemasan - Ia merupakan tanggungjawab seorang pelajar untuk sentiasa menjaga kekemasan diri dan pakaian di sekolah.

4. harga - Pak Ali terpaksa menaikkan harga barangan runcit di kedai miliknya untuk menampung kos GST.

5. menghargai - Izzah sangat menghargai pemberian rantai emas daripada arwah ibunya yang meniggal pada tahun lepas.

6. penghargaan - Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' kerana sudi datang ke sekolah kami yang terletak di kawasan pedalaman ini


b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya

1. Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingg 2006.
Beberapa buah buku masakan tradisional telah dihasilkan oleh saya anatar tahun 2000 hingga 2006.

2. Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
Sayur-sayuran dibelakang rumah mesti disiram oleh kamu pada setiap petang.

3. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan
Latihan intensif selama 3 bulan dijalankan oleh Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.


c) Setiap ayat mempunyai kesalahan imbuhan dan kesalahan ejaan. Kenalpasti kesalahan-kesalahan tersebut.

1. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
Imbuhan: kemasyarakatan=memasyarakatkan
Ejaan: mendokong=mendukung

2.  Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
Imbuhan: di pantau=dipantau
Ejaan: melupuskan=pelupusan

3. Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
Imbuhan: mensasarkan=menyasarkan
Ejaan: prodaknya=produknya


d) Setiap ayat mempunyai kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa. Kenalpasti kesalahan-kesalahan tersebut.

1. Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut.
Istilah: Atur susun=Susun atur
Tatabahasa: dari=daripada

2. Keseluruhan-keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.
Istilah; membajak=menuai
Tatabahasa: Keseluruhan-keseluruhan=Keseluruhan

3. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
Istilah: pindaan=perubahan
Tatabahasa: setengah=sesetengah

Laporan International Future Scientist Conference (iFSC)

Pada hari Selasa hingga Khamis minggu lepas, Kolej PERMATApintar telah mengadakan iFSC iaitu International Future Scientist Conference.  Ia dihadiri dan disertai oleh pelajar daripada pelbagai sekolah. Seramai 96 orang pelajar Kolej PERMATApintar dari Tahap 2 turut menyertai persidangan ini. Temai iFSC pada tahun ini ialah 'breaking boundaries, shaping the future’. Persidangan ini berlangsung di Auditorium Kolej PERMATApintar.

Pelbagai sekoah dari seluruh Malaysia menyertai persidangan ini. Antaranya adalah:

1) Sekolah Menegah Sains Tuanku Munawir
2) MRSM Batu Pahat
3) SM Sains Banting
4) SMK Jalan Tiga
5) Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
6) Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
7) MRSM Baling
8) SM Sains TG Muhd Faris Petra
9) SBPI Rawang
10) Maktab Tentera Diraja
11) SBPI Gomak
12) Sekolah Sultan Alam Shah
13) Sekolah Tun Fatimah
14) Sekolah Menengah Sains Labuan
15) Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
16) SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru
17) Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
18) SMK Adela Kota Tinggi Johor
19) SMK Ulu Tiram
20) SJK Tamil Ladang Mount Austin
21) Kolej PERMATApintar Negara
22) ASASIpintar

Pelbagai kajian dalam bidang sains telah dijalankan oleh mereka antara tajuk-tajuk kajian mereka adalah:
1) Child Safety System
2) Hi-Sleep Shock
3) Universal Kool-Heat
4) Gas Volume Indicator
5) The Cytotoxicity Effect of Nephelium Lappaceum Leaves Extract on Human Cancer Cells
6) Waste Not: Used Cooking Oil a Miracle for Sound Absorbent as a Renewable Polymer from Composite
7) Ab-Trap'15
8) Making a Better High-Speed Camera
9) Miracle Under Your Feet
10) Kibo Balls the Salt Water Ball; How to Rescue An Aeroplane-Crashed Survivors
11) My Elaisexmino (MLX) A Solution to Oil Spills
12) Preliminary Evaluation of Durio Zibethinus Husk Extract As Potential Anti-Microbial Agent and Plant Growth Promoter
13) MiMP Detector
14) Hydro Pot 2.0
15) Bioartificial Filter
16) Producing Bioethanol From Oil Palm Leaves By Using Cellulase From Bacteria
17) Sertu Soap
18) From Waste to Wealth: Grange WCO Skin Cream
19) Application of Wind Turbines On Highways to Generate Wind Electricity
20) Application of Effective Microorganism For Sustainable Crop Production
21) Increasing Lipid Yields In Clhorella Vulgaris
22) CaCO Tiles
23) Citrullus Lanatus and Murraya Koenigii As a Solution To Dimishing Pigment of Hair
24) Fybrid
25) The Application of Different Processes In Water Treatment on Water Colour Wastage
26) Smart Rollator
27) Biodegradable Nursery Polybag Made of Ecology Waste
28) Smart Table
29) Reduction of Plastic Waste Using New Fabricated Biodegradable 'Infinity Spoon'
30) Effects of Music on Different Instruments And In Different Tempo to the Mental Concentration of Students
31) Low Cost, Effective and Environmentally Friendly Vermiculture Composting Method
32) Varicella Zoster Herbal Lactis
33) Rhodophyta Eucheuma Cottonii Bio Plastic
34) Study of Commonly Found Herbs in Malaysia And Its Ability of Anti-Mosquito Effect
35) Tapping Gravitational Potential Energy to Generate Electricity-Mini Hydro Electric Generator
36) The Relationship Between Anxiety, Depression and Stress with Academic Stress and Self-Concept Among ASASIpintar Students
37) The Link Between ASASIpintar Students' Resilience with Their Self-Esteem Level And Academic Performance.
38) Individuals with Autism Spectrum Disorder: Their Take on ASD
39) The Efficacy of Trastuzumab as Adjuvant Targeted Therapy In Preventing Cancer Recurrence Among HER-2 Positive Breast Cancer Patients
40) Exploring the Best Approach of Gaba Rice Production from UKM's Rice Varieties
41) The Determination of Sky Brightness at PERMATApintar Observatory
42) Effect of Lonizing Radiation on Plant

43) Forensic Analysis on Lipstick Trace by Using TLC and GC-MS
44) Laparoscopy Training Tools
45) The Effect of Chenodeoxycholic Acid On Efficiency of Dye-Sensitized Solar Cell
46) Metabolite Profiling and Biological Activities of Azadirachta Indica (A. Juss) Leaf Extract
47) Water Harvesting from Air
48) Bio Conversion of Empty Fruit Bunch (EFB) Agro Waste Using Cellulolytic Bacteria Isolated From Termite
49) The Preparation and Characterization of Functional Sago Startch
50) Synergistic Palm-Based Polyurethane System for 2D Decorative Ink
51) Smart Green Anti Corrosion Derived From Imperata Cylindrica In Oil and Gas Pipeline Applications
52) Analysis of Flavonoids in Commercially Available Lignosus Rhinocerus Dried Powder Extract by Reversed-Phase High Performance Liquid Chromatograph (RP-HPLC) 
53) The Consequences of Combining Fruit Towards Health
54) The Potential of Lansium Demosticum Leaves to Become The New Addictive Drugs And Its Effects Towards Human Nervous System
55) Absorption and Desorption Studies of CO2 by Cilia Gel Impregnated with Tetradecylamine
56) Smart Green Screen
57) Chicken Skin: Wastes or Resources?
58) Unlocking the Lipid Energy Stored In Plant Cell Walls
59) Replacement of Animal Fat with Red Palm Fat in Beef Burger
60) Genetic Identification of Dried Shark Fins from Sabah Markets
61) The Preliminary Studies of Wound Healing Properties of Impatiens Balsamina
62) Kombucha Skin Patch Hydrogel
63) Creating Pen Drive with Bluetooth Technology
64) From Garbage to Gold: An Alternative to E-Waste Management
65) The Uses of Complementary and Alternative Medicine Among Malaysian
66) The Dangers of Substances of Electronic Cigarettes Among Teenagers in Malaysia 
67) Dioscorea Hispida (Ubi Gadong) as a Natural Repellent
68) Effect of 1-Methyl 3-Propylimidazolium Iodine (MPII) On Bio-Based Polyurethane Gel Polymer Electrolyte For Solid-State Dye-Sensitized Solar Cell



       Pada hari pertama iFSC, terdapat majlis pendaftaran dan penghiasan pameran dari awal pagi hingga tengah hari. Pada sebelah petangnya pula, semua pelajar menyertai majlis perasmian iFSC 2016 . Terdapat ramai tetamu kehormat yang hadir dalam majlis perasmian tersebut. Mereka diiringi dengan paluan kompang daripada pelajar Seni Persembahan Asas 2. Kemudian, majlis disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita. Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada Prof. Dato' Dr. Noriah kepada semua pelajar dan tetamu jemputan. Selepas itu, terdapat sebuah video montaj tentang iFSC 2016. Setelah selesai video montaj, pelajar Seni Pesembahan Asas 3 membuat persembahan ghazal manakala Asas 2 membuat persembahan tarian dengan tajuk lagunya ' Dia Datang '. Setelah itu, majlis pun tamat.

       Pada keesokan harinya, bersamaan dengan 27 Julai, pada awal pagi terdapat pembentangan daripada seluruh kumpulan yang bertanding. Pelajar-pelajar yang tidak terlibat melawat pameran-pameran yang disediakan. Mereka juga dibenarkan mendapatkan maklumat daripada pelajar yang menjalankan penyelidikan untuk menambah ilmu pengetahuan masig-masing. Kebanyakan kumpulan membentangkan kajian yang sangat menarik.
       
Pada sebelah petangnya pula, terdapat bengkel daripada Prof Dr. Shahidan Radiman dengan tajuk bengkelnya ' my ramblings through Science: from Nanomaterials to Nuclear Structures to Cosmology and Blackhole physics '. Bengkel itu diadakan selama 2 jam sahaja. 


       Pada hari Rabu, iaitu hari terkhir program tersebut, seorang Profesor dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ) telah mengadakan sebuah bengkel. Selepas itu, terdapat majlis penutupan iFSC 2016.

     Majlis penutupan itu telah dihadiri oleh Naib Canselor UKM dan beberapa tetamu kehormat dan diiringi oleh paluan kompang pelajar perempuan Asas 3. Selepas itu, majlis disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita. Kemudian, Naib Canselor UKM memberi ucapan.. Seterusnya, mereka menayangkan video montaj sepanjang program tersebut berlangsung. Dari situ boleh dilihat gelagat-gelagat pelajar-pelajar semasa pembentangan, bengkel dan lain-lain. Selepas itu, penyampaian pingat untuk kesemua kumpulan yang menyertai pertandingan. Ada yang dapat pingat emas, perak dan gangsa. Di dalam senarai kumpulan yang memenangi pingat emas, terdapat empat kumpulan yang memenangi hadiah istimewa. 3 kumpulan daripada Kolej PERMATApintar. Selepas sesi penyampaian hadiah, terdapat sebuah persembahan tarian daripada pelajar Seni Persembahan Asas 2 iaitu tarian kaum Melayu, Cina, India dan Khadazan. Majlis penutupan International Future Scientist Conference ini tamat pada waktu tengahari.


Thursday, March 24, 2016

Sistem Ejaan Bahasa Melayu

  1. suratkhabar
  2. tengah hari
  3. campur tangan
  4. kemas kini
  5. temu bual
  6. pasar raya
  7. kraf tangan
  8. kubis
  9. lembap
  10. mergastua
  11. martabak
  12. pendeta
  13. tauge
  14. teladan
  15. komisen
  16. pensel
  17. pelan
  18. profil
  19. rebat
  20. spageti
  21. spesies
  22. agregat
  23. atlet
  24. baucar
  25. delegasi
  26. e-mel
  27. faksimile
  28. komersial
kata majmuk mantap - 12

Monday, February 15, 2016

Gaya Bahasa di dalam Bajet 2016

ASONANSI 
"Saudara-saudari serta Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian"

ALITERASI 
"Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit"

ANAFORA
"Sekali air bah, sekali pantai berubah"

METAFORA
"Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup"

PENGULANGAN
"berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing"

HIBRID
"Disebut orang sejak dahulukala"

BAHASA ARAB
"We have done it before, Insya-Allah, we can do it again."

IRONI
"Berdiam dirilah daripada berkata-kata yang bukan-bukan, namun bersuaralah kepada
perkara yang berguna"

DIKSI
"Untuk terus membela untung nasib para pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi"

PERIBAHASA
"ibarat api dalam sekam"

Bajet 2016

Pada tanggal 23 Oktober 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang juga merangkap menteri kewangan Malaysia telah membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat Parlimen. Bajet 2016 ini merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia sangat penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan. Bajet 2016 memfokuskan untuk memperkukuh pertumbuhan negara dan memperluas keterangkuman negara. Bajet yang bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” ini telah bersiaran secara langsung di seluruh stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia.

Antara isi-isi ucapan Dato’ Seri Najib adalah penyediaan RM180 juta bagi pengurusan bencana alam. Malaysia kerap kali dilanda bencana terutamanya banjir ketika musim tengkujuh. Wang yang disediakan itu diharapkan mampu membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Kerajaan juga ada menyediakan RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11000 rumah daif. Kebanyakannya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Selain itu, kerajaan juga akan memantapkan SPRM. SPRM merupakan suruhanjaya yang dilantik untuk mencegah kegiatan rasuah di Malaysa. Kita perlu memerangi rasuah yang turut digelar pemusnh sesebuah negara. Selain itu, kerajaan juga akan membina 175 ribu unit rumah PR1MA dan dijual dengan 20% di bawah harga pasaran. Harga pasaran rumah pada masa kini yang agak tinggi turut membebankan beberapa golongan akyat.

Seterusnya, gaji permulaan pekerja Perkhidmatan Awam akan dinaikkan kepada RM1200 sebulan. Memandangkan harga barang runcit sudah semakin tinggi, pendapatan rakyat juga perlu dinaikkan. Kejadian jenayah di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Hal ini membimbangkan ramai pihak. Justeru kerajaan telah mengambil tindakan dengan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam.

Harga barangan runcit kerap kali membuat rakyat mengeluh Justeru kerajaan mengambil tindakan dengan melepaskan pendapatan cukai GST terhadap bebrapa barangan asas dan makanan. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah pula, nilai duit BR1M akan ditingkatkan kepada RM1000.

Untuk membantu para usahawan kecil India yang bekerja untuk menyara keluarga, SME Bank telah tampil membantu dengan memperuntukkan RM50 juta untuk kemajuan usahawan kecil India. Orang Asli juga tidak terlepas dari pandangan kerajaan. Sebanyak RM300 juta telah disediakan untuk kemajuan dan kebajikan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kaasan pedalaman.

Sebagai seorang warganegara yang setia, kita sepatunya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan. Namun, masih terdapat beberapa kekuranga. ynag perlu dibaiki buat masa hadapan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlu berfikir cara-cara untuk memajukan negra kita, Malaysia yang tercinta.

Monday, January 25, 2016

Ciri-ciri Bahasa Melayu Tinggi

  • ·         bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, tatabahasa dan juga penggunaannya
  • ·         digunapakai dalam situasi rasmi ataupun formal
  • ·         menggambarkan konsep pemikiran yang teknikal dan pada tahap yang tinggi
  • ·         melambangkan peradaban bangsa
  • ·         bahasa yang sempurna dan bukan bahasa perbualan yang digunapakai di rumah.
  • ·         mempunyai dua aspek penting iaitu mematuhi aspek peraturan Bahasa Melayu dan juga peraturan budaya
  • ·         meningkatkan martabat Bahasa Melayu
  • ·         lebih mudah difahami dan menjadi asas rujukan 

Friday, January 22, 2016

Rumusan

Petikan membincangkan kesan kenaikan harga barangan keperluan harian di negara kita.

Antara kesan kenaikan harga barangan keperluan harian di negara kita adalah para peniaga mengambil peluang dengan menjual barangan mereka dengan harga yang lebih tinggi. Kedua, beban tanggungan sesebuah keluarga juga semakin berat.  Ketiga, nama baik kerajaan diburuk-burukkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka beranggapan bahawa kerajaanlah yang menaikkan harga barang keperluan harian dengan begitu tinggi.  


Antara langkah kerajaan untuk menangani masalah ini adalah dengan memberi denda yang lebih tinggi kepada para peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati mereka. 

Kesimpulannya, kerajaan mestilah mengambil tindakan tegas untuk mengawal tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab.


Wednesday, January 13, 2016

Berita Re-Orientasi Pusat PERMATApintar Negara

SELASA, 5 Januari 2016 - Pusat PERMATApintar Negara telah menyediakan sebuah program re-orientasi sempena menyambut kedatangan para pelajar bagi sesi pembelajaran tahun 2016. Tujuan program tersebut adalah untuk mamastikan pelajar bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menuntut ilmu di pusat pengajian tersebut.
Seramai 210 orang pelajar Asas 2, Asas 3 dan Tahap 2 menyertai program tersebut. Para pelajar disediakan dengan sesi ceramah, pengenalan dan juga taklimat yang berkaitan dengan sesi kaunseling, kurikulum dan juga ko-kurikulum. Pengarah pusat pengajian tersebut turut menyampaikan ceramah dan kata-kata semanat buat para pelajarnya. Pelajar juga bergotong-royong membersihkan kelas masing-masing. Setelah 2 hari sesi re-orientasi, pelajar kembali ke sekolah seperti biasa,

Saturday, March 7, 2015

Journal - 6 Mac 2015

          Hari ini merupakan hari peperiksaan paling sukar yang pernah saya lalui sepanjang hidup. Matapelajaran yang akan diperiksa hari ini adalah Biologi, Fizik dan Bahasa Melayu. Saya sudah mengulangkaji matapelajaran tersebut sejak hari Khamis lagi. Walaupun sudah mengulangkaji dari awal lagi, saya berasa amat takut. Bahasa Melayu yang kami pelajari bukannya Bahasa Melayu tahap sekolah menengah namun ianya pada tahap universiti.

        Biologi - banyak yang perlu difahami dan dihafal. Apa yang ada dalam perut lembu, perut arnab dan perut manusia. Apa yang terjadi bila kekurangan nutrisi?

         Fizik - Walapun dalam fikiranku senang, apabila masuk ke dalam auditorium, fikiranku kosong seperti saya tidak membaca apa-apa semelum ini. Urghhhhh

         Bahasa Melayu - Saya perlu menghafal tatatingkat tatabahasa, jenis-jenis tatabahasa dan berbagai-bagai.

Pada waktu peperiksaan, semua orang diam kerana sedih, kecewa ataupun takut. Sekian dari saya.

P/S: Bio susah.

Sunday, March 1, 2015

Journal - 1 Mac 2015

          Pada hari ini saya bangun pada pukul 8 pagi. Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan. Pada hari ini kolam renang akan dibuka untuk mandian. Untuk perempuan, kolam dibuka pada pukul 8-12 pagi. Jadi, saya segera bangun mengejutkan rakan saya dan bersiap-siap untuk ke kolam. Sepatutnya, semua pelajar perlumengikuti kelas renang. Namun, disebabkan saya telah memasuki Kelab Renang pada tahun lepas, jadi saya sudah mempunyai skill jadi saya tidak perlu menghadiri kelas tersebut lagi.
                                                     
         Sebaik sahaj sampai di kola, kami terus terjun. Airnya tidaklah sejuk dan tidak panas. Kami berenang-renang dan adakalanya pergi ke tempat paling dalam. Tempat paling dalam itu ketinggiannya hampir dua kali ketinggian saya. Pernah sat ukali saya hampir lemas. Saya dan rakan menyelam, melompat dan meredah air.

        Pada pukul 12 tengahari, kami keluar dari kolam, membersihkan diri dan menukar pakaian. Kami menuju ke Dewan Makan untuk makan dan pulang ke bilik dan terus tidur. Saya melayari internet terlebih dahulu dan seterusnya tidur....


Journal - 13 Februari 2015

          Hari ini semua pelajar menyambut Tahun Baru Cina. Kami dikehendaki untuk pergi ke auditorium. Kami berkumpul di hadapan auditorium sebaik sahaja selesai perhimpunan. Kami masuk ke dalam dan bermulalah persembahan dari pelajar Asasi dan PERMATApintar.

          Pelbagai persembahan diadakan antaranya tarian tali, tarian singa dan macam-macam lagi. Namun, aktiviti yang paling saya sukai adalah tarian singa. Mereka berdua sangat comel. Mereka mebuat pelbagai aksi termasuk aksi duduk sampai menggaru kepala dan mengelipkan mata.


         Kemudian singa-singa tersebut melemparkan buah limau kepada penonton. Namun, saya tidak mendapat walupun sebiji.

Journal - 9 Februari 2015

          Hari ini merupakan hari Isnin. Jadi kami perlu memakai uniform sekolah. Perhimpunan dijalankan di hadapan blok pentadbiran. Tempat di situ sangat panas dan kami selalu berubah-rubah tempat duduk. Kami sering merayu untuk perhimpunan hanya diadakan di Dewan Serbaguna. Kemudian, pada sebelah petangnya pula saya bermain carrom. Minggu ini merupakan minggu aspirasi pelajar. Pelajar dikehendaki untuk memilih satu permainan untuk disertai. Jadi saya memilih permainan carrom.

           Pada pusingan pertama, kami bermain sebanyak 4 orang di satu papan carrom. Pada pusingan tersebut, saya dan seorang lagi menang. Saya dapat pergi ke pusingan seterusnya. Saya bertarung buat kali kedua. Namun, nasib tidak menyebelahi saya. Saya kalah pada pusingan kedua.

          Namun, tidak mengapa kerana rakan saya turut kalah. Kami bermain-main di luar dewan. Kemudian, kami bermain di atas bumbung hijau di belakang asrama perempuan. Selepashampir pukul enam, kami turun dan pergi ke Dewan Makan dan makan malam.


        Saya bersiap-siap untuk solat dan pergi prep. Pada hari ini saya tidur agak awal.

Journal - 6 Februari 2015

         Pada hari ini, kaum Cina telah mengadakan explorace Tahun Baru Cina. Tepat pada pukul 2:30 petang, semua pelajar telah pun berkumpul di Dewan Serbaguna. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

         Satu kumpulan mempunyai kira-kira 40 orang ahli. Dalam kumpulan saya, terdapat hanya dua orang Asas 2 perempuan iaitu saya sendiri dan Zairin Zulaikha. Kami menjadi 'partner' tetap di dalam kumpulan tersebut.

         Selepas beberapa minit menuggu, akhirnya explorace pun bermula. Pelbagai tempat yang perlu kami tujui. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di setiap checkpoint. Antaranya adalah menulis tulisan kaligrafi, melukis pokok menggunakan teknik tiupan, lucky knot, tongue twister, membentuk dengan menggunting kertas, mengutip kacang menggunakan chopstick, membuat tanglung. Saya berasa sangat gembira kerana dapat membuat aktiviti itu bersama orang yang saya sayangi.

         Selepas aktiviti explorace, semua orang kelihatan sangat penat dan ramai yang tidur.

Peta Minda Nota Tatabahasa 2


Peta Minda Nota Tatabahasa 1


Peta Minda Kuliah Tatabahasa 3


Peta Minda Kuliah Tatabahasa 2


Peta Minda Kuliah Tatabahasa 1




Journal - 19 Januari 2015

         Hari ini saya bangun awal pagi. Ini kerana saya bersemangat untuk menerima kehadiran roommate baharu. Hari ini merupakan hari pendaaftaran pelajar baharu. Pada pukul 8 pagi, semua ahli perempuan batch saya turun dan makan bersama. Kami dikehendaki untuk menyampaikan 'speeech choir' kepada ibu bapa pelajar baharu. Kami membuat persembahan dengan baik sekali sehinggakan sampai sekarang masih lagi dipuji.

         Selepas membuat persembahan, kami membantu budak baru untuk mengangkat beg mereka ke tingkat atas. Roommate saya sampai lalu saya memberitahu dia bahawa saya adalah roommate dia. Ahhhhhhhhhh

         Selepas penat mengangkat barang, Kami eberhat di bilik masing-masing bersama roommate masing-masing. Saya berasa amat letih dan tertidur sehingga waktu Maghrib.


Journal - 15 Januari 2015

        Hari ini, buat kali keempat kami diadakan program re-orientasi pelajar lama. Namun, aktiviti hari ini sangat istimewa kerana kami perlu membawa banyak baju ke Dewan Serbaguna untuk program tersebut. Pada mulanya, pada waktu petang, kira-kira 40 minit sebelum program tersebut dijalankan, semua pelajar diarah untuk membawa seluar, baju, kain batik, stokin, baju krung dan banyak lagi ke Dewan Serbaguna.

          Semua pelajar amat terkejut dan pelik. Sebaik sahaja sampai di sana, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian, semua diminta untuk melipat kain masing-masing. Kemudian, kami diarahkan untuk menyusun kain-kain kami dan mencampurkan semuanya. Kemudian, terdapat juri yang datang dan mengambil marakah.

          Selepas markah diambil, kumpulan saya mendapat markah paling sedikit. Rupa-rupanya, ia disebabkan oleh kami tidak menyusunkain-kain terseebut mengikut jenis dan saiz lipatan. Aktivit tersebut memberi tamparan hebat kepada saya. Semenjak itu, saya akan menyusun baju saya dengan lebih rapi dan kemas.

Saturday, February 28, 2015

Journal - 12 Januari 2015

Hari ini merupakan hari yang paling sedih kerana setelah sebulan lebih saya beradadi pangkuan keluarga, hari ini sayaakan kembali bersekolah seperti biasa.

6:00 pagi- Kami sekeluarga bangun dari tidur. Saya amat sedih untuk meninggalkan keluarga.

6:30 pagi- Saya makan bersama ibu. Ibu kurang sihat jadi ibu hanya memasak yang mudah. Namun, ia tetap sedap. Saya berbual-bual dengan ibu sambil merayu-rayu untuk tidak dihantar ke asrama. Namun, ibu menasihati saya, kalau saya tidak sekolah sini, siapa lagi anak ibu yang akan membawa ibu pergi ke luar negara nanti?

7:00 pagi- Saya dan kakak mengangkat barang-barang saya ke dalam kereta.

8:00 pagi- Kami bertolak ke Pusat PERMATApintar Negara.

9:00 pagi- Kami sampai di Pusat PERMATApintar Negara. Saya mengundi nombor bilik. Tidakkkkkkkk. Saya mendapat bilik di tingkat 4. Ia amat menyeksakan jiwa dan raga.

10:00 pagi- Setelah selesai berpenat-lelah mengangkat barang ke tingkat 4 bersama ibu, ibu bapa saya perlu berjumpa dengan guru kelas saya untuk mengetahui pretasi saya.

10:30 pagi- Setelah selesai berbincang dengan guru kelas saya, kini tibalah masa yang paling tidak dinanti-nantikan. Saya amat sedih ketika bersalaman dengan ibu dan ayah. Saya melambai-lambai buat kali terakhirsebelum mereka hilang dari pandangan saya.


Journal - 13 Disember 2014

Pada hari ini, saya perlu bangun awal kerana kami ingin bertolak ke kampung ibu saya. Saya amat bersemangat dan gembira.

5:00 pagi- Saya terjaga dari tidur dan turun ke bawah. Sebelum itu, saya mengejutkan kakak-kakak dan abang saya. Kemudian, sebaik sahaja sampai di bawah, hidung saya terbau makanan yang sangat enak. Rupa-ruanya itu merupakan ibu saya yang tersayang sedang memasak sosej, nuget dan ayam untukmenjadi bekalan kami di dalam perjalanan nanti. Tiba-tiba saya berasa sebak. Ibu saya sanggup bangun awal pagi semata-mata mahu memasak untuk kami? Alangkah indahnya hati seorang ibu.

5:10 pagi- Ibu menyuruh saya mandi. Saya berlari ke tandas kerana bimbang adik-beradik saya akan memasukinya terlebih dahulu. Selepas mandi, saya bersiap-siap dan mengangkat beg pakaian ke dalam kereta.

6:00 pagi- Kami bertolak selepas solat Subuh.Perjalanan kami mungkin memakan masa selama 6 jam.

9:00 pagi- Kami singgah di kampung ayah saya. Kemudian, kami menyambung perjalanan.

12:30 tengahari- Akhirnya kami sampai. Perjalanan amat memenatkan. Selepeas kami sampai, kami pergi makan di Restoran Nasi Kandar Kayu. Saangat sedap.

Thursday, November 13, 2014

Journal - 13 November 2014

Hari ini saya menduduki peperiksaan Muzik. Ia agak susah kerana saya terlupa untuk membaca bahagian tangganada tanpa tandanada. Ia agak memeningkan jadi saya rasa bosan lalu saya menghantar kertas tersebut kepada pegawas peperiksaan. Sorry cikguuuuuu..

Journal - 12 November 2014

Hari ini saya menduduki peperiksaan seni visual. Saya diberi enam pilihan dan diminta untuk memilih salahh satu soalan dan melukisnya di kertas lukisan yang disediakan. Saya memilih untuk melukis seekor labah-labah yang hendak makan dua ekor tebuan yang terperangkap di sarangnya. Saaya berasa sangat  gembira ketika melukis lukisan tersebut.

Journal - 11 November 2014

           Yay!!!! Esok sudah hari Rabu. Pada hari Jumaat ini, saya akan pulang ke rumah dan bercuti selama 6 minggu iaitu sebulan setengah!!!! Saya rasa tidak sabar untuk menghabiskan kesemua peperiksaan saya...

Journal - 10 November 2014

Hari ini merupakan hari Isnin. Rakan saya ada yang menduduki peperiksaan. Mereka yang menduduki peperiksaan adalah pelajar Bahasa Antarabangsa Mandarin, Bahasa Antarabangsa Perancis dan Bahasa Antarabangsa Arab. Saya mengambil Bahasa Antarabangsa Jerman jadi saya tidak menduduki apa-apa peperiksaan hari ini. Namun, esok adalah Bahasa Antarabangsa Jerman. Jadi, saya perlu mengulangkaji dan tidak boleh tidur... :P

Journal - 1 Oktober 2014

Hari ini merupakan hari Rabu. Sya bangun pada pukul 6 pagi dan segera bersiap-siap untuk sarapan. Seterusnya, saya bergerak ke tapak perhimpunan kerana hari ini saya akan menjadi pengacara majlis.

Journal - 27 September 2014

          Hari ini saya pergi ke sekolah dengan gembira. Pada mulanya, saya pergi ke perhimpunan. Kemudiannya, saya segera bergerak ke kelas. Saya suka matapelajaranMatematik!!!

Tuesday, October 28, 2014

Pencemaran Alam Sekitar - Pandangan Penulis

       Pada pendapat saya, saya agak geram tentang pencemaran alam sekitar. Bagi saya, pencemaran tidak patut berlaku di muka bumi yang merupakan tempat kita bernafas, makan, berehat, bermain dan melakukan aktiviti harian. Pihak yang bertanggungjawab atas pencemaran ini adalah siapa yang melakukan pencemaran ini. Contohnya di Indonesia. Pihak Indonesia tidak patut untuk membakar hutan mereka. Sungguhpun hutan itu terbakar dengan sendirinya, pihak Indonesia patut berusaha untuk memadam kebakaran tersebut. Dengan itu, lapisan ozon tidak akan menipis dan bumi akan lebih selamat.

       


       Untuk meneruskan hidup, kita memerlukan air, udara dan tanah. Namun, kita merupakan manusia yang membuat pencemaran dan sekaligus merosakkan sumber kehidupan kita. Contohnya, Kita memerlukan udara untuk bernafas, namun kita masih membuat pembakaran terbuka. Asap yang terlalu banyak merupakan punca sesak nafas, asma, lelah dan paru-paru. Asap yang naik ke udara akan berkumpul di sekeliling awan. Jika hujan turun, asap tadi akan dibawa turun juga lalu akan menyebabkan hujan asid. Hujan asid akan menghakis bangunan-bangunan yang telah dibina oleh arkitek-arkitek. Kita sendiri yang memusnahkan hasil kerja sendiri. Itu merupakan perkara yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Hujan asid yang turun juga menyebabkan hakisan tanah.

       






       Seterusnya, hujan asid yang turun tadi mungkin akan memasuki takungan air bersih. Air itu akan diproses dan akan diminum oleh kita sendiri. Air tersebut akan menghakis perut kita ataupun kita akan jatuh sakit. Ini bermaksud, pencemaran membawa kepada kemusnahan muka bumi dan juga kepupusan manusia kerana lapisan ozon terlalu nipis dan tanah di muka bumi sudah terhakis dan pencemaran juga membawa  kepada kepupusan manusia kerana ramai manusia akan jatuh sakit dan meninggal.

       



       Pada pendapat saya, kerajaan patut memperketatkan undang-undang kepada sesiapa yang membuat pembakaran terbuka walaupun secara kecil-kecilan, dan juga untuk sesiapa yang melakukan pencemaran alam. Pencemaran alam terbahagi kepada tiga, iaitu pencemaran air, udara dan tanah. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar untuk diri sendiri dan juga generasi akan mendatang    :)




Saturday, September 27, 2014

Jurnal - 26 September 2014

                   Hari ini merupakan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat!!! Hari ini waktu pembelajaran agak meriah kerana kelas saya membuat pertandingan bermain chess semasa ketiadaan cikgu. Kami dibahagi kepada empat kumpulan dan semua bertanding mengikut giliran. Saya mendapat lawan yang sangat hebat bermain chess iaitu Aiman. Kami bertanding dan sudah tentu pemenangnya adalah lawan saya sendiri iaitu Aiman. Walaupun saya kalah dalam perlawanan tersebut, saya tetap berasa gembira kerana dapat bermain chess. Selepas pusingan pertama dijalankan, pusingan semi-final pula dijalankan. Namun, masa tidak menyebelahi kami. Sudah sampai waktu untuk ke Spiritual Circle bersama Kak Fatin. Sebelum ke sesi ke Spiritual Circle, kami sempat bergambar bersama-sama sebagai ahli 1K1. Ini gambarnyaaaa



Selepas itu, kami berlari ke Dewan Makan untuk kami sudah terlambat untuk sesi Spiritual Circle.Sebaik sahaja sampai di sana, Naqibah kami, KakFatin mengajak kami mengambil makanan tengahari terlebih dahulu. Sambil-sambil itu kami boleh menjalankan aktiviti. Selepas semua orang sudah mengambil makanan, kami bermain 'Truth or Dare'. Mangsa pertama adalah Faten. Dia memilih truth. Mangsa kedua adalah Kak Fatin. Dia juga memilih truth. Kemudian, mangsa seterusnya dalah saya!!!! Saya juga mengambil pilihan truth kerana bimbang mereka akan memberikan dare yang susah kepada saya. Selepas itu, Faten Nabihah pula menjadi mangsa. Kebanyakannya memilih truth. Namun, mangsa yang sudah kali kedua dipilih tidak boleh memilih yang sama seperti kali pertama. Tiba-tiba sekali lagi saya menjadi mangsa. Jadi saya WAJIB memilih Dare. Aduuhhhh

      Saya membaca doa agar mereka tidak memberikan dare yang susah kepada saya. Tiba-tiba ada suara yang menyuruh saya mengetuk gong yang terletak di hujung Dewan Makan. Tidakkk... Pernyataan itu disokong ramai orang. Aina secara sukarela mahu menemani saya kerana dia tahu saya malu. Jadi saya pergi kerana saya fikir gong itu hanya berbunyi perlahan. Saya berdiri di sebelah gong dan mengetuk bahagian tengah gong besar tersebut. Dengan ttidak semena-mena puluhan kepala yang berada di dalam Dewan Makan berpaling ke arah saya. Saya berasa amat malu bercampuur takut dan gemuruh. Saya membaling pemukul gong tersebut dan berlari ke tempat duduk saya. Semua muka memandang saya kerana mungkin mereka fikir saya mahu membuat pengumuman. Ahli usrah saya semuanya mentertawwakan saya. Perkara itu amat memalukan dalam hidup saya............ Namun, saya masih gembira kerana hari ini hari Jumaat iaitu hari kegemaran saya. Assalamualaikum dan babaiiiiii. Rindu mam.... :'(

Journal - 24 Ogos 2014

           Hari ini merupakan hari jadi saya~ Namun, hari jadi kali ini agak menyedihkan dan tidak seronok kerana saya tidak dapat menyambutnya bersama keluarga... Nenek saya di kampung tidak sihat jadi semua ahli keluarga saya pulang ke kampung dan meninggallkan saya di sini  :'(
Perkara yang semakin menambah kesunyian adalah saya ketiadaan roommate  :'(
Ha!! Lagi satu saya mahu beritahu, saya dapat roommate baru pada semester ini~ Perasaan bersyukur membuak-buak dalam hati saya.
Kak Afiqah pulang ke rumah bersama keluarga dia... Jadi, kesimpulannya, saya berseorangan disini menyambut hari jadi sendiri. Namun, saya agak sedih apabila mengenagkan umur saya semakin meningkat dan tanggungjawab saya semakin banyak. Saya perlu lebih berdikari,lebih bertanggungjawab dan perlu matang.Tidak!!!

6:21 pagi- Mama menelefon saya. Mama mengucapkan selamat hari jadi dan menyuruh saya supaya segera solat Subuh :). Hihi... Sebenarnya saya terlupa mengunci jam untuk solat Subuh. Jadi, saya terus bangun dan menunaikan kewajipan saya. Kemudian, saya tidur kembali kerana mengantuk...

7:32 pagi- Kakak kedua saya menghantar pesanan ringkas yang berbunyi " Hani!! Happy Birthday. May God bless you n belajar rajin2. Saya mengucapkan terima kasih dan menyambung tidur kembali. Katil saya dirasakan sangat empuk.

8:40 pagi- Rakan sekelas saya, Aina menelefon saya."Hani!!! Happy Birthday to you... Happy Birthday to you........... ..." Saya berasa terharu dgn nyanyian dia dia :). Kemudian, saya mengucapkan terima kasih dan dia berjanji untuk membelanjakan saya air di Dewan Makan semasa makan tengahari sebagai hadiah hari jadi. Seperti kebiasaan, saya tidur kembali.

9:08 pagi- Dua orang rakan saya, Wardina dan Athirah Nazirah datang ke bilik dan menyanyikan lagu hari jadi. Kemudian, kami berbual-bual...

12:41 tengahari- Saya menerima pesanan ringkas dari roommate saya. Dia megucapkan Selamat Hari Jadi dan meminta maaf kerana dia tidak mengetahui hari ini adalah hari jadi saya.

      Pada sebelah malam, prep berjalan seperti biasa. Jadi selepas solat saya bersama seorang rakan saya berjalan bersama-sama ke kelas. Tapi agak memelikkan, apabila sampai ke kelas, tiada seorang pun dan lampu kelas masih tertutup. Saya segera masuk tetapi tiba-tiba terdengar suara rakan-rakan saya menyanyikan lagu hari jadi. Saya masih keliru dan saya tidak tahu mahu menunjukkan reaksi apa jadi saya hanya ketawa dan duduk di tempat saya. Kemudian Aina memberikan saya sebuah buku tentang muzik sebagai hadiah hari jadi. Saya mengucapakan terima kasih dan senyum lebar.

      Kemudian selepas 30 minit, Mariam dan Wardina datang dan memberikan saya sebungkus hadiah beserta satu sampul duit raya~~ Kemudian Faten pula memberikan saya sebuah buku nota kecil yang comel. Saya bersa amat gembiraaaaaaa








Sunday, June 22, 2014

Kem Pengurusan Bencana

       Wahhhh..Hari ini saya berasa sangat lega. Malam tadi saya telah tidur selama 9 jam... Wahahaha. Mulut saya yang sudah 2 minggu sakit pun sudah sembuh secara mengejut pada malam tadi.

                        Sebenarnya, saya telah menyertai satu kem yang dikenali sebagai pengurusan bencana. Kem itu diadakan selama 3 hari 2 malam di Kempville Beach Resort bermula dari hari Jumaat.

JUMAAT

Kami bertolak dari Kolej PERMATApintar Negara pada pukul 8:30 pagi. Sebanyak 6 buah bas dan 3 buah kereta menyertai rombongan kem ini. Sebahagian dari ahli kelas 1K1 termasuk saya menaiki bas pertama. Pada mulanya, saya sudah berjanji untuk duduk di sebelah Faten, namun keadaan tidak mengizinkan. Jadi saya duduk di sebelah Mariam. Mengikut anggaran, kami akan sampai di sana pada pukul 1 petang.

       Kami berhenti di R&R banyak kali. Saya pula tidak dapat tidur di dalam bas. Anggaran kami tidak tepat. Jam sudah menunjukkn pukul  setengah. Kami sudah memasuki negeri Pahang namun bas membelok ke kiri. Rupa-rupanya, pemandu bas terlupa untuk berhenti solat Jumaat. Jadi, kami hanya meneruskan perjalanan ke masjid seterusnya. Apabila terjumpa masjid, kami berhenti dan lelaki pergi menunaikan solat Jumaat. Manakala perempuan pula pergi ke kedai minyak berdekatan untuk membeli makanan.


       Kami sampai di Kempville Beach Resort pada pukul 3 petang. Sangkaan saya selama ini meleset sama sekali. Pada sangkaan saya, kami akan berkhemah di pantai yang sangat cantik. Tetapi, sebaik sahaja sampai, kami hanya nampak tasik yang kotor dan 8 buah khemah kenduri. Komander meminta peajar lelaki untuk mengemas khemah perempuan dan juga lelaki. Manakala perempuan pula pergi membersihkan diri.
Rupa-rupanya, pelajar perempuan perlu mandi di chalet yang teretak di bahagian luar kawasan khemah kami. Ia agak jauh.

         Selepas kami pulang dari chalet, pelajar lelaki sudah siap membersihkan khemah kami. Di dalam khemah tersebut sangat panas.

Pada waktu malam, kami menyertai aktiviti ice breaking. Namun, saya tidaktekunmendengar kerana terlalu mengantuk.


SABTU

Saya bangun dari tikar yang dilapik di atas batu-batuan kecil. Jam menunjukkan pukul 3:45 pagi. Belakang badan saya agak sakit. Kami tidur beramai-ramai di atas batuan kecil dan di dalam khemah yang tiada udara. Saya mengejutkan rakan saya untuk mandi pagi. Kami berjalan berdua menuju ke chalet di laluan yang agak gelap.

Selepas mandi, kami pulang ke khemah dan menyambung tidur. Di chalet sudah penuh orang beratur untuk mandi. Nasib baik kami bangun awal.

Sehari sebelum kem, cikgu ada memilih beberapa pelakon. Hari ini, pelakon-pelakon tersebut akan dihias menjadi mangsa tanah runtuh. Saya sebagai ahli penyelamat perlu menyelamatkan mereka sepertimana yang telah diajarkan kepada kami dua hari lepas.

Setelah siren berbunyi, semua penyelamat perlu untuk pergi ke kawasan yang telah diarahkan. Saya mendapat kawasan tepi pantai. Sebaik sahaj sampai di sana, 10 orang mangsa sedang bergelimpangan menahan kesakitan. Namun, saya tahu mereka berpura-pura. Misi menyelamatkan mereka amatt susah memangkan pasir di tepi laut tersebut curam. Sayahampir tergolek masuk ke dalam laut. Mangsa pun pandai berpura-pura menjerit-jerit kesakitan dan memarahi kami kerana kami lambat menyelamatkan mereka. Apabila kumpulan saya sampai di mangsa yang ke-2, kain anduh sudah habis. Mangsa tersebut berpura-pura mengaduh kesakitan. Seorang senior mengarahkan saya naik dan meminta pertolongan. Dalam hati sayabersik "Kau tak buat apa, sukahati nak suruh orang. Tahu la kau senior, tapi kau masih sama batch dengan aku"

Walaupun hati saya berbisik begitu, saya masih mencuba untuk naik kembali. Saya hampir tergolek dari pasir yang curam itu. Badan saya hendak melawan namun kerana ada ahli PBSM yang memerhati kami dari celah pokok, saya mematikan niat saya. Apabila sudah selmat sampai di atas, tiba-tiba ada ranting pokok yang menarik kaki saya. Saya menggelosor jatuh ke bawah. Nasib saya masih baik kerana saya sempat memegang sebuah pokok kecil. Saya segera naik dan tidak meminta kain anduh seperti yang disuruh oleh senior tersebut. Sebaliknya, saya pergi menyelamatkan orang lain terlebih dahulu. Disebabkan tiada kain anduh, saya membalut tangan mangsa yang luka dengan menggunakan daun yang besar. Ahli PBSM yang berada di belakang saya memuji saya.

     Selepas merawat mangsa tersebut, saya dan seorang lagi mendukung dia menuju ke klinik yang teletak agak jauh. Tangan saya pula terasa seperti mahu patah apabila mengangkat orang itu. Kemudian, kami perlu melaporkan jantina dan kawasan mangsa dijumpai kepada pusat kawalan. Kemudian, saya berpatah balik ke kawasan tragedi. Kali ini kami terpaksa mengangkat seorang mangsa untuk naik ke atas pengusung. Saya telah memegang bahagian bawah badan mangsa. Orang yang berada di hadaan saya perlu memegang tangan saya. Namun, dia meninggikan suara kepada saya kerana saya tidak memegang tangannya. Kemudian, saya pula meninggikan suara kerana itu bukanlah salah saya. Selepas itu, tugas lelaki adalah untuk mengusung mangsa ke klinik dan melaporkan ke pusat kawalan. Itu merupakan mngsa terakhir didalam kawasan kami.

Saya agak marah dengan cara senior yang masuk ke sekolah ini pada tahun yang sama dengan saya. Senioriti mereka terlalu tinggi menyebabkan Pelajar berumur dalam linkungan saya ditndas.

AHAD

Hari ini saya bangun dari tidur dengan gembira. Semua pelajar perempuan diizinkan untuk tidur di dalam sebuah dewan yang mempunyai pendingin hawa. Ia amatlah selesa setelah penat mendukung mangsa semalam. Sekali lagi saya banun pada pukul 3:45. Selepas mandi, saya pulang ke khemah dan mengemas barang memandangkan saya akan pulang ke Kolej PERMATApintar hari ini.

Kami solat berjemaah di dewan tempat kami tidur pagi tadi. Namun, selepas solat, saya terentok-lentok di saf belakang. Tetapi walau[un hanya terlena beberapa saat dan sedar dan terlena kembali, saya masih mampu bermimpi. Itulah kuasa Allah. Selepas solat Subuh, kami mengambil ujian. Ia adalah untuk meguji tahap pemahaman kami terhadap apa yang telah kami belajar selama 5 hari.

Kami pulang ke PERMATApintar pada pukul 1. Namun, kami sempat singgah di Pantai Batu Hitam. Saya berasa amat gembira kerana dapat masuk ke dalam laut. Walupun sayapergi sehngga ke tengah laut. Paras airnya tetap sama. Ia tetapi di paras lutut saya.

Selepas itu, kami bertolak pulang.

Monday, May 19, 2014

Journal - 18 Mei 2014

                             Hari ini sekali lagi saya bangun tidur dengan lambat.

10:00 pagi -Saya bangun dan membersihkan diri. Kemudian, saya membasuh baju yang tinggal separuh kerana semalam saya sudah basuh.

11:30 pagi -Saya bermain game di telefon sambil mendengar lagu.

12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauk kali ini adalah sambal ayam dengan sup. Saya sangat sukakan lauk itu.

2:30 petang -Saya mengulangkaji Pendidikan Agama Islam dan juga Bahasa Antarabangsa German.

5:30 petang -Ibu saya datang!!!! Saya bersemangat turun ke bawah untuk duduk di pondok. Selepas itu, kami makan dengan banyak hingga perut saya seperti mahu meletup. Saya dan mama berbualbual.

6:30 petang -Mereka sudah perlu pergi kerana mahu menghantar dua orang kakak saya ke tempat mereka belajar pula. Saya melambai ke arah mereka dengan perasaan sedih.

7:30 malam -Solat berjemaah di  surau perempuan.

9:00 malam -Saya mengulangkaji Bahasa Anatarabangsa German di bilik. Saya agak tertekan kerana tidak dapat menghafal apa yang telah saya baca.,

10:30 malam -Saya berus gigi dan tidur. Saya berasa sangat mengantuk.

Journal - 17 Mei 2014

                                          Waahh... Hari ini saya berasa sangat gembira kerana saya dapat bangun tidur dengan lambat.

9:00 pagi -Saya bangun dari tidur dan membersihkan diri.

10:00 pagi -Saya basuh baju di bilik membasuh. Baju busuk saya agak banyak jadi saya hanya membasuh separuh dari baju-baju itu.

11:00 pagi -Saya mengulangkaji Bahasa Antarabangsa German di bilik.

12:30 tengahari -Makan tengahari di Dewan Makan. Lauk hari ini adalah ayam goreng dan sup ikan.

1:00 tengahari - 3:00 petang -Saya berehat-rehat di bilik. Saya membaca buku, bermain game dan macam-macam.

4:00 petang -Saya mengulangkaji sambil mendengar lagu. Saya berasa sangat gembira kerana dapat duduk di bilik berseorangan. Kadangkala, saya tidak suka orang berada di dalam bilik saya termasuk roommate saya.

6:30 petang -Makan petang di Dewan Makan. Selepas makan, saya terus naik ke bilik.

7:30 petang -Solat Maghrib dan Isya' berjemaah.

9:00 malam -Saya naik ke bilik Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu bilik. Dua orang rakan saya memanggil saya turun ke bawah. Mereka mengadakan perjumpaan dengan Asas 1. Kami meluahkan perasaan kami pada ketika itu. Ia agak menyeronokkan kerana saya berasa sejuk dan saya seronok mendengar cerita orang lain.

1:00 pagi -Perjumpaan tamat. Kami bergerak ke bilik masing-masing dan tidur.