Untuk meneruskan hidup, kita memerlukan air, udara dan tanah. Namun, kita merupakan manusia yang membuat pencemaran dan sekaligus merosakkan sumber kehidupan kita. Contohnya, Kita memerlukan udara untuk bernafas, namun kita masih membuat pembakaran terbuka. Asap yang terlalu banyak merupakan punca sesak nafas, asma, lelah dan paru-paru. Asap yang naik ke udara akan berkumpul di sekeliling awan. Jika hujan turun, asap tadi akan dibawa turun juga lalu akan menyebabkan hujan asid. Hujan asid akan menghakis bangunan-bangunan yang telah dibina oleh arkitek-arkitek. Kita sendiri yang memusnahkan hasil kerja sendiri. Itu merupakan perkara yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Hujan asid yang turun juga menyebabkan hakisan tanah.
Seterusnya, hujan asid yang turun tadi mungkin akan memasuki takungan air bersih. Air itu akan diproses dan akan diminum oleh kita sendiri. Air tersebut akan menghakis perut kita ataupun kita akan jatuh sakit. Ini bermaksud, pencemaran membawa kepada kemusnahan muka bumi dan juga kepupusan manusia kerana lapisan ozon terlalu nipis dan tanah di muka bumi sudah terhakis dan pencemaran juga membawa kepada kepupusan manusia kerana ramai manusia akan jatuh sakit dan meninggal.
Pada pendapat saya, kerajaan patut memperketatkan undang-undang kepada sesiapa yang membuat pembakaran terbuka walaupun secara kecil-kecilan, dan juga untuk sesiapa yang melakukan pencemaran alam. Pencemaran alam terbahagi kepada tiga, iaitu pencemaran air, udara dan tanah. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar untuk diri sendiri dan juga generasi akan mendatang :)