Pada tanggal 23 Oktober 2015, Perdana
Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang
juga merangkap menteri kewangan Malaysia telah membentangkan Bajet 2016 di
Dewan Rakyat Parlimen. Bajet 2016 ini merupakan bajet pertama di bawah
Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia sangat penting sebagai penanda aras kepada hala
tuju negara pada masa depan. Bajet 2016 memfokuskan untuk memperkukuh pertumbuhan
negara dan memperluas keterangkuman negara. Bajet yang bertemakan “Mensejahtera
Kehidupan Rakyat” ini telah bersiaran secara langsung di seluruh stesen
penyiaran awam dan berbayar di Malaysia.
Antara isi-isi ucapan Dato’ Seri
Najib adalah penyediaan RM180 juta bagi pengurusan bencana alam. Malaysia kerap
kali dilanda bencana terutamanya banjir ketika musim tengkujuh. Wang yang
disediakan itu diharapkan mampu membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.
Kerajaan juga ada menyediakan RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11000
rumah daif. Kebanyakannya yang tinggal di kawasan luar bandar.
Selain itu, kerajaan juga akan
memantapkan SPRM. SPRM merupakan suruhanjaya yang dilantik untuk mencegah
kegiatan rasuah di Malaysa. Kita perlu memerangi rasuah yang turut digelar
pemusnh sesebuah negara. Selain itu, kerajaan juga akan membina 175 ribu unit
rumah PR1MA dan dijual dengan 20% di bawah harga pasaran. Harga pasaran rumah
pada masa kini yang agak tinggi turut membebankan beberapa golongan akyat.
Seterusnya, gaji permulaan pekerja
Perkhidmatan Awam akan dinaikkan kepada RM1200 sebulan. Memandangkan harga
barang runcit sudah semakin tinggi, pendapatan rakyat juga perlu dinaikkan.
Kejadian jenayah di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Hal ini
membimbangkan ramai pihak. Justeru kerajaan telah mengambil tindakan dengan memperuntukkan
perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk program Bandar Selamat di 60 kawasan
hitam.
Harga barangan runcit kerap kali
membuat rakyat mengeluh Justeru kerajaan mengambil tindakan dengan melepaskan
pendapatan cukai GST terhadap bebrapa barangan asas dan makanan. Bagi isi rumah
berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah pula, nilai duit BR1M akan ditingkatkan
kepada RM1000.
Untuk membantu para usahawan kecil
India yang bekerja untuk menyara keluarga, SME Bank telah tampil membantu
dengan memperuntukkan RM50 juta untuk kemajuan usahawan kecil India. Orang Asli
juga tidak terlepas dari pandangan kerajaan. Sebanyak RM300 juta telah disediakan
untuk kemajuan dan kebajikan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kaasan
pedalaman.
Sebagai seorang warganegara yang
setia, kita sepatunya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan. Namun,
masih terdapat beberapa kekuranga. ynag perlu dibaiki buat masa hadapan.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlu berfikir cara-cara untuk memajukan
negra kita, Malaysia yang tercinta.